Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan

23 Apr 2016

Liga Super 2016 : Keputusan penuh Kelantan vs Terengganu

Keputusan penuh :

Kelantan 3-0 Terengganu

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Wan Zack,Kecik dan Fakrul zaman

1 Apr 2015

Live Liga Super 2015 : Terengganu vs Kelantan

Terengganu vs Kelantan

Sabtu, 4 April,
8:45 mlm – 10:45 mlm
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,Terengganu.
Live : TV1

Perlawanan lain :

Pahang v Lions XII langsung di TV3

JDT vs ATM Langsung di TV9

18 Sep 2012

Butler digantung enam bulan

KUALA TERENGGANU - Kelancangan Peter Butler (gambar) yang bersuara secara terbuka mengenai pemain skuad bimbingannya sehingga mengheret kontroversi berpanjangan membawa padah, apabila jurulatih Terengganu itu digantung enam bulan.

Malah Butler turut didenda RM4,000 ekoran kenyataannya kepada media mengenai dua pemain yang didakwa melanggar disiplin dengan pulang lewat ke hotel penginapan di Alor Setar 1 September lalu.
Butler didapati bersalah mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ari melakukan kesalahan tersebut tanpa pengetahuan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Selain itu, gaji Butler turut dipotong 15 peratus selama sebulan atas kesalahan bertindak biadab memalukan penjaga gol, Ahmad Sharbinee Allawee di depan ribuan penonton sewaktu Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 3 September lalu.

4 Sep 2012

90 minit lagi

Kelantan terpaksa bermain 90 minit lagi bagi mengesahkan untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.Keputusan seri 0-0 di Alor Star memaksa penyokong-penyokong The Red Warriors menunggu sehingga perlawanan menentang Terengganu di Kota Bharu 14 september ini.

Terengganu yang ditunjukkan jalan keluar oleh Marlon dalam saingan Piala Malaysia bukanlah lawan mudah namun peluang Kelantan lebih cerah berbanding Kedah yang terpaksa berhadapan ATM dalam perlawanan terakhir nanti.

90 minit lagi adalah nyawa bagi pasukan Kelantan kerana Kelantan tidak perlu ehsan dari ATM untuk mengalahkan Kedah untuk mengesahkan tempat kesuku akhir tetapi sebaliknya pemain-pemain perlu bermain bermati-matian dalam perlawanan terakhir nanti.

Harapan ribuan penyokong menggunung tinggi ingin memastikan Kelantan melangkah ke suku akhir nanti dan seterusnya menjadi juara Piala Malaysia musim ini.

22 Ogo 2012

Info Piala Malaysia 2012 : Terengganu vs Kelantan

Kelantan bakal bertemu Terengganu dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2012 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu.

Perlawanan tersebut bakal disiarkan secara langsung oleh pihak Astro melalui siaran Astro Arena 801 bermula jam 8.45 malam.

Walaupun Kelantan 'kehilangan' penyerang berbisa,Mohammed Ghaddar yang digantung satu perlawanan Kelantan tetap menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan malam ini kerana masih ramai lagi pemain-pemain yang mampu menjaringkan gol buat Kelantan.

Sama-sama kita berikan sokongan padu buat pasukan Kelantan tak kira dimana kita berada.Gomo Kelate Gomo..

Kito Gomo Teganu pulok!!!

1 Jul 2012

Kejutan keputusan Liga Super 30 jun


Sarawak 3 - 1 Johor FC
PKNS FC 2 - 1 N.Sembilan
Kedah 2 - 1 Terengganu
Kuala Lumpur 2 -  4 Sabah
T-Team 0 - 1 Felda United

Keputusan Liga Super menyaksikan kejutan berlaku apabila pasukan pilihan seperti Negeri Sembilan,Johor FC dan Terengganu yang tewas mengejut.

Harap-harap Kelantan berwaspada apabila bertemu pasukan yang berada di kedudukan tercorot kerana pasukan tersebut sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan bagi menjamin tempat dalam Liga Super musim hadapan dan Piala Malaysia nanti.

