Memaparkan catatan dengan label tiket. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tiket. Papar semua catatan

30 Okt 2013

Info Tiket Piala Malaysia 2013


  1. Hanya 10000 tiket dijual bermula pukul 3 petang hari ini.
  2. 71 anggota polis ditempatkan bersama pegawai SPRM
  3. 8 kaunter dibuka
  4. Harga tiket RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
  5. Hanya empat tiket untuk seorang.

23 Okt 2013

Info Piala Malaysia 2013 : Jualan tiket Separuh Masa kedua

Mesyuarat Keselamatan dan Tiket

1. Peruntukan 1500 tiket untuk ATM

2. Pintu J untuk penyokong ATM.

3. Peruntukan tiket untuk di jual di kaunter 16500 keping tiket terbuka(Rm15), 2 ribu keping untuk kanak2(rm5), 300 keping Astaka 2 (batu)Rm20.

4 .Tiket-tiket mula dijual pada pukul 9 pagi pada hari perlawanan 25 October 2013.

5.Perubahan kaunter jualan di Pintu E, F, G. (Dibawah scoreboard lama).

6.Pintu2 mula dibuka pada pukul 5petang..


Sumber : Pegawai media KAFA

18 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Penebusan tiket pembelian melalui tickethotline

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012:

Penebusan tiket pada hari perlawanan di Kaunter No 6,7 dan 8,Pintu A Stadium Shah Alam. Penebusan tiket bermula jam 10 pagi hingga perlawanan bermula.

Sumber : TicketHotline

17 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Info menjelang final Kelantan vs ATM

  • 30 000 tiket diedarkan masing-masing kepada setiap pasukan untuk dijual kepada penyokong-penyokong yang berharga RM 40 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM5.
  • Baki tiket yang tidak terjual akan mula dijual pada hari khamis sehingga hari perlawanan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam. 
  • Tambahan 20 000 tiket akan diperuntukkan dihari perlawanan seandainya kedua-dua pasukan mampu menjual tiket yang telah diagihkan sebelum ini. 
  • 1 000 orang anggota polis akan ditempatkan termasuk pasukan simpanan persekutuan,unit anjing pengesan(K9) dan unit berkuda.

16 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Info Tiket final

Tiket-tiket final Piala Malaysia Kelantan vs ATM akan mula dijual pada hari Khamis 18 oktober hingga Sabtu 20 oktober bermula jam 9 pagi hingga 7 petang di Stadium Shah Alam.

 p/s : Rayuan KAFA bersabit pengantungan Ghaddar dan Notfarhan tidak akan dilayan oleh FAM!!!

11 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Info jualan tiket separuh Akhir 2

Tiket-tiket akan mula dijual hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 7 malam dan pada hari perlawanan bermula 9 pagi di Stadium Shah Alam.

Tiket-tiket berharga RM15 dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.

sumber : FAS

2 Mei 2012

Tiket Ekspres Separuh Akhir kedua Piala FA Kedah vs Kelantan

Pengurusan Kedah menjual 'tiket ekspres' yang hanya tertera pasukan Kedah ketika perlawanan semalam disebabkan terlampau ramai penyokong-penyokong Kedah dan Kelantan yang hadir.

Menariknya pada tiket tersebut tidak dicetak pasukan yang ditentang Kedah dan tarikhnya juga tidak dicetak.Astaka utama hanya bernilai RM15 sahaja berbanding dinegeri Kelantan yang mencecah RM30.

27 Okt 2011

Piala Malaysia 2011 bakal suram?

Piala Malaysia 2011 bakal menemukan juara Piala FA 2011 dan finalis 2010 Negeri Sembilan.Malangnya isu harga tiket melampau yang dikenakan oleh FAM bakal menjejaskan kerancakan Piala Malaysia tahun ini.

Walaupun kedua-dua persatuan telah bersetuju untuk memberikan 'subsidi' namun penyokong-penyokong kedua-dua pasukan masih belum berpuashati dengan keputusan yang telah dibuat.

7 Jun 2011

Tiket habis di Kelantan, laris di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 20,000 daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah dijual pada hari pertama jualan tiket perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

8 Mei 2011

Tiket RM 5 untuk kanak-kanak

Pada perlawanan Liga Super Kelantan menentang Kedah khabar 'duka' diterima penyokong-penyokong Kelantan yang sering membawa anak ke Stadium untuk menonton perlawanan melibatkan TRW apabila pihak KAFA mengumumkan akan mengenakan tiket bagi kanak-kanak.Sebelum ini kanak-kanak dibenarkan masuk tanpa membeli tiket.

3 Mac 2011

Isu tiket..Penyokong TRW minta penjelasan KAFA


Rumah siap pahat masih berbunyi…itulah ungkapan yang sesuai dilontarkan ekoran ketidakpuasan segelintir  penyokong-penyokong Kelantan yang tidak dapat memasuki stadium walaupun telah membeli tiket perlawanan.

