Memaparkan catatan dengan label piala emas raja-raja 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label piala emas raja-raja 2010. Papar semua catatan

13 Dis 2010

RM15,000 ganjaran untuk Kelantan

Oleh Mohd Fakri Awang Lah
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/13

PENGURUS pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan, Nudin Awang, berjanji memberi bonus peribadi kepada pemain dan pegawainya yang bertungkus-lumus memastikan kejuaraan buat kali ke-13 pasukan itu.

Nudin berkata, dia memperuntukkan RM15,000 sebagai ganjaran kepada pasukan itu, selain akan membawa mereka menunaikan umrah Mac tahun depan.
“Saya memberi bonus peribadi sebanyak RM15,000 merangkumi pegawai dan pemain pada malam ini juga (kelmarin), selain hadiah pertandingan RM30,000, selain ganjaran yang dijanjikan kerajaan negeri,” katanya sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, kelmarin.

Kelantan menumpaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran sepanjang 120 minit permainan.

Katanya, kemenangan berterusan Kelantan dalam beberapa pertandingan termasuk Piala Malaysia sebelum ini membuktikan pasukan itu semakin meningkat dan menjadi bualan peminat.

“Saya gembira kerana kami dapat merampas kembali trofi ini selepas terlepas kepada Perlis musim lalu,” katanya sambil menambah, beberapa pemain skuad itu termasuk penyerang Mohd Ramzul Zahini Adenan, penjaga gol Mohd Shahrizan Ismail dan Mohamad Aris Zaidi mungkin diserapkan dalam skuad Liga Super negeri itu.

Kegemilangan bola sepak Kelantan


PEMAIN skuad Kelantan meraikan kejayaan mereka muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70.



PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berpuas hati dengan penganjuran edisi ke-70 saingan Puncak Piala Emas Raja-Raja dan berharap kejohanan tahun depan dapat dianjurkan pada skala lebih besar selain terus menjadi medan penting mencungkil bakat baru.
Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan berharap kejohanan Piala Emas Raja-Raja dapat dijadikan pentas buat pasukan-pasukan mengenal pasti, mencungkil dan mengasah bakat pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan dalam skuad utama Liga Perdana atau Liga Super.
“Matlamat kami ialah menjadikan kejohanan ini sebagai medan bagi pasukan-pasukan mengetengahkan bakat pemain ke saingan liga lebih tinggi,” katanya.
Menurut Takiyuddin, sebagai antara kejohanan tertua di negara ini, Piala Emas Raja-Raja boleh memainkan peranan signifikan dalam membantu usaha pembangunan bola sepak tanah air terutamanya penyaluran barisan pemain pelapis.
Menerusi siaran langsung di Astro Arena (Saluran 801) dan sokongan padu media cetak dan elektronik tahun ini, pertandingan itu dapat diikuti dengan lebih dekat, sekali gus memberi pendedahan dan meningkatkan profil pemain dan pasukan.
“Peranan media amat penting, terutama bagi kejohanan seperti Piala Emas Raja-Raja yang selama ini dianjurkan dengan bajet yang amat terhad,” katanya sambil berterima kasih kepada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama kejohanan.
Buat tahun kedua berturut-turut, Puncak Niaga muncul sebagai penaja utama dengan jumlah tajaan RM200,000 untuk edisi tahun ini.
Pengurusan PBSMM juga berharap dapat melakukan penambahbaikan bagi memastikan kualiti pertandingan terus meningkat dan dapat menarik pembabitan lebih banyak penaja.
Tahun ini, pendaftaran lima pemain dari Liga Super dibenarkan dengan tujuan merancakkan saingan dan memberi peluang kepada pasukan memperkuatkan barisan mereka.
Masalah jadual juga bakal diperhalusi terutama apabila mengambil kira pertandingan di akhir tahun yang sering dibelenggu masalah hujan dan musim tengkujuh.
Menurut Takiyuddin, PBSMM mempunyai beberapa perancangan masa depan termasuk membentuk sebuah pasukan untuk bersaing dalam Liga FAM dan liga-liga yang lebih tinggi.
“Ini tentunya memerlukan kos yang amat tinggi, harapan kami ia menjadi realiti pada tahun 2012. Pada masa ini, kami merancang untuk menjana dana menerusi aktiviti amal,” katanya.
Saingan tahun ini bermula sejak 5 November lepas tanpa menggunakan sistem zon seperti lazimnya. Sebaliknya 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan tanpa mengira zon.
Empat venue dipilih bagi perlawanan peringkat kumpulan iaitu Stadium Utama Negeri Kangar, Stadium Perak di Ipoh, Stadium UiTM di Shah Alam dan Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Bharu.
Dalam pada itu, penganjuran perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu semalam berjalan lancar tanpa sebarang insiden buruk seperti edisi tahun lepas.
Kelantan melengkapkan kejayaan tahun ini dengan mengetepikan Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Ia merupakan kejayaan berganda buat Kelantan yang sebelum ini berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.
Kelantan menundukkan Kedah 4- 3 menerusi penentuan penalti, sekali gus memberikan hadiah berganda buat 10,000 ribu penyokong Red Warriors yang hadir memberi sokongan padu di Stadium Sultan Mouhammed ke-IV Kota Bharu itu.
Dengan kemenangan itu, Kelantan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan piala manakala Rosairil Asrol Mat Nor dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan. -kosmo

