30 Sep 2009

Red Warrriors teruskan kecemerlangan..

Kelantan membenam kehebatan Kedah di gelanggan sendiri 1-0 dihadapan kira-kira 25000 penyokong setia merah putih dan seterusnya mengecewakannya untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata penting ke Alor Star.Kemenangan tersebut menceritakan sebenar kehebatan Kelantan musim ini yang tidak boleh diperlekehkan oleh pasukan lain terutamanya Selangor.

Kelantan bermula garang seawal minit ke-3 tetapi sepakan lemah Khalid Jamlus tersasar ke kiri pintu gol yang dikawal Helmi.

Aksi semalam sememangnya milik pemain licik Kelantan yang di gelar 'budak sekolah' iaitu Che Hishamuddn.Kehadiran beliau sering kali mengucar kacirkan pertahanan Kedah yang di ketuai oleh pertahanan kental Victor yang sering kali mematahkan serangan bertali arus Kelantan.

Kelantan memperolehi deretan peluang tetapi disia-siakan oleh penyerang terutamanya Khalid Jamlus yang kerap menerima hantaran cantik dari Che Hishamudin tetapi mensia-siaknya.

Kelantan seharusnya bernasib baik kerana gol jaringan pemain kedah tidak dikira kerana telahpun di kesan offsaid oleh penjaga garisan walaupun kesilapan sebenar adalah dari Halim napi yang tidak menangkap kemas sepakan percuma pemain Kedah.

Akhirnya gol yang ditunggu-tunggu menjelma juga separuh masa kedua pada minit ke-49 hasil sepakan percuma menarik dari ketua pasukan Indra Putra yang menyepak deras kepenjuru kanan gol yang gagal diselamatkan oleh Helmi Eliza.Sepakan percuma tersebut diperolehi setelah Che Hishamudin di jatuhkan diluar kotak penalti dan peluang keemasan tersebut tdak disia-siakan oleh Indra.

Menyedari ketinggalan satu gol Kedah mengandakan asakan dan hampir memperolehi gol penyamaan akibat kecuaian Halim Napi yang seolah-olah tidak serius menjaga gawang Kelantan pada perlawanan ini.

Pujian seharusnya dilontarkan kepada pemain baru Kelantan iaitu Nazrul Erwan Makmur yang banyak menyelamatkan pintu gol Kelantan dari di bolosi dan Kelantan seharusnya berterima kasih kepada Beliau kerana berjaya mengemudi bahagian pertahanan Kelantan sambil dibantu oleh Farisham,Zamri serta Zairul Fitri.

Kelantan melakukan tiga pertukaran dengan mengeluarkan Che Hishamudin,Daudsu dan Khalid Jamlus serta digantikan dengan Alif,Rizal dan Norhisyam tetapi gagal menjaringkan gol tambahan untuk Kelantan.

Pengalaman yang boleh dipelajari dalam perlawanan ini adalah Kelantan perlu serius meletakkan penjaga gol yang benar-benar berwibawa dan serius ketika bermain kerana Halim Napi nampak seakan tidak serius dan sering kali melakukan kesilapan yang boleh membawa padah.

Walaupun begitu pujian juga diberikan kepada beliau kerana berjaya mengawal gawang Kelantan dari dibolosi oleh pemain Kedah.

Kredit:-Nazrul Erwan, Che Hishamudin, Indra Putra, Daudsu, Halim Napi

Kelantan Sathia lepasi ranjau kedua....Kedah jadi mangsa

Keputusan Penuh :
KELANTAN 1
IndraPutra M. (m-49)
KEDAH 0

Tarikh : 29 Sept. '09
Masa : 8.45 mlm
Vanue : Stadium Sultan Muhammad IV, KB.
Penonton : 25,000

Kesebelasan utama : Halim Napi, Nazrul Erwan, Farisham, Zairul Fitri, Khairan Eroza, Zamri, Daudsu(Rizal Fahmi), Che Hishamudim(Ailim Fahmi), Khalid Jamlus(Norhisham), IndarPutra(K), Norfarhan.

Sedikit Ulasan: Kedah kecundang buat pertama kali dalam saingan TM Piala Malaysia '09 ditangan finalis Piala FA '09 iaitu Kelantan yang lebih 'glamour' digelar TheRedWarriors dengan jaringan 1-0 yang disumbangkan oleh pemain 'STAR' bagi pasukan Kelantan iaitu IndraPutra Mahyuddin pada minit ke-49 selepas melencongkan bola hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti yang menewaskan Helmi Eliza.

Dilihat pada perlawanan semalam, permainan pasukan kedah memang lain daripada perlawanan semasa lawan ATM tempoh hari yang mana permainan Kedah sangat konsisten seolah-olah mereka tidak merasai dengan ketiadaan beberapa pemain bintang mereka. Perlawanan Kelantan-Kedah semalam seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi kurang penyudah daripada barisan serangan.

Bagi pasukan Kelantan, pujian harus diberikan kepada pertahan kental dan berpengalaman yang dipinjamkan dari Felda United iaitu Nazrul Erwan Makmur (Badut) kerana berjaya mengekang asakan Kedah disamping ketangkasan Halim Napi menangkis bola daripada menerjah gawang Kelantan. Che Hishamudin juga memperagakan aksi yang hebat dengan menggunakan kelicikkannya untuk memperdayakan pertahanan lawan sehingga berjaya mendapatkan beberapa sepakan percuma di depan pintu gol Kedah.

Perlawanan semalam agak tegang sedikit pada separuh masa kedua kerana ketidakbijaksanaan pengadil dalam membuat keputusan dan berlaku pertelingkahan kecil antara pemain sehingga Khalid Jamlus dilayangkan kad kuning. Halim napi juga mendapat kad kuning kerana melewat-lewatkan permainan. Che Hishamudin dikeluarkan pada minit-69 kerana mengalami kecederaan dengan memasukkan pemain muda iaitu Mohd. Ailim Fahmi dan pada minit ke-75, Daudsu diganti oleh Rizal Fahmi namum kemasukkan kedua-dua pemain tersebut tidak banyak membantu Kelantan. Khalid Jamlus yang banyak mempersia-siakan peluang yang terhidang depan pintu gol Kedah dikeluarkan pada minit ke-90 dan pemain pinjaman dari pasukan T-Team iaitu Norhisham Hassan masuk menggantikannya.

Kemenangan dengan Kedah semalam melayakkan Kelantan menghuni tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata selepas anak buah B Sathianathan menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Bandaraya pada perlawanan pertama.

Dengan kehadiran penonton yang hampir mencecah angka 25,000 orang, kemeriahan bolasepak tempatan amat dirasai di Stadium Sultan Muhammad IV yang mungkin jarang dapat dirasai oleh peminat-peminat bolasepak di negeri-negeri lain.

Bravooooo n syabas diucapkan kepada pasukan Kelantan dan peminat-peminat TheRedWarriors kerana anda menjalankan tugasan dengan berjaya sekali. Diharap kecemerlangan tersebut dapat diteruskan sehingga Kelantan berjaya membawa pulang Piala Malaysia tahun ini ke Negeri Cik Siti Wan Kembang@Serambi Mekah khususnya dan hebat sampai bila-bila umumnya.