Walaupun Kelantan telah memahatkan memori indah pada malam tersebut kerana berjaya membelasah musuh utama Negeri Sembilan namun  isu ini sedikit sebanyak telah merencatkan keriangan penyokong-penyokong.

Pihak pengurusan KAFAterutamanya presiden Tan Sri Annuar Musa perlu memberi penjelasan tentang isu ini kerana ada segelintir penyokong mendakwa tiket pada malamtersebutdijual melebihi tempat duduk yang disediakan.

1 Mac 2011

Liga Super 2011 : Kelantan vs N.Sembilan

Tiket Astaka habis!!!

Rekod pertemuan liga super 2010 diantara kedua-dua pasukan memihak Kelantan tetapi Kelantan perlu waspada kerana Negeri Sembilan sudah pasti akan bermain bermati-matian bagi merebut takhta liga dari Kelantan..

Rekod Pertemuan :

27 Okt 2010

Info Tiket TM Piala Malaysia 2010

30000 tiket telah diperuntukkan kepada pasukan Kelantan di Kota Bharu.

10000 keping akan dijual pada hari Rabu 27 Oktober 2010 dengan harga RM30.

10000 keping lagi akan dijual pada hari Khamis 28 Oktober 2010 secara berpakej dengan harga RM 40

10000 di khaskan untuk Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan

Semua tiket dijual di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Info dari TV3

UMNO Bahagian Tanah Merah sediakan tiket percuma

Oleh Sukhairi Abd Thani
sukhairi@bharian.com.my
2010/10/27

PENYOKONG Kelantan yang mendaftar sebagai pengundi Parlimen Tanah Merah, berpeluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan, di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini secara percuma apabila UMNO Bahagian Tanah Merah menyediakan tiket untuk mereka.

Tiket bernilai RM30 boleh diambil di Noble Twin (M) Sdn Bhd, lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat, Kuala Lumpur atau menghubungi Zulkifli Mustafa di talian 019-2599909 atau 019-2129009 mulai esok hingga tengah hari Sabtu ini


Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, tiket adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang paling awal.
“Hanya mereka yang berdaftar sebagai pengundi Parlimen Tanah Merah berhak memperoleh tiket. Namun, mereka berpeluang membeli dua tiket tambahan pada harga biasa,” katanya semalam.

Selain itu, Ikmal Hisham, berkata belia di Tanah Merah berpeluang menyaksikan perlawanan menaiki bas untuk pergi dan balik dengan hanya membayar RM20 menerusi usaha Pemuda UMNO bahagian itu menyediakan menyediakan 15 bas ke Stadium Bukit Jalil.

Belia yang berminat boleh mendaftar di pejabat UMNO Tanah Merah atau hubungi pejabat talian 09-9557500.
 

Penyokong kecoh harga tiket naik




MAHAL, zalim dan cekik darah. Itu antara rungutan peminat setia pasukan The Red Warriors yang menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Tahun lepas, kedua-dua pasukan juga pernah bertembung di pentas akhir merebut piala berprestij tanah air itu yang mana kehadiran penyokong mencatat sejarah paling ramai pernah dihimpunkan dalam satu perlawanan bola sepak tempatan.

Ketika itu tiket dijual dengan harga RM20 dan secara tiba-tiba, musim ini FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sehingga menimbulkan kemarahan seluruh peminat bola sepak Kelantan yang merasakan harga tersebut adalah terlalu tinggi.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Klate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan tersebut dilihat satu lagi usaha FAM untuk menjatuhkan masa depan bola sepak Kelantan.

Menurutnya, selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk yang terbaru menggantung khidmat jurulatih B. Sathianathan sebelum kes tersebut ditangguhkan untuk perbicaraan semula, isu tiket kembali menjadikan FAM mangsa kecaman.

"Saya tidak melihat di mana relevannya harga tiket tersebut perlu dinaikkan. FAM perlu memberi penjelasan kenapa harga tiket ini naik berbanding tahun lalu yang dijual pada harga RM20.

"Pada pendapat saya, harga ini dinaikkan selepas melihat penyokong Kelantan yang begitu ramai membanjiri stadium pada perlawanan akhir musim lalu dan ini adalah masa yang baik untuk FAM mengaut keuntungan," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pertimbangan- pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil kira oleh FAM termasuklah peminat bola sepak Kelantan bukannya terdiri daripada golongan yang berada tetapi mereka yang berpendapatan rendah, namun cintakan bola sepak tempatan.

Jelasnya, sekiranya FAM menggunakan helah menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana menyangka peminat bola sepak Kelantan pasti akan ke stadium walaupun dengan tiket yang mahal, tidak mustahil sambutan perlawanan akhir kali ini akan dingin.

"Penyokong tidak bodoh. Kami bukan orang berada. Ada yang bekerja sebagai buruh dan petani hanya memperoleh gaji sekitar RM150 seminggu dan ini pastinya membebankan dan tidak mustahil sekiranya mereka membatalkan hasrat untuk ke stadium.