27 Jun 2012

The Red Warriors lesu..Bojan Hodak gagal

Terengganu 2 - 2 Kelantan

Kelantan sekali lagi mempamerkan aksi lesu dan kurang bertenaga ketika bertemu Terengganu di gelanggang lawan.Ketika penyokong-penyokong Kelantan sudah boleh 'meraikan' dua gol hasil jaringan Norfarhan dan Badri Radzi iainya dapat dipadamkan dengan mudah oleh Hadi dan Muslim Ahmad.

Percaturan Bojan Hodak sekali lagi dipertikaikan oleh penyokong-penyokong The Red Warriors apabila melakukan perubahan pada pertahanan dan tengah yang meletakkan S.Subramaniam di sebelah kiri padahal itu bukanlah posisi pemain tersebut.

26 Jun 2012

Liga Super 2012 : Terengganu vs Kelantan

Malam ini penyokong-penyokong The Red Warriors bakal menyaksikan perlawanan hebat yang menemukan Juara Piala FA 2012 Kelantan dan Juara Piala FA 2011 Terengganu di Kuala Terengganu

Andai perlawanan lalu dijadikan ukuran Kelantan berada dilandasan tepat untuk mendominasi perlawanan ini namun hakikat sekarang Kelantan tidak seperti dahulu.Aksi hambar dalam tiga perlawanan sebelum ini menyerlahkan hakikat ini.Namun Kelantan boleh menutup mulut pengkritik-pengkritik malam ini andai mampu melakarkan kejutan di Kuala Terengganu nanti.

24 Mei 2012

AFC Cup 2012 : gambar-gambar Kelantan menentang Terengganu


AFC Cup 2012 : Kelantan mara ke suku akhir Piala AFC

Keputusan penuh : 

Kelantan 3 - 2 Terengganu
Kelantan menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Piala AFC apabila berjaya menundukkan juara Piala FA 2011 Terengganu.

Kejayaan ini membuka satu lagi sejarah buat pasukan The Red Warriors apabila pertama kali dapat menjejak kaki ke Suku Akhir Piala AFC yang rasanya belum pernah dikecapi oleh mana-mana pasukan di Malaysia.(pembetulan-Selangor,Perak dan Kedah pernah mara ke suku akhir Piala AFC).

Walaupun bermula cemerlang pada separuh masa pertama dengan mendahului 3-0 melalui dua gol Norfarhan dan satu gol dari Rizal Fahmi,pasukan Kelantan yang seolah-olah sudah berpuas hati dengan keputusan tersebut mengendurkan asakan ke pintu gol Terengganu.

23 Mei 2012

Ayuh penuhkan Stadium keramat malam ini!!!

Malam ini bakal berlangsung Pusingan kedua Piala AFC diantara Kelantan yang bakal berdepan Terengganu.Dua jaguh Pantai Timur ini perlu membuktikan siapa lebih layak untuk ke suku akhir nanti.Kelantan Juara Piala FA 2012 bakal berdepan Juara Piala FA 2011 di Stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kelantan dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain ditempat sendiri,namun itu bukanlah tiket untuk Kelantan merasa selesa kerana lawan kali ini telah mendapat suntikan baru dari bekas jurulatih Kelantan yang melarikan diri ke Persebaya Balikpapan diawal musim lalu iaitu Peter James Butler.
Tiket perlawanan Kelantan menentang Terengganu yang bernilai RM30 dan RM15 telah diberikan diskaun oleh KAFA.

14 Mei 2012

Sah, Butler ganti Mat Zan latih Terengganu

Peter Butler sah akan mengendalikan pasukan Terengganu menggantikan Mat Zan Mat Aris yang ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 31 Mei ini.Bagaimanapun Butler dibenarkan melatih pasukan Terengganu bermula hari ini.

Info : sinar harian

p/s : Lepas ni giliran Terengganu pula kena main..

9 Mei 2012

AFC Cup 2012 : Kelantan jumpa Terengganu pusingan kedua

Terengganu mengesahkan bakal bertemu Kelantan pada pusingan kedua Piala AFC 2012.Terengganu yang berkunjung ke Hong Kong berjaya mengikat Kelab Kitchee 2-2 hasil jaringan Ashaari dan Hadi.