29 Sep 2009

Ulat tiket masih berleluasa di SSMIV

Ulat...Ulat...Ulat... masih ada lagi segelintir manusia yang mahu diri mereka digelarkan sebagai IBU segala ULAT dimana manusia jenis ini hanya mementingkan keuntungan biarpun hakikatnya orang lain yang terinaya angkara manusia durjana ini.

Itulah kata-kata yang dapat digambarkan pada situasi di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu apabila menjelang perlawanan antara Kelantan dengan pasukan yang boleh dianggap hebat.

Pada malam ini akan berlansungnya perlawanan kedua dalam kumpulan E TM Piala Malaysia '09 antara Kelantan akan menentang juara bertahan Piala Malaysia iaitu pasukan Kedah yang boleh dianggap pertemuan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong pasukan TheRedWarriors.

Seperti sedia maklum, setiap kali tibanya perlawanan sepeti ini akan terjadilah situasi dimana penyokong akan pulang hampa apabila tiket yang hendak dibeli akan kehabisan angkara Ulat tiket yang masih berleluasa dan tiket akan dapat dibeli oleh peminat pada sebelah malam dengan harga yang berlipat kali ganda dimana ulat-ulat tiket akan berlegar mencari pasaran. Nak tak nak penyokong terpaksa beli juga walaupun dengan harga yang mahal semata-mata untuk menyaksikan pemain-pemain TheRedWarriors beraksi.

Harap pihak KAFA@berkenaan dapat memantau dan membasmi ulat-ulat tersebut daripada terus menjalankan kegiatannya demi penyokong-penyokong TheRedwarriors supaya tidak sentiasa terinaya apabila menjelang hari perlawanan.

p/s: Tiket RM20--->RM40(ulat) luar biasa.... Tiket RM10--->RM20(ulat) terinaya..... akan majukah bolasepak untuk negara?

Kelantan semakin ghairah


KOMITMEN Norhisham sekali lagi ditagih pasukan Kelantan menjelang pertemuan dengan Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Kota Bharu malam ini.




SELEPAS berjaya menundukkan Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Sabtu lalu Kelantan kini semakin ghairah untuk memburu mata dalam kempen Piala Malaysia.

Optimis untuk menjadi pasukan terawal melayakkan diri ke peringkat suku akhir, Kelantan sedar cabarannya cukup besar, dan usaha membenam Kedah di gelanggang sendiri malam ini pasti menjadi kayu pengukur kepada sejauh mana mereka boleh melangkah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibra- him berkata, misi bertemu juara Piala Malaysia 2008 juga adalah misi untuk membalas dendam berikutan kekalahan mereka ditangan Kedah dalam saingan Liga Super di gelanggang sendiri Julai lalu.

Menurutnya, keserasian antara pemain dan jurulatih baru, B. Sathianathan kini mula menunjukkan kesan yang positif.

"Hampir 90 peratus pemain sudah mengenali beliau (B. Sathianathan) kerana mereka pernah berada di bawah jurulatih tersebut sebelum ini semasa di dalam skuad kebangsaan.

"Kita juga telah mengesan beberapa kelemahan pada aksi menentang Pulau Pinang Sabtu lalu, dan berharap kelemahan itu dapat diatasi pada pertemuan dengan Kedah," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, faktor kecergasan mungkin disebabkan sesi latihan yang dikurangkan sepanjang bulan Ramadan selain cuti perayaan, namun ia akan diatasi dengan segera.

Jelasnya, skuad Kelantan kini bebas daripada masalah kecederaan dan pemain menunjukkan persaingan yang positif untuk merebut tempat dalam kesebela- san utama.

"Kita tetap berwaspada dengan ancaman Kedah walaupun aksi mereka agak goyah ketika bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita akan menurunkan pasukan yang benar-benar mantap untuk mengelakkan berlakunya kesilapan bagi mengekang asakan Kedah," ujarnya.

Dalam pada itu, Azman berkata, pihak pengurusan sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain pinjaman mereka, Nazru- lerwan Makmor serta Norhisham Hassan.

Katanya, kemasukan kedua- dua pemain tersebut memantapkan lagi pasukan yang sedia ada terutama di barisan benteng Kelantan yang kini semakin kukuh menahan asakan. -kosmo

28 Sep 2009

Penyokong Pulau Pinang juga tidak beradab!!!

Itulah gambaran yang boleh di labelkan kepada segelintir penyokong-penyokong pasukan bolasepak Pulau Pinang yang cuba mencetuskan pergaduhan diantara penyokong-penyokong Kelantan pada perlawanan pembukaan piala malaysia sabtu lepas.

Tindakan penyokong Pulau Pinang yang bertindak membaling objek kearah penyokong Kelantan kerana tidak puashati ekoran pengadil memberikan penalti kepada Kelantan adalah dikesali dan selepas keputusan pengadil tersebut mereka menunjukkan ketidakpuasan dengan cuba menyerang penyokong Kelantan yang berada ditengah-tengah penyokong Pulau Pinang.

FAM sepatutnya menyiasat perkara tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,penyokong-penyokong pasukan lain perlu juga 'dididik' seperti penyokong Kelantan yang telah menerima keputusan FAM dengan hati yang terbuka akibat rusuhan yang dilakukan tempohari oleh segelintir penyokong-penyokong Kelantan yang tidak bertamadun.

Tahniah kepada penyokong-penyokong Kelantan yang sanggup memberikan sokongan padu kepada pasukan kelantan walaupun berada ditengah-tengah kelompok penyokong lain dan sememangnya mengetahui tindakan yang bakal berlaku jika berlaku pergaduhan.

Cuba kita jejaki penyokong negeri mana yang sanggup berbuat demikian di Malaysia ini,hanya penyokong Kelantan yang sanggup dan berani menyatakan sokongan walaupun berada di negeri orang.Semangat waja ini hanya ada pada penyokong bolasepak kelantan.

Syabas!!!Penyokong Pulau Pinang dijemput untuk 'memeriahkan' kempen Piala Malaysia pada perlawanan akan datang...Kami penyokong TheRedWArriors menanti kunjungan anda.

Hadiah tugas pertama Sathianathan

HADIAH yang sungguh bermakna.

Itu pengakuan jurulatih baru Kelantan, B. Sathianathan, lapor LUQMAN HAKIM AB. RAHIM.
Dia lega apabila melihat anak didiknya berjaya membenam cabaran pasukan Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Sabtu lalu.

Pada perlawanan itu, Kelantan menang 2-1.Tiga mata berharga itu menjadikan pasukan dengan jolokan Kijang itu unggul menghuni tangga teratas Kumpulan E dan berada di landasan terbaik untuk melangkah ke saingan suku akhir.

Gol pertama dihasilkan melalui ketua pasukan, Indra Putra Mahyuddin menerusi sepakan penalti manakala gol kemenangan disempurnakan penyerang veteran, Khalid Jamlus.

Meskipun persembahan pasukan ini goyah pada separuh masa pertama sehingga memberi peluang kepada lawan untuk merobek gawang mereka, namun mereka pantas bangkit untuk memperkemaskan lagi gaya pergerakan.

Menurut Sathianathan, ekoran terlalu lama berehat, pemainnya menjadi lambat panas sehingga hilang punca dan tersentak dengan gerakan pantas yang diatur oleh jentera tengah pasukan lawan.

Katanya, persembahan anak buahnya serba tidak menjadi dan berada di bawab tahap sebenar sehingga membenarkan pasukan Pulau Mutiara itu menguasai perlawanan.