"Sepatutnya FAM memberi sokongan dalam usaha memajukan bola sepak tempatan selepas melihat sambutan peminat yang semakin ramai mengunjungi stadium tetapi tindakan ini sekali lagi dilihat sebagai cubaan 'membunuh' masa depan bola sepak khasnya di Kelantan," ujarnya. 

Selain itu, mereka juga turut kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang seperti 'menangguk di air keruh' apabila menaikkan lagi harga tiket daripada RM30 kepada RM40 dengan kononnya menyediakan pakej termasuk barangan cenderahati.
Bagi mereka, selepas sekian lama menunjukkan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan Kelantan termasuk menjelajah ke seluruh negara setiap kali pasu- kan mereka beraksi, tindakan KAFA itu membuatkan mereka terkilan.
Semalam, lebih 100 penyokong skuad Kelantan mengadakan piket membantah kenaikan harga tiket oleh FAM di hadapan Stadium Sultan Muhammed IV dan turut menggesa KAFA membatalkan hasrat menjual tiket tersebut secara pakej dengan harga yang lebih mahal. 

Seorang lagi peminat bola sepak Kelantan, Mahizi Mahmood, 32, memberitahu, selain marah dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket, dia juga nyata kesal dengan sikap KAFA yang dilihat tidak prihatin dengan nasib para penyokong.

"Sudahlah FAM mengenakan tiket dengan harga yang tinggi, KAFA pula turut sama bersekongkol menaikkan lagi harga sebanyak RM10 kononnya atas nama pakej dengan memberi barangan cenderahati.

"Kalaulah KAFA tahu mengenang budi, mereka seharusnya membantu memberi subsidi atau sekurang-kurangnya mengekalkan harga tiket RM30 itu, bukannya dengan menekan lagi penyokong dengan menaikkan kepada RM40," jelasnya.
Selain itu, bagaikan ada kewajaran di sebalik kemarahan para penyokong kerana jarak antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur itu cukup panjang perjalanannya menjadikan mereka juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk kos pengangkutan.
Bukan sahaja tiket, dikhabarkan kos pengangkutan awam termasuk kadar sewa bas juga melambung dengan begitu mendadak iaitu antara RM3,200 hingga RM3,800 berbanding harga biasa hanya sekitar RM2,400 hingga RM2,600.
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tampil memberi penjelasan yang dilihat sedikit melegakan kemarahan penyokong Kelantan apabila pihaknya bersetuju mengekalkan harga tiket kepada RM30.
Jelasnya, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan untuk penyokong Kelantan iaitu dengan 10,000 akan mula dijual secara biasa pada pukul 10 pagi ini di kesemua lapan kaunter jualan tiket di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

"Manakala 10,000 keping lagi akan dijual bersama barangan cenderamata, sementara selebihnya akan diperuntukkan kepada rombongan kelab penyokong. KAFA sedang berusaha untuk mendapat tiket tambahan untuk memenuhi permintaan," ujarnya

26 Okt 2010

Harga tiket naik membebankan penyokong Kelantan

Update : Harga tiket tempat duduk biasa yang dijual di :

Bukit Jalil : RM 35
N.9         : RM 30
KAFA    : RM 40
Ejen        : RM 45
Ulat Tiket : RM ????  (Pergi Mekah balik hari ).... ooppsss silap!! ulat tiket pegi mekah ker????

Setelah menerima berita gembira B.sathianathan dibenarkan 'beraksi' untuk Piala Malaysia ini penyokong-penyokong Kelantan menerima berita kurang menyenangkan,tiket perlawanan akhir dinaikkan RM10 daripada harga asal RM20 menjadikan RM30 untuk tempat duduk biasa serta RM 50 untuk tempat duduk 'Grand Stand'.

Memandangkan Kelantan layak ke final Piala Malaysia dan mempunyai ramai penyokong-penyokong fanatik FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket berasaskan kejohanan yang berprestij dianjurkan.

FAM langsung tidak memikirkan perit jerih penyokong yang terpaksa berbelanja besar untuk ke Bukit Jalil dengan kadar pengangkutan seperti bas yang naik mendadak mencecah RM4000 untuk sebuah bas.I

Ini ternyata membebankan penyokong-penyokong yang ingin ke Bukit Jalil kerana dengan kenaikan harga tiket ini penyokong Kelantan seolah-olah tersepit ditengah-tengah.

Bagi penyokong Negeri Sembilan mereka tidak menghadapi masalah kerana jarak perjalanan ke Bukit Jalil tidak sejauh penyokong Kelantan.

Mungkin FAM telah memasukkan sekali kos 'kerosakan' yang bakal berlaku jika kedua-dua penyokong merusuh...tetapi kejadian ini tidak akan berlaku jika kawalan keselamatan dipertingkatkan dan tidak berlaku provokasi dari kedua-dua penyokong serta PENGADIL perlawanan bijak mengendalikan perlawanan.

Kita penyokong Kelantan terpaksa akur dengan kenaikan harga tiket ini dan berharap tahun depan jika Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak melibatkan pasukan Kelantan harga tiket tetap sama dengan harga Piala Malaysia tahun ini.