Memaparkan catatan dengan label SSMIV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SSMIV. Papar semua catatan

18 Jul 2012

Info Kelantan vs Queens Park Rangers di Kelantan

Pada Khamis,19 julai jam 5 petang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan berlangsung acara sepakan penalti bagi merebut 'Piala Sentosa' yang bakal menemukan penjaga gol nombor satu negara,Khairul Fahmi dan penjaga gol utama QPR,Robert Green.Siapakah yang paling hebat dan bernasib baik dalam pertemuan ini.

Sebanyak 80 biji bola akan diberikan kepada penyokong-penyokong yang hadir.Bagi penyokong yang telah membeli tiket perlawanan Kelantan vs QPR pada 20 julai dibenarkan masuk secara percuma,manakala bagi mereka yang tidak mempunyai tiket tersebut harga tiket adalah RM10 untuk dewasa astaka dan RM5 untuk kanak-kanak terbuka.


28 Feb 2012

Hangatnya bolasepak Kelantan

Peter Butler tinggalkan The Red Warriors...Gelanggang AFC beralih ke Bukit Jalil
 
Jika Pasukan lain sedang membuat persediaan rapi untuk meneruskan saingan liga super yang sedang berehat,bagi pasukan Kelantan hangat dengan isu-isu yang membuatkan penyokong-penyokong The Red Warriors tak senang duduk.

Isu Ketua Jurulatih Kelantan Peter James Butler yang 'direhatkan' gara-gara memberi kenyataan terbuka menempelak KAFA dengan mengatakan beliau tidak mengetahui tentang pemilihan pemain import terbaru Kelantan iaitu Nwoha mewarnai bolasepak Kelantan.sebelum ini ramai yang mempertikaikan keputusan KAFA menerima kembali jurulatih kelahiran England tersebut.

29 Dis 2011

RM80,000 selesai masalah lampu limpah

Kerajaan negeri memberi jaminan akan menyelenggarakan lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV yang didakwa tidak menepati kadar pencahayaan seperti disyaratkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui peruntukan sebanyak RM80,000.

9 Dis 2011

Queen Park Rangers bakal ke Kelantan?

Aduh....hari ni sahabat ambo tan sri TONY FERNANDEZ memberi bayangan utk bawa team epl QUEENSPARK RANGERS ke kelate...THIS COULD BE A DREAM COMES TRUE....QPR COMING??!!......get our house/ground ready!!!! Please please....STADIUM SULTAN MUHD kena sedia terima tamu dunia..!!!team biar baik...stadium keno molek...ko Guano??
Andai benar apa yang dikatakan oleh TSAM penyokong-penyokong Kelantan mahupun Malaysia tidak perlu lagi  berusah payah untuk ke England untuk menyaksikan pasukan EPL bermain malah pasukan QPR bakal ke Kelantan. 
Namun usaha tersebut akan gagal ekoran kemudahan infrastruktur Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang tidak memuaskan dan tidak mencapai 'piawaian antarabangsa'.Ini mungkin membantutkan usaha untuk membawa QPR ke bumi Kelantan ini.

24 Ogo 2011

KAFA terkejut kadar sewa stadium naik

KOTA BHARU - Ketika skuad The Red Warriors sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia musim ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikejutkan dengan kenaikan kadar harga sewa padang dan stadium untuk sesi latihan selama dua jam.

Red Warriors merah padam

PSK naik kadar sewa Stadium Sultan Muhammad seratus peratus

KETIKA Kelantan sibuk membuat persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini, skuad The Red Warriors dikejutkan dengan kadar baru sewa bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang jumlahnya meningkat hampir 100 peratus iaitu daripada RM650 kepada RM1,200 berkuatkuasa 3 Ogos lalu.

18 Jun 2011

Keputusan penuh Perlawanan Persahabatan 2011: Malaysia vs Myanmar

Malaysia 2
(Amirulhadi,Badrol Bakhtiar)
Myanmar 0

Tahniah pemain-pemain kerana berjaya menundukkan Myanmar dalam keadaan padang yang becak dan yang paling membanggakan penyokong-penyokong Malaysia yang sanggup memenuhi stadium walaupun hujan lebat.

Penyokong-penyokong Kelantan memang TERBAIK!!!