"Agak cemas pada mulanya kerana bimbang akan terus ketinggalan dengan jumlah gol yang besar.
"Bila masuk separuh masa kedua, semua pemain all-out, kita banyak menyerang dan menemui semula rentak permainan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau yang masih baru membimbing pasukan Kijang itu melontarkan pujian kepada semua pemain yang rata-ratanya bergerak aktif untuk mencari ruang dan bijak memanfaatkan peluang yang ada.

Mengenai persiapan menentang Kedah esok, Sathianathan mahu semua pemain bangkit menunjukkan prestasi sebenar dan mengekalkan momentum kemenangan bagi memudahkan tugas mereka menempah tiket ke suku akhir.

27 Sep 2009

Kelantan Sathia lepasi ranjau pertama....

Keputusan Penuh :
P.PINANG 1
S.Thinagaran (m-39)
KELANTAN 2
IndraPutra M. (m-61 Penalti)
Khalid J. (m-73)

Tarikh : 26 Sept. '09
Masa : 8.45 mlm
Vanue : Stadium Bandaraya, PP.

Kesebelasan utama : Halim Napi, Nazrul Erwan, Farisham, Zairul Fitri, Khairan Eroza, Zamri, Ezrie Shafizi, Daudsu, Khalid Jamlus, IndarPutra, Norfarhan.

Sedikit Ulasan : Pulau Pinang menjaringkan gol pertama melalui S.Thinagaran..hasil dari sepakan sudut yang diambil oleh salah seorang pemain PP iaitu (Failee) merubah kedudukan berpihak kepada tuan rumah 1-0....

Halim Napi berjaya menyelamatkan tandukan daripada pemain lawan hasil dari sepakan percuma yang diambil dari jarak 30 meter.....

Gol kelantan pula berpunca dari sepakan penalti yang diambil oleh indra putra (1-1) apabila che hishamudin dijatuhkan dalam kotak penalti...Gol kedua Kelantan berpunca dari keadaan kelam kabut di dlm kws penalti P.Pinang dan khalid mengambil kesempatan dgn mudah merembat deras utk menewaskan faizal buat kali kedua (1-2)...... TQ...

26 Sep 2009

Piala Malaysia : Pulau Pinang vs Kelantan

Saingan Piala Malaysia akan bermula malam ini. Pertemuan pertama Kelantan, adalah menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.

Jurulatih baru kelantan, B. Sathianathan memberitahu wartawan kosmo bahawa skuad kendaliannya akan menggunakan taktik menyerang, sambil memperkemaskan barisan pertahanan yang menggabungkan pemain lama dan baru.

Tidak banyak perubahan yang bakal dilakukan, kemungkinan hanya bahagian pertahanan, beliau menganggap gabungan pemain lama dan baru ini dapat menahan serangan dari skuad Harimau Kumbang malam nanti.

Kelantan perlu membawa pulang 3 mata malam ini untuk memastikan motivasi pemain berada pada kedudukan tinggi, dan untuk memastikan kelantan dapat beraksi ke peringkat seterusnya.

24 Sep 2009

Pemilihan Sathianathan tepat

Tahniah kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kerana  telah membuat pilihan yang tepat memilih B.Sathianthan sebagai ketua jurulatih Kelantan yang baru bagi  mengantikan Peter Butler yang meletak jawatan 17 september lepas.


Ketua Jurulatih baru Kelantan B.Satianathan(Gambar ihsan Kosmo)

Kami sebagai penyokong bolasepak Kelantan sememangnya mahukan perubahan drastik dalam pasukan dari segi taktikal serta corak permainan yang lebih menarik kerana sejak akhir-akhir ini Kelantan dilihat tidak lagi konsisten setelah kehilangan tonggak utama seperti ketua pasukan Badri Radzi dan Ramizul yang mengalami kecederaan jangka panjang.

 Kita tidak mahu menangisi pemergian Peter Butler kerana mungkin ada hikmah disebalik pemergian beliau dan kita boleh mengetahui sejauh mana kejujuran beliau ketika melatih pasukan Kelantan.Biarkan beliau merajuk dan kita lihat sejauh mana beliau mampu membimbing pasukan yang menduduki tangga ketiga tercorot dalam liga nasional Myanmar itu.

Terima kasih juga kepada Peter Butler kerana telah membawa Kelantan sebagai naib juara piala FA,namanya akan terpahat sebagai jurulatih yang telah membawa Kelantan kearah kejayaan tersebut.

Namun kita harus ingat juga disebabkan beliau juga kita kempunan untuk mendakap piala FA kerana ketika Kelantan mendahului Selangor 1-0 sepatutnya beliau mengarahkan lebih ramai pemain turun untuk membantu bahagian pertahanan tetapi beliau mengarahkan permainan seperti biasa dan kesempatan tersebut digunakan oleh Amri Yahyah untuk menyamakan kedudukan serta membawa pulang piala keramat tersebut ke Selangor.

Kita lupakan episod malang tersebut dengan kehadiran Sathia sudah pasti kem Kelantan akan lebih ceria dan mahukan kelainan dan mengharapkan beliau mampu melakukan impak yang besar kepada pasukan Kelantan.

Tahniah kepada Sathia dan teruskan kecemerlangan walaupun jasa dan pergorbanan anda tidak dihargai oleh FAM.

Buktkan anda masih berbisa dan mampu membawa Kelantan ke final Piala Malaysia.

Tunggu Kami Selangor di stadium Bukit Jalil!!!impian untuk membalas dendam pasti terbalas....!!!!



Isu 'bookie' punca Butler undur

SOAL disiplin serta perkhabaran pemain didekati bookie bola sepak dikaitkan antara punca kenapa Peter Butler bertindak meletakkan jawatan selaku ketua jurulatih Kelantan yang kini diisi oleh B Sathianathan.

Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) permainan dipamerkan pemain Kelantan cukup misteri ketika beraksi garang di gelanggang sendiri, termasuk mampu menumbangkan Selangor tetapi hambar di laman lawan.

“Masalah disiplin adalah punca Butler meninggalkan pasukan, malah pemain juga kini mula didekati bookie,” kata sumber itu.

Sebelum ini bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar yang mengendali pasukan itu turut meletak jawatan ketika Kelantan dianggap sebagai pasukan yang digeruni dengan alasan ibunya sedang sakit di kampung.

“Malah Hashim (Mustapha) juga dikatakan tidak berminat dengan jawatan itu jika jurulatih belia Kelantan (Kamaruddin Mohd Noor) dilantik penolong jurulatih.

Katanya, selain itu terdapat juga individu tertentu dalam pengurusan Kafa menyimpan impian untuk menduduki kerusi pengurus pasukan, selain memantau prestasi pemain Kelantan.

Bharian

Rosairil resah.....

AIDILFITRI kali ini tidak seceria dulu buat pemain Kelantan, Rosairil Asrul Mohd Nor, yang resah menunggu pengesahan untuk beraksi dalam Piala Malaysia yang bermula Sabtu ini.

Pengurusan skuad Kijang dikatakan akan menggugurkan lapan pemain daripada barisan yang memikul cabarannya.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu berkata apa yang dihajati adalah hanya untuk terus membantu Kelantan sehinggalah pasukan negeri kelahirannya itu berjaya menggondol piala besar seperti Piala Malaysia buat kali pertama.

“Usia yang semakin lanjut ini menyukarkan saya untuk terus dipilih bermain bola sepak profesional pada tahun akan datang dan saya tidak mahu dipinggirkan sekarang ketika kecergasan saya masih di tahap optimum.

