|
|
Namun, bagi Nazrulerwan Makmor, dia sudah tidak sabar lagi untuk turun beraksi di depan penyokong sang Kijang bagi menyaksikan sendiri ‘kegilaan’ bola sepak di negeri ini.
Dibawa masuk sebagai pemain berstatus pinjaman, pemain pertahanan Felda United ini bakal menggalas tugas besar untuk membawa harapan para penyokong dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Menurutnya, selain faktor pengurusan yang baik, dia memilih Kelantan sebagai destinasi bagi menghadapi kempen Piala Malaysia kali ini kerana kelebihan yang ada pada penyokong skuad Wira Merah.
“Saya tidak tahu kenapa tetapi bagi saya penyokong Kelantan begitu unik. Mereka benar-benar menghargai anda sebagai seorang pemain bola sepak dan ia benar- benar mengujakan.
“Di sini saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri kerana kebanyakan pemain yang ada merupakan kenalan lama saya dan kami boleh bekerjasama dengan baik,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambah Nazrulerwan, dia juga menyenangi jurulatih Kelantan, Peter James Butler yang pernah menjadi guru- nya ketika berkelana ke Sabah pada 2004 yang lalu.
“Saya sudah agak lama mengikuti perkembangan Kelantan. Mereka cukup bagus di bahagian serangan, namun agak longgar di benteng pertahanan.
“Peter menelefon saya menyatakan hasratnya untuk membawa saya ke sini.
“Beliau memaklumkan bahawa Kelantan memerlukan seorang pemain pertahanan yang berpengalaman. Jadi saya bersetuju,” ujarnya yang menolak tawaran daripada Selangor untuk aksi Piala Malaysia kali ini kerana nekad untuk mencipta kejayaan bersama Kelantan.
Jelasnya, pengalaman yang dimiliki ketika menjulang tiga piala bersama Selangor pada 2005 akan digunakan sebaik mungkin untuk menghadiahkan kejayaan kepada Kelantan. - kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan