Memaparkan catatan dengan label poll. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poll. Papar semua catatan

7 Feb 2010

Keputusan Poll 'Apakah penyebab kemerosotan Kelantan?'


Keputusan:-
1. Jurulatih - 104 orang atau 42 peratus
2. Terlalu ramai 'bintang' - 51 orang atau 21 peratus
3. Kurang persefahaman - 59 orang atau 24 peratus
4. sikap berpuak-puak pemain - 28 orang atau 11 peratus

Votes so far: 242 

Berdasarkan undian atau poll yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Kelantan, mereka meletakkan Jurulatih Kelantan B.Sathianathan sebagai penyebab utama kemerosotan Kelantan musim ini...

Kesimpulanya, penyokong-penyokong Kelantan sebenarnya tidak mengetahui masalah sebenar yang berlaku dalam skuad Kelantan dan tuduhan terhadap B.Sathianathan adalah tidak tepat dan beliau sekarang berada dalam landasan yang betul untuk membimbing skuad Kelantan.

Kelatefc sempat berbual dengan beliau dan beliau telah menceritakan dari hati ke hati masalah sebenar yang berlaku. Dari apa yang disampaikan oleh beliau boleh 'diterima' dan kelatefc berharap beliau boleh membimbing Kelantan dengan lebih bersemangat lagi tanpa sebarang gangguan lagi.

Kepada penyokong-penyokong Kelantan teruslah memberikan semangat dan sokongan moral kepada B.Sathianathan bagi memastikan beliau boleh membawa Kelantan menempa kejayaan selepas ini.

Come on Sathia.... We support n trust U......

 "Buang yang keruh ambil yang jernih"

13 Okt 2009

Keputusan poll atau tinjauan pendapat yang dibuat oleh Kelatefc

1.Mampukah Kelantan menjulang Piala Malaysia dibawah kendalian B.Sathianathan?

A. Ya - 84 orang (93%)
B. Tidak - 6 orang (6%)
C. Tidak Pasti - 0 orang (0%)
D.No Komen - 0 orang (0%)

Dari komen ini ramai yang mengharapkan Kelantan dapat memecahkan kebuntuan untuk menjulang piala Malaysia yang telah lama diidam-idamkan oleh peminat-peminat setia Red Warriors yang begitu dahagakan kejuaraan.

Harapan ini sepatutnya digalas oleh pemain-pemain yang ada sekarang dengan menunjukkan semangat yang luar biasa dan mampu menewaskan sesiapa sahaja tidak kiralah pasukan sehebat manapun.

2. Wajarkah Halim Napi diserapkan ke skuad Kelantan untuk memantapkan pasukan?

A. Ya - 42 orang (60%)
B. Tidak - 22 orang (31%)
C. Tidak Pasti - 5 orang (7%)

Ramai lagi yang masih sayang kepada abang Halim kita walaupun tindakan beliau sebelum ini banyak menyusahkan KAFA serta peminat setia Kelantan gara-gara panas barannya.

Tindakan KAFA yang menjadikan Halim Napi sebagai penjaga gawang utama Kelantan dan mengenepikan Shahrizan Ismail yang sedikit sebanyak mencetuskan tanda tanya dikalangan penyokong Kelantan dikala prestasi beliau dikemuncak dan pergorbanan beliau selama ini seolah-olah tidak dihargai.

Diharap peluang yang diberikan oleh KAFA dapat dipergunakan oleh Halim Napi sebaiknya dan menjadi contoh kepada pemain lain serta tidak melakukan kesilapan yang lepas.

3. Wajarkah pasukan Terengganu dihukum gara-gara penyokongnya masuk ke padang dan ingin menyerang pengadil perlawanan?


A. Ya - 40 orang (95%)
B. Tidak - 2 orang (4%)

Terengganu sememangnya 'kebal' kerana mempunya pengaruh yang kuat dalam FAM, sebarang keputusan terhadapTerengganu pasti ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat setia bolasepak Malaysia khususnya Kelantan yang mahukan keadilan setelah 'dibelasah' oleh FAM baru-baru ini.

Diharap FAM dapat menjalankan siasatan dan memastikan keadilan masih wujud dalam badan tertinggi bolasepak negara kita ini.