26 Mei 2011

Idea dan pandangan dari Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa

Presiden KAFA memohon cadangan dari penyokong-penyokong Kelantan melalui facebooknya,antara cadangan-cadangan beliau : -

1.JUALAN TIKET DI HAD SETAKAT 18,000
2.pintu di buka mulai pukul 7.30/lepas azan
3.penjualan Makanan/minuman di haramkan
4.menggabungkan semua Kelab penyokong
5.RUANG scoreboard utk ahli Kelab saja
6.sistem harga tiket rm10/12/15 mengikut petak Tempat duduk terbuka
7.pass bermusim perlu/tidak

Ini adalah lantaran 'keganasan' dari penyokong-penyokong Kelantan serta 'kesesakan' yang berlaku pada perlawanan dengan pasukan T.Team semalam serta pasukan-pasukan lain sebelum ini.

2 Jan 2011

KAFA mahu pajak stadium RM10j



ANNUAR (kiri) mempengerusikan mesyuarat agung KAFA kali ke-56 di Kota Bharu semalam.



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat tawaran untuk memajak Stadium Sultan Muhammed Ke-IV daripada kerajaan negeri itu untuk tempoh 30 tahun dengan nilai RM10 juta.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia membolehkan pihaknya menaik taraf stadium yang agak daif sebelum ini dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai tuan rumah kejohanan peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, pajakan tersebut bukanlah bertujuan mengambil alih sepenuhnya pengurusan stadium, sebaliknya hanyalah untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan dan negara.

"Jika kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju, KAFA akan membayar dengan jumlah tersebut.

"Dalam tempoh itu, stadium ini akan berubah wajah daripada apa yang ada sekarang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung KAFA kali ke-56 di Kota Bharu semalam.

Pada mesyuarat itu, Annuar diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawa- tan presiden untuk tempoh tiga tahun lagi manakala jawatan timbalan presiden kini dipegang Datuk Afandi Hamzah.

Annuar yang juga Timba- lan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, FAM sebelum ini pernah meminta PSK bertindak segera menaik taraf kemudahan stadium yang sudah uzur.

Ini kerana, jika tidak FAM boleh mengambil tindakan untuk tidak membenarkan sebarang kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia diadakan di stadium tersebut.

Beliau berkata, surat tunjuk minat telah pun dihantar kepada perbadanan berkenaan untuk dipertimbangkan.
"Perbadanan telah pun membalas surat berkenaan yang meminta KAFA memperincikan beberapa perkara lagi bagi dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi.

"Beberapa pihak telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi KAFA bagi membantu menaik taraf stadium itu jika kerajaan negeri bersetuju untuk memajaknya," ujarnya.

Sementara itu, KAFA bercadang untuk membuka keanggotaan KAFA kepada peminat seperti yang dilakukan oleh kelab terkemuka di luar negara bagi membantu menaikkan imej persatuan tersebut.

"Kita akan buka keanggo- taan dengan yuran yang paling murah dan dengan ini pelbagai insentif akan diberi selain dapat bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.

"Selain itu KAFA akan menubuhkan sebuah syarikat anak miliknya bagi menguruskan pasukan The Red Warriors bagi merealisasikan hasrat membawa sukan tersebut ke tahap lebih profesional," jelasnya.

Tambahnya, dengan adanya syarikat itu nanti, ia membolehkan KAFA menumpukan perhatian membangunkan sukan tersebut di peringkat lain seperti menghidupkan liga peringkat daerah.

21 Dis 2010

Aksi Kelantan tertangguh

Keadaan padang stadium belum sesuai digunakan sekarang
 
KOTA BHARU – Hajat besar peminat setia bola sepak Kelantan untuk melihat penampilan baru skuad The Red Warriors musim depan sekali lagi tertangguh apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terpaksa membatalkan dua perlawanan persahabatan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung dalam minggu ini atas sebab teknikal.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengesahkan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang sebuah kelab dari Thailand yang dijadualkan diadakan pada malam esok dan 24 Disember ini terpaksa dibatalkan kerana padang stadium kini masih mengalami proses pemulihan sepenuhnya.

B SATHIANATHAN


“Kita terpaksa membatalkan perlawanan tersebut kerana keadaan padang di Stadium Sultan Muhammed IV tidak begitu memuaskan. Saya pergi melihat gelanggang alternatif iaitu Stadium Mini Pasir Mas tetapi juga tidak sesuai digunakan untuk perlawanan persahabatan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Saya telah memaklumkan kepada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengenai pembatalan itu. Saya tidak boleh menjemput pasukan luar datang ke sini kerana keadaan padang kita amat teruk. Malu saya nanti lagipun mana-mana pasukan pun tidak mahu bermain dalam keadaan padang yang teruk kerana boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain mereka.