“Saya sudah membuktikan dalam ujian kecergasan dan sesi latihan yang saya lebih cergas berbanding ramai pemain lain yang lebih muda dan saya berharap jurulatih tidak terlalu cepat menidakkan keupayaan saya,” katanya.

Kehadiran pemain pertahanan, Nazrul Irwan Makmur, yang dipinjamkan daripada Felda United dan pemain tengah T-Team Kuala Terengganu, Norhisham Hassan, menunjukkan pihak pengurusan ingin melakukan rombakan pasukan.

Juga diserapkan ke dalam pasukan utama ialah enam pemain Piala Presiden dan ini memberi bayangan yang ramai pemain kini mungkin terpaksa melupakan hasrat bertarung merebut Piala Malaysia.

“Walau apapun, saya tetap gigih menjalani latihan sepanjang bulan puasa ini untuk memastikan saya dalam keadaan fizikal terbaik walaupun pihak pengurusan mungkin memutuskan untuk menggugurkan saya nanti” kata Rosairil yang sebelum ini bermain untuk Terengganu.

Sementara itu, bekas rakan sepasukan Penyu, Norhisham, berkata beliau tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan pasukan Kijang itu kerana mempunyai beberapa kenalan yang juga rakan sepasukan.

“Terengganu dan Kelantan tidak banyak bezanya dan walaupun saya masih baru lebih dua minggu di sini, saya sudah merasai kesesuaian dan boleh dikatakan tidak sabar lagi untuk membantu Kelantan pergi jauh dalam kejohanan berprestij ini.

“Bagaimanapun, saya kurang pasti dengan perkhabaran yang beberapa pemain Kelantan tidak akan disenaraikan dalam skuad Piala Malaysia dan saya harap bukan saya yang menjadi penyebab, sekiranya perkara itu betul berlaku,” katanya.

Namun, menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan, Azman Ibrahim, pengguguran beberapa pemain daripada skuad itu masih di peringkat cadangan.

“Semua itu belum lagi diputuskan dan kami akan berbincang mengenai perkara itu terlebih dulu kerana hampir semua pemain yang ada sekarang mempunyai kontrak yang hanya akan berakhir November nanti,” katanya. -metro

Sathia janji bawa perubahan... ke Bukit Jalil?


SATHIANATHAN (kanan, depan) diperkenalkan kepada barisan pemain Kelantan kelmarin.


"SAYA tak pernah jumpa sebuah pasukan yang memiliki penyokong yang begitu fanatik dan setia di belakang pasukan. Itulah sebabnya saya ke sini".

Demikian ujar ketua jurulatih baru Kelantan, B. Sathianathan yang akan menerajui Sang Kijang pada kempen Piala Malaysia 2009 yang bermula Sabtu ini.

Menurutnya, beliau sudah lama mengikuti perkembangan pasukan Kelantan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasukan ini serius untuk meningkatkan martabat bola sepak mereka.

"Kelantan kini begitu serius dalam menaikkan mutu bola sepak mereka dan mereka ada cita-cita dan sasaran untuk menjadi gergasi bola sepak negara.

"Dengan adanya beberapa pemain yang berkaliber serta memiliki nama besar dalam dunia bola sepak di negara ini, saya yakin pilihan saya kali ini tepat," katanya ketika ditemui malam kelmarin.

Tambahnya, sokongan daripada peminat juga memainkan peranan yang begitu besar dalam bola sepak dan di Kelantan mereka terlalu gilakan bola.

Jelasnya, beliau tidak menolak berdepan dengan tekanan yang begitu memuncak berikutan harapan peminat yang terlalu tinggi.

"Pengalaman semasa menjadi jurulatih negara mungkin memberi kelebihan kepada saya untuk mengawal tekanan yang ada dan sebagai jurulatih tekanan adalah satu cabaran yang baik.

"Sasaran Kelantan untuk kempen Piala Malaysia jelas dan saya harap saya mampu realisasikan harapan pihak pengurusan dan peminat," jelasnya.

Sathianathan sebelum itu menghadiri majlis memperkenalkan beliau secara rasmi sebagai ketua jurulatih Kelantan kepada pemain dan peminat ketika perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Pilihan Afrika yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam kelmarin.

Sementara itu, ketua pasukan baru Kelantan, Indra Putra Mahyuddin berkata, beliau dan pemain lain tiada masalah untuk memberi kerjasama kepada jurulatih baru mereka.

"Secara peribadinya saya tiada masalah dengan beliau dan saya sudah bersama beliau sejak pada usia belasan tahun lagi selain bersama dengan skuad kebangsaan sebelum ini," jelas Indra.

"Sebagai pemain, kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam pasukan ini termasuk menerima kehadiran jurulatih yang baru." -kosmo

Peraturan baru membebankan?



KANCAH bola sepak Liga Malaysia 2009 belum berakhir, namun rombakan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk musim 2010 nampaknya mengundang pelbagai reaksi daripada persatuan bola sepak negeri.

Rombakan tersebut menyaksikan Persatuan Bola Sepak Sarawak antara pasukan yang tidak bersedia dan mengancam untuk menarik diri buat sementara waktu.

Ini berikutan masalah kewangan yang melanda pasukan itu dan beberapa pasukan lain antaranya UPB-MyTeam yang hampir menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2009.

Ekoran daripada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar) mengambil inisiatif untuk mengadakan kunjungan hormat ke semua persatuan bola sepak negeri.

Menurutnya, beliau akan menemui rakan sejawatnya bagi membincangkan secara hati ke hati selain berkongsi masalah yang dihadapi.

“Saya dapati banyak persatuan bola sepak negeri mempunyai masalah tersendiri tetapi mereka tidak menzahirkan masalah tersebut dan terpaksa memikul beban.

“Sebagai contoh, peraturan FAM yang menghendakkan persatuan bola sepak negeri mendepositkan RM150,000 untuk menyertai Liga M musim depan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, peraturan baru ini agak membebankan persatuan kerana mereka bukan sahaja menghadapi masalah menanggung kewangan semasa tetapi turut memikul beban hutang lapuk.

Katanya, pertemuan yang akan diadakan ini untuk membincangkan bagaimana persatuan boleh mengkomersilkan pasukan untuk menarik penajaan selain menjamin kelangsungan masa depan bola sepak di negara ini.

“Dalam pertemuan itu nanti, kita akan bincangkan masalah serta mencari formula untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Sekiranya terdapat ketetapan, kita akan mengajukannya kepada Majlis Mesyuarat FAM supaya ia dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan cara yang lebih efisien,” ujarnya.

Ditanya kenapa tidak diadakan satu mesyuarat khas yang dihadiri semua presiden persatuan bola sepak negeri, Annuar menjawab: “Pertemuan dengan cara begini mungkin lebih baik kerana dapat saya dapat bertemu mata dengan presiden-presiden persatuan dan berbincang secara lebih dekat tentang masalah yang dihadapi.

“Sebelum ini terdapat banyak sangat syarat yang dikenakan FAM sehingga ia menjadi beban kepada pasukan negeri,” jelasnya. -kosmo

23 Sep 2009

Sathianathan bimbing Kelantan



KEHILANGAN jurulatih Peter James Butler beberapa hari lalu mengundang sedikit kegusaran di kem skuad bola sepak Kelantan.

