Jika anda pernah mengunjungi Parkson Kota Bharu yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu anda akan mengalami pengalaman luar biasa sebagai pemandu kereta kerana anda seolah-seolah sedang mendaki bukit untuk sampai ke tempat letak kereta bertingkat Pasaraya tersebut.
Awas kepada pemandu kenderaan terutamanya wanita yang tidak mahir kerana pengalaman saya ketika mengunjungi Pasaraya tersebut ramai yang tergelongsor turun dan menyebabkan kemalangan.
Anda juga perlu memastikan kenderaan anda mempunyai brek yang baik semasa menuruni parking tersebut kerana keadaan jalan yang dibina agak curam dan membahayakan kepada kenderaan yang tidak mempunyai brek yang kuat.
Selamat membeli-belah!!!
Awas kepada pemandu kenderaan terutamanya wanita yang tidak mahir kerana pengalaman saya ketika mengunjungi Pasaraya tersebut ramai yang tergelongsor turun dan menyebabkan kemalangan.
Anda juga perlu memastikan kenderaan anda mempunyai brek yang baik semasa menuruni parking tersebut kerana keadaan jalan yang dibina agak curam dan membahayakan kepada kenderaan yang tidak mempunyai brek yang kuat.
Selamat membeli-belah!!!
1 ulasan:
Betul tu hok demo goyak. Sapo-sapo jange duk gatal gelenya nak tra parking alik atah parkson. Biarla kito berjale jauh sebab parking jauh daripada kito gi jale jauh sebab jatuh parking atah parkson. Ambo ado pengalame doh naik atah tu. Mujur tak mati jah. Engineer ambik mano la mereko bentuk parking lagu tuh!! Keto ambo keto wira tahun 2003 memang nak abih klah doh, nak jadi cerito gi la naik parking atah tu. Terkejut beruk la, jale dia melenggok ke atah, mace nak terbalik keto ambo. Dalam hati nak patah balik tapi nak kona mano? Terpakso la teruskan jugok. Sekali lipat tak apo lagi, dua kali lipat teraso nak terberak doh. Lipat kali ketiga (hampir tingkat 5),keto ambo habih power (tok rok doh), ambo tekan brek, tarik handbrek la. Mujurla keto takdok alik belake follow.Masa tu ambo bawa satu keluarga turun. Bini ambo gi cari batu ko bata ko sendal tayar belake. Pah tu ambo tekan minyak habih teh. Enjin bedaung tokleh nak kato, keto jale ke atas merayap supo siput buta mato. Mujur la lepas. Keto bau hangit tokleh nok kato( 3 hari tak hile) doh. Pah nak turun, kena turun kok tu jugok. Ambo ore jate kenaling tok mudah, usahkan ore tino. Keto ambo bersesek dengan jale dia, ambo tak kira doh, asal blh turun duk bawah. Jale dia tak nampok kok cermin depan nak goyak bui. Turun dengan gear satu jugok supo aloh naik tadi.Kaki kanan tekan brek abih rapat, keto turun bukan main. Pah tu kona kanan, kona kanan lagi, kona kanan lagi...sampai la jalan besar. Dua tiga hari pah tu gi kedai, beki hok bau hangit tadi...cluth la apao lagi. Habih kurang 500 rial (bare ori proton). Dalam hati menyumpah mcm2. Ko engineer, ko jkr, ko mpkb, ko tauke parkson, ko kerajaae, mcm2 lagi la. Bodoh, bengong, otak 3 suku, tubik belako. Pengajarannya: Jangan Naik Parking Parkson Kota Bharu.
Catat Ulasan