“Sebagai ganti, kita mengaturkan satu perlawanan persahabatan menentang kelab Melodi Jaya dari Johor yang beraksi dalam kancah Liga FAM musim lalu pada jam 4.45 petang hari Jumaat ini di Padang Penjara,” katanya.

Menurut Sathianathan, beliau berterima kasih kepada pihak perbadanan stadium yang telah melakukan proses pembaikan padang tersebut dengan segera sebaik sahaja berita mengenai keadaan permukaan padang di stadium tersebut didedahkan oleh pihak media
.  
Pemain Kelantan hanya menggunakan kawasan trek disekeliling stadium bagi menjalani latihan kecergasan memandangkan keadaan padang masih mengalami proses pembaikkan. 

“Kita tunggulah dalam 10 hari lagi, harap-harap padang tersebut dapat digunakan. Buat masa sekarang saya menggunakan Padang Mardi di Pasir Tumbuh sebagai padang latihan sementara latihan di stadium hanya tertumpu kepada aspek kecergasan dimana saya hanya menggunakan kawasan tepi dalam stadium itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan turut mengesahkan skuad Kelantan akan menghadapi sekurang-kurangnya empat perlawanan persahabatan semasa berkunjung ke Lembah Klang bermula minggu depan.

“Kita akan bertemu Harimau Muda A pada 27 Disember, Sarawak pada 28 Disember dan Felda United FC pada 29 Disember. Saya sedang mengatur satu lagi perlawanan pada 31 Disember dengan sebuah lagi pasukan tapi saya belum dapat umumkan nama pasukan tersebut kerana sedang menunggu pengesahan daripada mereka,” katanya. 


Merang

11 Nov 2010

RM 1 juta naik taraf papan elektronik Stadium

Petikan dari Bernama:

Masalah papan markah yang daif di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV turut mendapat perhatian apabila Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Kelantan mengumumkan pihaknya memperuntukkan RM1 juta bagi menggantikannya dengan penggunaan papan markah elektronik.

Bernama

10 Mac 2010

KAFA pohon kurangkan levi elak persatuan berkubur

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon pihak Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mempertimbangkan pengurangan kadar levi yang dikenakan terhadap persatuan itu kerana ia agak membebankan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kadar levi itu agak tinggi iaitu sehingga 20 peratus daripada jumlah kutipan tiket bagi setiap perlawanan.

"Setiap kali perlawanan, KAFA perlu membayar levi antara RM20,000 hingga RM30,000, manakala 10 peratus lagi perlu dibayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"KAFA terpaksa membelanjakan kira-kira 60 peratus daripada hasil kutipan tiket manakala hanya 40 peratus untuk kegunaan persatuan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Annuar menambah, jumlah 40 peratus tidak mencukupi untuk KAFA untuk menampung urusan pentadbiran termasuk bagi membayar gaji pemain dan jika keadaan ini berterusan tidak mustahil KAFA akan berkubur.

"KAFA sudah membuat rayuan kepada perbadanan stadium untuk mengurangkan kadar levi atau memberi sewa stadium kepada KAFA secara tahunan.

"Jika dibandingkan negeri lain, mereka menyewakan padang kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing dengan kadar yang lebih murah malahan ada secara percuma semata-mata untuk membantu pasukan," katanya.
Sementara itu, Annuar menjelaskan, pihaknya akan mempertingkatkan tahap keselamatan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ketika pertemuan Liga Super antara Kelantan dengan Selangor, Jumaat ini.

"Ini merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan di Kota Bharu dalam saingan Liga Super dan kita menjangkakan kehadiran penyokong lebih ramai pada perlawanan itu.

"Langkah keselamatan ini penting untuk menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Untuk itu seramai 400 anggota keselamatan akan bertugas bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para penyokong terjamin," katanya.

Tambahnya, kaunter tiket akan dibuka seawal pukul 9 pagi untuk menggelak berlakunya kesesakan.
"Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan dinasihatkan datang awal untuk membeli tiket dan kita akan buka kesemua kaunter yang ada untuk memastikan tidak berlakunya kesesakan.

"Seorang penyokong hanya dibenarkan membeli 2 keping sahaja tiket untuk astaka manakala 4 keping untuk tempat duduk terbuka," ujarnya.

Katanya, tiket astaka akan dijual di kaunter lama manakala tiket tempat duduk terbuka di kaunter baru.

-utusan-