Tambahan pula, Kelantan kini dalam persiapan akhir bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang bermula Sabtu ini.

Berikutan itu, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil tindakan drastik untuk mencari pengganti Butler.

Selang empat hari selepas Butler meninggalkan Kelantan, presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa akhirnya mengumumkan kerusi panas tersebut bakal diisi oleh bekas jurulatih negara, B. Sathianathan (gambar) yang akan menerajui Kelantan sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini.

"Pelantikan ini bukan dibuat secara terburu-buru dan sekadar 'melepas batuk di tangga' kerana sebelum ini juga kita telah membuat penilaian terhadap beliau (Sathianathan).

"Tindakan yang dilakukan oleh Peter menyebabkan kita mengambil keputusan menamakan B. Sathianathan sebagai ketua jurulatih yang baru," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Tambah Annuar, Kelantan begitu optimis untuk mencipta kejutan dalam kempen Piala Malaysia kali ini dan para pemain tidak terkesan dengan peletakan jawatan Butler yang dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan kelab Myanmar, Yangoon United FC.

"Kita sudah menyemak kontrak dan Peter seharusnya memberi notis sebulan sebelum meninggalkan pasukan, namun beliau gagal berbuat demikian.

"Ini adalah satu tindakan yang tidak beretika dan kita akan maklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta pasukan barunya untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sementara itu, Annuar juga mengumumkan Kelantan kini sedang menguji seorang pemain remaja yang beraksi bersama pasukan simpanan kelab gergasi Itali, Juventus.

"Pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah berusia 19 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak.

"Dia ke Itali sejak berusia 15 tahun untuk menyambung pelajaran dan turut beraksi bersama kelab tersebut.

"Kita akan menguji beliau untuk melihat aksi dan sekiranya aksi yang dipamerkan memikat pihak pengurusan, kita mungkin bersedia menawarkan kontrak untuknya," jelasnya. -kosmo

22 Sep 2009

Friendly Match kelantan

KELANTAN 1 (Nizab Ayub) VS ALL UNITED AFRICAN 1 (Sunny Jackson)

Vanue : SSMIV
Date : 22 Sept. 2009
Time : 8.45 pm


Ticket : Granstand(RM10), Open(RM5)

Chelsea Sign New Best Striker!

Link: Pemain bolasepak amatur dari Malaysia tandatangan kontrak bersama Chelsea...

Peter Butler letak jawatan-Wang jadi taruhan

Satu berita yang mengemparkan di terima oleh penyokong-penyokong serta peminat-peminat setia bolasepak menjelang aidilfitri apabila ketua jurulatih Kelantan Peter Butler meletak jawatan.

Peter James Butler
Kelatefc menerima info pada 18 september lepas dari Merang kelate.net yang mengatakan Peter Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan.

SMS beliau berbunyi 'Hadiah Hari Raya Aidilfitri : Peter James Butler letak jawatan jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta merta.Difahamkan Butler bakal menjadi Pengarah Teknikal sebuah kelab di Myanmar.Belum ada pengantinya secara rasmi biarpun Hashim Mustapha bakal memangku tugas Butler.'

Kelatefc sebenarnya menyokong penuh tindakan Peter Butler kerana dari pandangan kami Peter Butler sebenarnya tidak memberikan apa-apa sumbangan yang besar kepada pasukan Kelantan.

Jika dilihat dari sudut taktikal serta corak latihan beliau tahapnya adalah lebih kurang sama dengan jurulatih tempatan dan jika dibandingkan dengan Cikgu Jan rasanya Cikgu Jan lebih berwibawa.

Alasan yang diberikan oleh Butler sememangnya tidak boleh diterima kerana dari info yang diterima alasan yang diberikan adalah Isteri beliau sakit,alasan ini telah digunakan juga ketika beliau menulis surat kepada sebuah blog penyokong West Ham suatu masa dahulu.

Kelatefc pernah menyiarkan surat beliau sebelum ini.Sejauh mana kebenaranya hanya Tuhan yang mengetahui.

Jika wang yang menjadi pertimbangan Butler biarlah beliau pergi dan jika beliau mahu kembali ke skuad Kelantan,KAFA jangan pedulikan nasib beliau lagi.

Apapun Kami berharap Kelantan akan mendapat seorang penganti yang betul-betul dapat membawa Kelantan sekali lagi ke Final Piala Malaysia yang tidak pernah dikecapi.

18 Sep 2009

KAFA beri amaran Kepada Halim


PENJAGA gol Kelantan, Halim Napi (gambar) diberi amaran keras oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) supaya tidak mengulangi insiden memukul pemain lawan.

Naib Presiden Kafa, Mohd. Affandi Hamzah berkata, Halim akan menghadapi tindakan disiplin jika gagal menunjukkan prestasi memuaskan atau melakukan kesalahan melanggar disiplin.

"Walaupun Halim sudah tamat tempoh penggantungannya tetapi kita tetap membuat pemantauan sama ada dia mampu menunjukkan prestasi permainan memuaskan atau tidak melakukan kesalahan disiplin seperti sebelum ini," katanya pada majlis berbuka puasa di Kota Bharu malam kelmarin.

Pada majlis itu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa turut menyampaikan sumbangan wang hari raya kepada pihak pengurusan dan pemain-pemain Kelantan.

Terdahulu, Halim digantung perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana didapati bersalah menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak sebaik sahaja perlawanan separuh akhir pertama Piala FA tamat di Stadium Sultan Muhammed IV, 7 April lepas. - kosmo online

17 Sep 2009

Piala Malaysia penentu pemilihan pemain terbaik

PETALING JAYA - Tiada lagi pengundian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), nama popular atau pilihan dan kali ini diganti dengan pilihan terbaik serta pembabitan lebih besar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan menghiasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2009, November ini.

Satu lagi perubahan mendadak ialah penilaian pemenang anugerah hanya akan tertumpu ketika aksi Piala Malaysia yang bakal bermula 26 September ini hingga peringkat separuh akhir 31 Oktober tanpa mempedulikan langsung Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA sepanjang musim lepas.

Sepuluh kategori ditampilkan dalam anugerah tajaan 100PLUS di Hotel Hilton di sini 4 November ini ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Turut diumumkan dalam sidang akhbar pengumuman anugerah di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam ialah Pemain Harapan Terbaik, Pemain Paling Bernilai, Kelab Peminat Terbaik, Persatuan Bola Sepak Terbaik dan Kelab Terbaik.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, proses pemilihan baru ini akan memastikan hanya yang terbaik dan benar-benar berhak menerima anugerah itu sekali gus dilakukan dengan lebih profesional.

"Terbaik yang dimaksudkan di sini ialah dari sudut bola sepak iaitu profesionalisme, kebolehan, keterampilan, mutu permainan dan kemahiran. Kadar ganjaran buat pemenangnya bakal diputuskan apabila lebih banyak penaja diperoleh," katanya.

"FAM akan memutuskan pemenang bagi Kelab Terbaik (pengganti Pemain Import Terbaik), Persatuan Bola Sepak Terbaik dan Kelab Peminat Terbaik manakala selebihnya dipilih oleh panel khas yang melibatkan Persatuan Jurulatih Malaysia dan wakil media selain pegawai FAM," katanya.

Ditanya mengapakah cuma penilaian anugerah ditumpukan kepada Piala Malaysia sambil mengabaikan tiga lagi persaingan, kata Azzuddin: "Pertandingan ini merupakan yang terpenting dalam Liga M. Ia mengandungi nilai sejarah dan berprestij di negara ini."

