Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
 |
SHAHRIZAN giat menjalani latihan sebagai persiapan membantu Kelantan dalam menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini. |
“INI adalah peluang terbaik, saya harus guna kesempatan ini sebaik mungkin.” Demikian ujar Shahrizan Ismail, penjaga gol kedua Kelantan yang diberi peluang untuk menggalas cabaran The Red Warriors dalam mengharungi kempen Piala Malaysia.
Shahrizan diberi tanggungjawab tersebut selepas penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat diarahkan untuk terus bersama skuad Olimpik negara. Selepas hanya membuat tiga penampilan bersama Kelantan musim ini (satu perlawanan Piala FA dan dua lagi pada Liga Super), Shahrizan menyedari bahawa keyakinan para peminat setia Kelantan terhadapnya tidak begitu baik.
Jelas Shahrizan, isu sama ada bersedia atau tidak menggalas tugas menjaga gawang Kelatan tidak timbul kerana baginya, sebagai pemain, dia sentiasa yakin untuk beraksi. “Disenaraikan sebagai penjaga gol utama atau simpanan sentiasa membuatkan saya bersedia kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita kena sentiasa bersedia untuk kemungkinan itu.