12 Dis 2010

Kelantan Juara PUNCAK Piala Emas Raja-Raja 2010

Kelantan 0 - 0 Kedah

Kelantan menang penentuan sepakan penalti dengan agregat 4-3.
Memenatkan tetapi berbaloi...

Kelantan akhirnya  berjaya menumbangkan naib juara Piala Emas Raja-Raja tahun lalu Kedah dengan agregat 4-3 melalui tendangan penalti.

Kesungguhan pemain-pemain Kelantan ternyata berbaloi apabila berjaya menjulang Piala Emas ini dihadapan hampir 15000 penonton setia.

Rosairil Asrul dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan terima kasih serta pujian harus diberikan kepada penjaga gol Kelantan Shahrizan Ismail yang berjaya menepis dua sepakan penalti pemain Kedah dan seterusnya melengkapkan tahun bolasepak Kelantan dengan menjadi naib juara liga super serta juara Piala Malaysia

Selaku juara Kelantan membawa pulang RM 30 000 serta piala iringan dan bakal menerima imbuhan lumayan dari Persatuan Bolasepak Melayu Kelantan.

6 Dis 2010

PUNCAK Piala Emas Raja-Raja: Separuh Akhir kedua

Fulltime
  
Terengganu (0) lwn (1)kelantan
kedah (3) lwn (1) johor 
Kelantan layak ke final dengan agregat 4-0 
 Akhir:
Kelantan vs Kedah
Stadium Sultan Muhammad ke-IV
8.45 mlm 
11/12/2010
p/s:agregat sebenar kelantan layak ke Final mungkin berbeza sebab info tak berapa cerap...harap maaf

Kedah, Kelantan ada kelebihan

KELANTAN dan Kedah memiliki kelebihan psikologi apabila turun berdepan lawan masing-masing pada saingan separuh akhir kedua Kejohanan Bola Sepak PUNCAK Piala Emas Raja-Raja hari ini untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir pada 11 Disember ini.
Kelantan membawa bekalan selesa ke Kuala Terengganu selepas menumpaskan skuad Penyu itu 3-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu, minggu lepas.
Kedah pula mempunyai gelanggang sendiri untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyekat kebangkitan Johor selepas menumpaskan skuad selatan tanah air itu 3-1 di Stadium Larkin, minggu lepas.
Dengan kelebihan 3-0, Kelantan seharusnya tidak hilang fokus manakala Terengganu berdepan tugas sukar mencipta keajaiban memburu sekurang-kurangnya empat gol atau lebih biarpun bermain di laman sendiri di Kuala Terengganu.
Kelantan boleh menghela nafas lega dan mampu untuk tidak menurunkan kesebelasan utama dengan tujuan merehatkan pemain tonggak bagi menghadapi lawan sekiranya mara ke perlawanan akhir nanti.
Dengan gawang mereka nampak selamat di tangan Mohd. Shahrizan Ismail, jurulatih Zahasmi Ismail berpuas hati dengan jentera pertahanannya yang dikemudi Sharudi Aziz selain Sani Nawi, Shafiq Haikal dan Nik Mohd. Shahrul Azim.
Jentera tengah Kelantan dilihat semakin ampuh dengan peningkatan prestasi Mohd. Ezrie Shafizie, Rosairul Asrul, Izuan Salahuddin serta Khairan Ezuan Razali.
Dua nama yang menjadi sebutan dalam skuad Kelantan kini, Ramzul Zahidi Adenan dan Aris Zaidi, penjaring dua gol ketika menentang Terengganu minggu lepas, bakal terus menjadi duri buat Terengganu.
Pada satu lagi separuh akhir, Kedah yang berazam mahu menebus kekecewaan kalah di final tahun lepas, dijangka tidak berdepan tugas sukar mempertahankan hasil tuaian di Stadium Larkin di Johor Bahru sebelum ini.
Jurulatih Kedah, Mohamad Ramlee mengharapkan pemainnya terus mempamerkan konsistensi.