Mengenai sama ada ia bakal menimbulkan ketidakadilan kepada juara Liga Perdana, Harimau Muda yang tidak layak ke Piala Malaysia sedangkan memiliki ramai calon berkelayakan bagi anugerah itu, jelasnya: "Pemain dan pasukan itu lebih ditujukan untuk dididik dan biarlah begitu."

Azzuddin turut mengakui bahawa rekod disiplin pemain, pegawai dan pasukan yang kerap diheret ke Jawatankuasa Tatatertib sehingga dikenakan hukuman tertentu sepanjang musim ini, bakal dipertimbangkan dalam mencalonkan mereka ke anugerah kali ketiga ini.

Mengulas lanjut mengenai hasrat penarikan diri Sarawak daripada Liga M mulai musim depan hingga 2012 pula katanya, persatuan bola sepak negeri itu turut diingatkan bahawa ketidakaktifan mereka dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan mereka digantung oleh Pesuruhjaya Sukan.

"Mungkin penarikan diri itu tidak melanggar syarat dan peraturan pertandingan FAM setakat ini tetapi setahu saya, jika sesebuah persatuan itu tidak aktif antara setahun hingga tiga tahun, ia terdedah kepada penggantungan di bawah Pesuruhjaya Sukan," katanya.

ihsan-utusan online

16 Sep 2009

Nazrul yakin Kelantan mara ke final

BEKAS pertahanan kental Selangor, Nazrul Erwan Makmur meluahkan keyakinan betapa skuad The Red Warriors yang baru disertainya secara pinjaman dua minggu lalu, memiliki ramuan secukupnya untuk memahat impian bergelar finalis Piala Malaysia, musim ini.

Berdasarkan pengamatannya, Nazrul Erwan menyifatkan, Kelantan seharusnya tiada masalah ke suku akhir walaupun menyedari saingan sengit bakal dijelmakan juara bertahan, Kedah sambil tidak sesekali memperkecilkan kemampuan Pulau Pinang dan Tentera dalam Kumpulan E.

Malah pemain pinjaman dari Felda United itu menegaskan, sejak bersama skuad Kelantan, dia mula menetapkan sasaran peribadi untuk sekali lagi mengecapi aksi final selepas kali terakhir melakukannya ketika membantu Selangor menjulang tiga piala pada 2005.

“Kalau melihat kepada undian di peringkat kumpulan, Kelantan berpeluang cerah untuk ke suku akhir, tetapi secara peribadi saya meletakkan sasaran untuk mara ke final,” katanya.

Nazrul Erwan berkata, dia tiada masalah menyesuaikan diri dengan sebahagian besar rakan sepasukan dalam skuad Kelantan seperti Khalid Jamlus, Indra Putra Mahayuddin dan Shahrizan Ismail kerana pernah beraksi bersama Selangor.

“Saya juga tiada masalah memahami corak latihan yang diterapkan jurulatih, Peter Butler kerana pernah beraksi di bawah bimbingannya ketika bersama Sabah, beberapa musim lalu,” katanya.- bharian

15 Sep 2009

Nazrulerwan tidak sabar turun beraksi


NAZRULERWAN bakal perkuatkan benteng pertahanan Kelantan pada kempen Piala Malaysia.

BERAKSI di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu bukan suatu yang mudah, baik bagi pemain daripada pasukan lawan mahupun pemain Kelantan sendiri.

Namun, bagi Nazrulerwan Makmor, dia sudah tidak sabar lagi untuk turun beraksi di depan penyokong sang Kijang bagi menyaksikan sendiri ‘kegilaan’ bola sepak di negeri ini.

Dibawa masuk sebagai pemain berstatus pinjaman, pemain pertahanan Felda United ini bakal menggalas tugas besar untuk membawa harapan para penyokong dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Menurutnya, selain faktor pengurusan yang baik, dia memilih Kelantan sebagai destinasi bagi menghadapi kempen Piala Malaysia kali ini kerana kelebihan yang ada pada penyokong skuad Wira Merah.

“Saya tidak tahu kenapa tetapi bagi saya penyokong Kelantan begitu unik. Mereka benar-benar menghargai anda sebagai seorang pemain bola sepak dan ia benar- benar mengujakan.

“Di sini saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri kerana kebanyakan pemain yang ada merupakan kenalan lama saya dan kami boleh bekerjasama dengan baik,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Nazrulerwan, dia juga menyenangi jurulatih Kelantan, Peter James Butler yang pernah menjadi guru- nya ketika berkelana ke Sabah pada 2004 yang lalu.

“Saya sudah agak lama mengikuti perkembangan Kelantan. Mereka cukup bagus di bahagian serangan, namun agak longgar di benteng pertahanan.

“Peter menelefon saya menyatakan hasratnya untuk membawa saya ke sini.

“Beliau memaklumkan bahawa Kelantan memerlukan seorang pemain pertahanan yang berpengalaman. Jadi saya bersetuju,” ujarnya yang menolak tawaran daripada Selangor untuk aksi Piala Malaysia kali ini kerana nekad untuk mencipta kejayaan bersama Kelantan.

Jelasnya, pengalaman yang dimiliki ketika menjulang tiga piala bersama Selangor pada 2005 akan digunakan sebaik mungkin untuk menghadiahkan kejayaan kepada Kelantan. - kosmo

Liverpool dapat penaja baru musim 2010


PENGARAH Eksekutif Kumpulan Standard Chartered Bank, Gareth Bullock (kiri) bergambar bersama duta Liverpool, Kenny Dalglish (tengah) dan Pengarah Kelab Liverpool, Christian Purslow selepas majlis penajaan di Anfield kelmarin.


LONDON - Liverpool mengumumkan perjanjian penajaan jersi lumayan mereka kelmarin selepas menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Bank Standard Chartered.

Jenama bank dari Britain itu akan terpampang pada jersi The Reds bermula Julai 2010 menggantikan lambang minuman keras Denmark, Carlsberg yang menjadi penaja kepada juara Liga Perdana 18 kali itu sejak 1991.

Maklumat lanjut mengenai perjanjian itu tidak didedahkan, namun ia dipercayai bernilai sekitar £80 juta (RM465 juta).

"Peluang penajaan ini telah menarik banyak minat daripada pelbagai jenama lain yang diiktiraf di seluruh dunia," kata pengarah urusan Liverpool, Christian Purs- low.

"Dengan Standard Chartered, kami percaya kami memiliki rakan kongsi yang sesuai untuk memajukan dan membangunkan impian besar kami di kelab ini.

"Ia adalah satu petanda besar terhadap perkembangan yang kami lakukan di Liverpool iaitu dengan kejayaan kami mendapat satu perjanjian terbesar dalam sejarah pengiklanan kami."

Suntikan dana ini akan memberi peluang besar kepada pemilik bersama dari Amerika Syarikat, Tom Hicks and George Gillett Jr yang membeli Liverpool pada 2007, namun gagal menggunakan reputasi terkenal mereka bagi memperoleh keuntungan menerusi perjanjian penajaan.

Liverpool adalah kelab paling berjaya dalam bola sepak Britain dengan memenangi 18 kejuaraan liga dan lima trofi Eropah. - kosmo

Di manakah cinta bola sepak tempatan

SAYA baru kembali dari Itali minggu lalu dan mempunyai pengalaman yang hendak dikongsi bersama mengenai keindahan dan tempat-tempat bersejarah di sana.