Kejayaan Terengganu menyaksikan salah satu pasukan dari Malaysia bakal bermain dalam peringkat suku akhir nanti.Perlawanan pusingan kedua bakal berlangsung pada 23 mei ini di Kota Bharu dan secara kalah mati.Peluang Kelantan untuk mara kepusingan seterusnya adalah cerah kerana kelebihan bermain ditempat sendiri.

p/s : Pakat 'Boo' Butler belako 

26 Apr 2012

Terengganu mengamuk di Kuala Terengganu

Pasukan Terengganu menunjukkan kemampuan sebenar mereka malam ini apabila mengamuk dengan membelasah Song Lam Nghe An 6-2 dalam sainga Piala AFC 2012 bagi kumpulan F.

Selepas ini pemyokong-penyokong Terengganu boleh 'tidur lena' dengan kemenangan besar ini dan tidak lagi kedengaran isu-isu letak jawatan yang melibatkan pengurusan pasukan.

Terengganu sekarang menduduki tangga kedua kumpulan F manakala Kelantan menerajui kumpulan H bakal bertemu Kelantan andai kedudukan ini kekal dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti.

Tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjaya menewaskan pasukan Song Lam Nghe An mengikut jejak langkah Kelantan yang berjaya membenam Navibank Saigon 2-1 semalam.


28 Mac 2012

Misi balas dendam bermula

Kelantan sudah boleh memasang angan-angan untuk ke Final Piala FA 2012 apabila berjaya melangkah ke separuh akhir dengan menewaskan KL SPA agregat 5-0.

Kedah menjadi halangan terakhir untuk Kelantan membalas dendam kepada Terengganu ekoran kekalahan pada final piala FA tahun lalu.

Kelantan dijangka bertemu Kedah pada 21 April ini dihalaman sendiri dan akan berkunjung ke Alor Star pada 1 Mei ini.Perlawanan tersebut dijangka sengit kerana Kedah sudah pasti akan sedaya upaya memastikan Kelantan kebulur untuk merangkul satu-satunya Piala yang tidak dimenangi lagi.

Andai Kelantan berjaya menyingkirkan Kedah,peluang untuk membalas dendam terhadap Terengganu akan menjadi kenyataan kerana Terengganu dilihat pilihan utama melangkah ke Akhir kerana lawan mereka Sime Darby bukanlah lawan sebenar Terengganu.

Sama-sama kita nantikan perlawanan-perlawanan menarik ini,mampukan Kelantan mengakhiri kemarau kejuaraan Piala FA.Tunggu kami Bukit Jalil!!!

7 Mac 2012

Piala AFC 2012 : Terengganu langkah kanan

Terengganu memulakan kempen Piala AFC dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan kelab Song Lam Nghe An dari vietnam 1-0.Gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Manaf Mamat.

Kemenangan Terengganu sepatutnya menjadi perangsang kepada pemain-pemain Kelantan bagi menghadapi saingan dari kelab Navibank Saigon malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ayuh kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini,beri sokongan pada pasukan kesayangan kita!!!

12 Jan 2012

Keberanian MB Terengganu dipuji

Hari ini jika kita baca didada-dada akhbar Menteri besar Terengganu,Dato Ahmad Said dengan suara lantang menyuarakan rasa tidak puashati beliau dalam isu pemain import pasukan Terengganu yang tidak dibenarkan bermain untuk Liga Super.

Keberanian beliau harus dipuji kerana merasakan tindakan dari FAM yang seolah-olah menutup peluang Terengganu untuk menggunakan pemain import yang mereka miliki.

1 Jan 2012

Perlawanan persahabatan Kelantan menentang Terengganu batal

Kelantan 0 - 0 Terengganu

Ribuan penyokong-penyokong Kelantan yang hadir pada perlawanan Kelantan menentang Terengganu semalam pulang hampa apabila perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil ekoran hujan lebat.
Jersi baru pasukan Kelantan 2012 diperagakan oleh Ghaddar dan Ramzul : Gambar dari rakan facebook

Penyokong-penyokong Kelantan hanya sempat melihat aksi skuad kesayangan hanya 30 minit sebelum pengadil memhentikan perlawanan.Walaupun hampa keputusan kedua-dua pasukan tidak meneruskan perlawanan tersebut adalah tepat kerana bimbang pemain-pemain akan mengalami kecederaan serius.