30 Nov 2010

Result Separuh Akhir Pertama Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010

Kelantan 3 - Terengganu 0

Gol-gol jaringan pemain muda liga super Kelantan Aris Zaidi menyumbat dua gol manakal satu gol lagi jaringan cantik Ramzul.

Tiga pemain muda Kelantan pada malam ini menunjukkan kemampuan yang boleh diketengahkan dalam saiangan liga super nanti terutamnya pemain muda Mohammad Aris Zaidi,Izwan Salahuddin dan Ramzul yang boleh digilap untuk menjadi permata berharga buat Kelantan.

Secara keseluruhan Kelantan bermain baik malam ini cuma yang merencatkan permainan adalah keadaan padang yang becak serta air yang bertakung menyukarkan pergerakan pemain-pemain.


13 Nov 2010

Piala Emas Raja-Raja suku akhir

Full Time

Kelantan 3 - 0 Perlis..

Tahniah kepada skuad Piala Emas Raja-Raja kerana berjaya menewaskan Perlis

Kelantan sedang mendahului Perlis 2-0 hasil jaringan Kharul Izuan Razali dan Solahudin

Separuh masa pertama Kelantan sedang mendahului Perlis 1-0.

p/s: Maaf salah post tadi bukan separuh akhir tetapi suku akhir

8 Nov 2010

Masum, Kelantan dilabel pilihan


FAHRUL RAZI KAMARUDDIN (kiri) telah membuktikan bahawa dia adalah penggempur berbisa Masum dalam saingan Puncak Piala Emas Raja-Raja.



SELEPAS memperagakan aksi hebat dalam tiga perlawanan peringkat awal, skuad Masum kini dianggap antara skuad pilihan yang perlu diawasi apabila saingan Puncak Piala Emas Raja-Raja memasuki peringkat suku akhir minggu depan.

Masum yang dibimbing Omar Ali, menang dua perlawanan awal Kumpulan D sebelum ini dengan mengatasi PDRM 3-1 dan Singapura 2-0.

Perlawanan suku akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 13 dan 20 November ini.
Kelibat tonggak utama Nursalam Zainal Abidin, yang sudah mengum- pul tiga gol peribadi setakat ini dan ketua pasukan, Fahrul Razi Kama- ruddin yang sudah meledak dua gol, pasti sekali lagi menjadi pertaruhan buat Masum untuk mencatat seja- rah mara ke akhir.

Pada edisi lepas, Masum terkandas di pusingan awal tetapi kali ini, anak-anak buah Omar Ali mempamerkan peningkatan dan kematangan hasil daripada program latihan berterusan dan penyertaan dalam kejohanan kompetitif sejak beberapa bulan lepas.

Masum berdepan naib juara Kumpulan C iaitu sama ada Kedah atau Perak.
Sebelum ini, ramalan awal bahawa dua pasukan pilihan Selangor dan Singapura bakal mengungguli saingan ternyata meleset apabila dua juara sebanyak 12 kali itu tampil dengan aksi hambar dan tersungkur di saingan awal.

Selain Masum, Kelantan yang memburu kejuaraan ke-13 musim ini, berada dalam keadaan terbaik untuk melangkah jauh apabila mempamerkan prestasi kemas.

Skuad bimbingan Zahasmi Ismail itu bakal bertemu naib juara Kumpulan A yang yang hanya dapat ditentukan esok.
Perlawanan Kumpulan A (Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur) di Stadium Utama Negeri Kangar bermula hari ini dan berakhir esok.

Saingan suku akhir akan diadakan secara timbal balik pada 13 dan 20 November ini manakala separuh akhir dijadualkan pada 28 November dan 4 Disember.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 11 Disember depan.

Kosmo