Tidak dinafikan bahawa, Itali adalah negara yang kaya dengan sejarah dan monumen-monumen menakjubkan tetapi sesuatu yang menjadi perhatian saya semasa di sana adalah budaya bola sepak di kalangan masyarakatnya.

Saya mengambil kesempatan untuk menyaksikan perlawanan semasa saya berada di Milan.

Ia merupakan perlawanan pertama dalam Serie A dan pastinya para penyokong berpusu-pusu keluar dengan penuh semangat untuk menyokong pasukan pilihan mereka.

Saya merancang untuk menyaksikan perlawanan pasukan Jose Mourinho, Inter Milan menentang Bari di San Siro.

Ia kelihatan seperti Inter akan memenangi perlawanan itu tetapi Bari yang merupakan pasukan bukan pilihan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyamakan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Ruangan ini bukan untuk mengisahkan tentang Inter Milan, AC Milan mahupun Bari tetapi mengenai gelagat peminat bola sepak yang saya temui di Itali.

Mereka datang daripada pelbagai bentuk dan saiz, latar belakang kehidupan yang berbeza dan pastinya anda dapat melihat gelagat kumpulan-kumpulan manusia yang berpakaian glamor dan bergaya dengan label jenama seperti Gucci dan Armani.

Tidak lupa juga, langkah warga tua yang begitu bertenaga dan perkara yang paling menyentuh hati saya adalah semangat penyokong kurang upaya yang diberikan tempat duduk khas buat mereka yang turut sama-sama menyokong pasukan pilihan mereka di atas kerusi roda.

Ia merupakan sesuatu yang menakjubkan dan kadang-kadang saya berharap keadaan di sana juga boleh berlaku di Malaysia.

Saya berpeluang untuk melihat semangat rakyat Malaysia terhadap bola sepak di negara ini tetapi ia hanya terjadi tiga atau empat kali setahun dimana kita boleh lihat dalam saingan Piala FA, peringkat akhir Piala Malaysia, Perisai Komuniti dan saingan merebut gelaran Liga Super.

Selain itu, tidak sampai separuh peminat yang datang ke stadium apabila saingan perlawanan bola sepak tempatan berlangsung.

Kali terakhir Stadium Bukit Jalil dibanjiri dengan kehadiran peminat yang sangat luar biasa adalah semasa kehadiran Manchester United untuk Siri Jelajah Asia dan kebanyakan peminat adalah penyokong setia Manchester United.

Rakyat Malaysia terlalu obses dengan saingan Liga Perdana England tetapi tidak menunjukkan sokongan kepada kemajuan arena bola sepak tempatan.

Apa yang saya perhatikan hanya Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak sahaja yang mempunyai penyokong setia mereka dan saya sangat berharap pada masa akan datang kita mampu melihat perubahan dan peningkatan terhadap budaya bola sepak di negara ini.

Perlawanan bola sepak boleh menjadi festival sosial di kalangan masyarakat tidak kira kepada para peminat mahupun apa yang kita boleh pelajari di San Siro.

n Edleen Ismail adalah pengacara SportsCenter Malaysia. -utusan

2nd Friendly Match kelantan Bulan Ramadhan

Tarikh : 14 Sept. 09
Masa : 10.00 mlm
Tempat : SSMIV

Keputusan :
Kelantan 4-0 Pattani FC
Indraputra
Che Hishamuddin
Ailim Fahmi
Azlan Zainal (Penalti)

14 Sep 2009

Awas parking bertingkat Parkson Kota Bharu berbahaya!!!

Kota Bharu Trade Center yang menempatkan pasaraya Parkson dan Giant

Jika anda pernah mengunjungi Parkson Kota Bharu yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu anda akan mengalami pengalaman luar biasa sebagai pemandu kereta kerana anda seolah-seolah sedang mendaki bukit untuk sampai ke tempat letak kereta bertingkat Pasaraya tersebut.

Awas kepada pemandu kenderaan terutamanya wanita yang tidak mahir kerana pengalaman saya ketika mengunjungi Pasaraya tersebut ramai yang tergelongsor turun dan menyebabkan kemalangan.

Anda juga perlu memastikan kenderaan anda mempunyai brek yang baik semasa menuruni parking tersebut kerana keadaan jalan yang dibina agak curam dan membahayakan kepada kenderaan yang tidak mempunyai brek yang kuat.

Selamat membeli-belah!!!

13 Sep 2009

Man. City, Liverpool berpesta gol

LONDON - Manchester City terus mempamerkan kegarangan mereka apabila berjaya menewaskan Arsenal 4-2 pada aksi Liga Perdana England semalam.

Liverpool turut berpesta gol apabila membelasah Burnley 4-0 di Anfield manakala Chelsea terus mengekalkan rekod kemenangan bersih musim ini biarpun sekadar menang tipis 2-1 ke atas Stoke City.

Di Stadium City of Manchester, hajat Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure untuk mengecewakan bekas pasukan mereka tercapai hasil tiga gol dalam tempoh 10 minit yang diperoleh City dalam tempoh 16 minit terakhir.

City mendahului pada minit ke-20 selepas penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia tertolak bola ke gawang sendiri sebelum Robin van Persie berjaya menyamakan kedudukan buat Arsenal pada minit ke-62.

Namun, City terus mengganas menerusi tiga gol, masing-masing menerusi jaringan Craig Bellamy pada minit ke-74, Adeba- yor (80) dan Shaun Wright-Phillips (84).

Tomas Rosicky menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-88 tetapi ia sudah terlewat untuk menyekat kemenangan bergaya City.

Di Anfield, hatrik menerusi Yossi Benayoun(gambar) pada minit ke-27, 61 dan 82 serta satu jaringan Dirk Kuyt (41) mengesahkan kemena- ngan Liverpool.

Di Stadium Britannia, Chelsea ketinggalan menerusi jaringan Abdoulaye Faye pada minit ke-32 sebelum Didier Drogba dan Florent Malouda menyelamatkan maruah The Blues dengan gol pada penghujung babak pertama dan babak kedua. -kosmo

1st Friendly Match kelantan Bulan Ramadhan

Tarikh : 12 Sept. 09
Masa : 10.00 mlm
Tempat : SSMIV

Keputusan :
Kelantan 3-1 Narathiwat
Khalid Jamlus
Norfarhan
Nizab

12 Sep 2009

PFA Malaysia ditubuhkan

Alhamdulillah!!! akhirnya sebuah persatuan yang memperjuang dan mempertahankan hak pemain bola sepak profesional dalam Liga Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada khamis, 10.09.09 yang lalu. Persatuan ini dinamakan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia).

Setiausaha Agung PFA Malaysia Subramaniam E.R. berkata PFA Malaysia yang didaftar secara rasmi dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada 16 Julai lepas adalah badan bergabung FIFPro, Persekutuan Antarabangsa bagi pertubuhan Pemain Bola Sepak Antarabangsa yang mewakili lebih 57,000 pemain profesional dari 60 negara anggota.

"Dengan pelancaran ini, PFA Malaysia akan mewakili pemain dalam perkara-perkara berkaitan dengan bayaran gaji, penamatan kontrak di tengah musim, terma kontrak.

Lain-lain perkara yang bermanfaat kepada pemain yang turut menjadi perhatian badan itu ialah soal wakil undang-undang, hak imej pemain, penerimaan komuniti, pengiktirafan pemain, persimpangan karier, persetujuan bersama dengan FAM dan kelab mereka.

Bagaimanapun menurutnya manfaat itu akan dinikmati oleh pemain profesional yang mendaftar sebagai anggota persatuan itu sahaja.

Terdapat tiga kategori anggota iaitu Individu (yuran pendaftaran RM100 dan yuran tahunan RM250), Persatuan (pendaftaran RM100 dan tahunan RM100), dan anggota kehormat (tiada yuran pendaftaran dan tahunan).

"Semua pemain yang aktif layak untuk mendaftar sebagai anggota manakala pemain yang sudah bersara boleh mendaftar sebagai anggota bersekutu PFA Malaysia," katanya.

Selain itu keanggotaan juga terbuka kepada pemain bola sepak wanita dalam liga nasional dan mereka yang mewakili negeri-negeri.

PFA Malaysia diberikan kelulusan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dan mendapat izin presidennya Sultan Ahmad Shah.

Penubuhan PFA Malaysia memang kena pada masanya bagi menangani pelbagai isu yang dihadapi dalam Liga Super dan Premier, seperti gaji pemain dan isu berkaitan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilaporkan menjangkau RM5.4 juta.

-- BERNAMA

10 Sep 2009

Petrol yang sesuai untuk kereta anda?

Pada 1 september yang lepas, kerajaan dengan rasminya telah memberhentikan penjualan minyak ron92 dan menggantikannya dengan ron95. Maka ramai le pengguna kereta-kereta tempatan dan juga kereta-kereta import merasa sangsi akan penggunaan minyak ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, "boleh ke keta aku pakai minyak kuning (ron95) ni?". Untuk meengetahu samada kereta anda sesuai atau tidak, boleh klik link di bawah untuk rujukan.

Link : RON95 or RON97?

6 Sep 2009

Keampunan Allah mesti ditagih dibulan mulia

KINI kita sedang berada di fasa kedua bulan Ramadan. Fasa kedua ini dikategorikan di dalam hadith nabi sebagai fasa maghfirah atau keampunan Allah.

Memohon ampun terhadap Allah swt adalah satu usaha yang sangat murni dan digalakkan dalam ajaran agama islam kerana melalui usaha tersebut dapat melahirkan manusia yang sedar akan diri dan matlamat hidupnya.

Sifat-sifat mulia seperti tawaduk , rendah diri, akur dengan kelemahan diri adalah antara sikap yang mampu mencipta budaya memohon ampun kepada TuhanNya.

Jika kita mempunyai sikap ego, bongkak, besar diri, tidak mudah mengaku kesilapan, maka amat sukar untuk berada dimedan keampunan Allah SWT.

Orang beriman yang yakin dengan iman dan agamanya akan sentiasa menjadikan dirinya kerdil disisi Tuhannya. Walau setinggi mana ilmu dan kepakarannya, sikap dan nilai diri sentiasa membuat muhasabah dan sentiasa terucap dibibir dengan zikrullah dan astaghfirullah.

Manusia dimuka bumi ini tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Tatkala kita memulakan kehidupan harian pastinya ada dosa-dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak. Oleh kerana ilmu yang kurang dan jiwa yang kadangkala kosong daripada mengingati Allah swt sudah pastilah kita melakukan dosa-dosa kecil yang mana akan mengudang amarah daripada Allah SWT.

Ramadan al-karim yang dikirimkan oleh Allah kepada manusia dimuka bumi adalah satu hadiah yang sangat besar maknanya semata-mata memberi peluang untuk meraih sebanyak mungkin keampunan allah sepanjang hidup.

Sebab itu jangnlah kita merasa kikir dan kedekut untuk menagih keampunan allah dimana keampunan itu sebenarnya adalah tanda kash dan sayang Allah kepada hambanya. Kasih dan sayang Allah adalah matlamat kita kerana cinta kepada Nya adalah usaha sangat disukai tuhan sebagai tanda syukur kita kepada Nya.

Dalam satu hadis Qudsi Allah SWT berfirman “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni.

Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).

Bagaimana kah kita sebagai manusia untuk memohon ampun kepada Allah swt. Firman allah dalam surah al-Nasr ayat 1-3 yang bermaksud ’apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah).

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berbondong-bondong. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat.

Allah SWT adalah tuhan penerima taubat hambanya. Sifat kasih dan sayang, rahmat dan rahman yang terkandung dalam bait asmaul husna menggambarkan bagaimana Allah sentiasa mengampunkan hambaNya dengan syarat kita tidak menyekutukannya.

Kita mulakan doa keampunan dengan ucapan tasbih dan puji-pujian kepadaNya kerana sememangnya Allah adalah yang berhak mendapat pujian atas segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya sepanjang hidup.

Buktinya dijelaskan sendiri oleh Allah dalam firmannya dalam surah al-Zumar ayat 53 yang bermaksud "Hai hamba-hamba'Ku yang melampaui batas terhadap dirimereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Sesungguhnya,Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Maka ambillah kesempatan dibulan mulia ini untuk mengecapi sebanyak mungkin keampunan daripada Allah swt. Jangan kita rasa selesa dengan kehidupan kita semata-mata kita rasa seperti tidak berdosa dihadapannya.

Tidak rugi sekali untuk kita menzahirkan ucapan astaghfirullah terhadap tuhan yang empunya alam semesta atas nikmat yang kita perolehi tanpa sebarang bayaran daripadanya.

Moga keampunan ini bakal menjadi usaha terakhir kita sebelum menemuinya yang pasti entah bila.

HASRI B HARUN-Penulis adalah Presiden Kumpulan Pengajian Islam, (MISG) ABIM UK-Eire

Brasil ke Afrika, Argentina tenat!

Dua jaringan Fabiano dan satu lagi dari Luisao membolehkan Brazil menang 3-1 ke atas Argentina pada perlawanan kelayakan Piala Dunia pagi ini.

Kemenangan mutlak Brazil itu melayakkan pasukan tersebut ke Piala Dunia tahun depan menjadikan juara Dunia lima kali ini tidak pernah terlepas ke kejohanan tersebut.

Keputusan itu memberi tekanan kepada jurulatih Argentina, Diego Maradona kerana negaranya yang pernah dua kali menjadi juara kemungkinan terlepas peluang ke Afrika Selatan walaupun permainan yang ditunjukkan Argentina pada perlawanan tersebut persis juara dunia dengan gerakkan 1-2 yang cantik serta ditambah seri lagi dengan kelicikkan Lionel Messi. Tetapi itu semua tidak mampu menyelamatkan Argentina dari menerima kekalahan yang ke-5.

Fabiano menjaringkan gol pada minit ke-30 dan 67 manakala Luisao membuka jaringan pada minit ke-24. Gol tunggal Argentina disumbang oleh Jesus Datolo pada minit ke-65.

1 Sep 2009

nok release tension bulan puasa ni!!!

try join....

link:travian

RON95 vs RON97

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?




DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.


TIDAK pasti tentang kualiti petrol untuk kereta anda? Sila rujuk pemberitahuan yang ada pada tangki kereta, buku manual atau berhubung terus dengan pengeluar kereta.


Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysiaunleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.


SETIAP pengeluar petrol memiliki dan membangunkan bahan api menggunakan teknologi tersendiri. - Gambar hiasan


Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my