Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

2 Mac 2020

Kedudukan terkini LP1

FULL TIME LIGA PREMIER LP1

- Kelantan 1-1 Kuala Lumpur 

- Negeri Sembilan 1-3 JDT II

- Pulau Pinang 4-2 Sarawak United 

- Selangor II (0-1) Terengganu II

- Perak II (0-1) Kelantan United 

11 Apr 2013

Kelantan layak ke pusingan kedua

Kelantan mengesahkan tempat ke pusingan kedua, Piala AFC selepas menewaskan wakil dari Vietnam,  SHB Da Nang FC 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium San Chi Lang.

Pada babak pertama perlawanan, SHB Da Nang FC banyak mengasak kubu Kelantan dengan memaksa pertahanan mereka bekerja keras.

Pada 10 minit sebelum berhenti rehat, Da Nang hampir-hampir menjaringkan gol apabila keadaan kelam kabut berlaku di depan pintu gol Kelantan ketika penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, Da Nang menggandakan asakan dengan banyak menguasai permainan. Da Nang mempunyai peluang terbaik apabila memiliki sepakan percuma di luar kota panalti, namun tendangan pemainnya hanya menggegarkan palang gol.

Kelantan agak tenggelam. Sedar dengan perkara itu, Bojan Hodak memasukan Indra Indra Putra Mahayuddin menggantikan Rizal Fahmi Rosid bagi mempertajamkan serangan mereka.

Walaupun Da Nang banyak mengatur serangan sepanjang perlawanan, namun mereka dikejutkan dengan jaringan pelawat apabila penyerang import Dickson Nwakaemi muncul melakukan jaringan di minit ke-72 selepas menerima hantaran jauh daripada Dimi Petratos.

Da Nang dilihat agak tertekan apabila masa semakin suntuk untuk mereka menyamakan kedudukan. Asakan demi asakan dihalakan kepada kubu Kelantan, namun pertahanan Kelantan dilihat cukup ampuh mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi. Perlawanan berkesudahan Kelantan menang 1-0.

5 Apr 2013

Info siaran langsung Piala FA 2013 : Kelantan vs Sarawak

Update Suku Akhir 1 :

Kelantan vs Sarawak
Stadium Sultan Muhammad ke IV
Sabtu,6 April
8.45 mlm

Siaran langsung Astro Arena 802

Sime Darby vs Pahang

Live RTM1

johor DT vs Selangor

Live astro arena 801

15 Jan 2013

Harga Tiket Bola Sepak Kelantan vs Johor Darul Takzim FC

Tak ternilai harganya

Harga dari RM15 -RM 20 (sbb ada live,jika tiada live harga pasti melambung lagi)

Harga RM 35 - RM 45
Mahalnya tiket bola di Kelantan walaupun ada siaran langsung malam ini.

21 Okt 2012

Indra Putra julang Kelantan


INDRA PUTRA mengesahkan kemenangan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-96 di Stadium Shah Alam malam tadi.

KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini.

Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48.

Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-62.

Kelantan cipta sejarah

Pemain pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.

17 Okt 2012

FAM pasang kamera sekitar stadium

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memasang kamera tersembunyi di dalam dan di luar kawasan Stadium Shah Alam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan, Sabtu ini.

Ia sebagai langkah untuk membanteras tindakan segelintir penyokong yang didapati melanggar peraturan dengan membawa bahan larangan antaranya seperti mercun dan vuvuzela.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md. Rashid semalam.
"Kawalan lebih ketat akan diadakan pada final Piala Malaysia kali ini berbanding tahun lalu.

3 Okt 2012

Kelantan mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia : Strategi Bojan hampir memakan diri!!!

Keputusan penuh : 

Kelantan 2 - 2 Felda United
Kelantan layak agregat 4-3
 
Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini apabila dikejutkan dengan dua jaringan Felda United.Percaturan Bojan Hodak yang masih lagi menggunakan khidmat penyerang tinggi lampai,Afiq Azmi walaupun mempunyai ramai pemain berpengalaman seperti Indra dan Norshahrul hampir mengundang memakan diri.

Afiq yang digandingkan dengan Mohamed Ghaddar tidak dapat memecah benteng pertahanan yang diteraju import Felda,Viator yang bertindak cemerlang malam ini.Bukan hendak menafikan sumbangan Afiq sebelum ini tetapi disaat perlawanan genting seperti ini Bojan sepatutnya menurunkan pemain berpengalaman seperti Indra dan Norsharul.

26 Sep 2012

Piala AFC: Kelantan tersingkir

HARAPAN untuk menyaksikan buat pertama kalinya wakil negara beraksi pada pentas separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkecai apabila Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Arbil SC pada saingan suku akhir kedua di Kota Bharu semalam.

Pada perlawanan malam tadi Kelan- tan mencatat keputusan seri 1-1 namun, secara agregatnya, anak-anak buah Bojan Hodak tewas dengan 2-6 selepas mereka dimalukan 1-5 pada perlawanan pertama di Stadium Franso Harisi, Iraq minggu lepas.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan memulakan asakan untuk mencari gol awal dalam misi mereka mendapatkan empat gol bagi memadam kelebihan yang dimiliki Arbil pada perlawanan pertama di Iraq tempoh hari.

Piala AFC: Kelantan seri, 'tapi tak cukup'

MESKIPUN mencatat keputusan seri 1-1 dengan Arbil FC, namun misi  Kelantan untuk melayakkan diri ke separuh akhir saingan Piala Konfederasi (AFC) nyata terpadam apabila tewas  dengan agregat 2-6 ditangan Arbil FC dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pada saingan suku akhir pertama Selasa lepas,  Kelantan telah tewas 1-5 kepada juara empat kali Liga Premier Iraq itu.

Bagaimanapun, kesungguhan  yang dipamerkan anak buah Bojan Hodak wajar diberi pujian apabila mempamerkan aksi bertenaga untuk memberi saingan kepada pasukan pelawat.

Keputusan penuh Suku Akhir kedua Piala AFC : Kelantan vs Arbil SC

Kelantan 1 - 1 Arbil 1

Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-90 perlawanan.Arbil layak ke separuh akhir dengan agregat 6-2 dan bakal menentang Chonburi dari Thailand atau Al-Shorta dari Syria.

Tahniah buat pemain-pemain kerana mampu mara sejauh ini untuk penampilan pertama.Banyak yang boleh dipelajari dari Piala AFC ini dan boleh dijadikan pengalaman berguna bagi mengharunginya saingan musim hadapan.

18 Jul 2012

Info Kelantan vs Queens Park Rangers di Kelantan

Pada Khamis,19 julai jam 5 petang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan berlangsung acara sepakan penalti bagi merebut 'Piala Sentosa' yang bakal menemukan penjaga gol nombor satu negara,Khairul Fahmi dan penjaga gol utama QPR,Robert Green.Siapakah yang paling hebat dan bernasib baik dalam pertemuan ini.

Sebanyak 80 biji bola akan diberikan kepada penyokong-penyokong yang hadir.Bagi penyokong yang telah membeli tiket perlawanan Kelantan vs QPR pada 20 julai dibenarkan masuk secara percuma,manakala bagi mereka yang tidak mempunyai tiket tersebut harga tiket adalah RM10 untuk dewasa astaka dan RM5 untuk kanak-kanak terbuka.


11 Jul 2012

Adilkah FAM?

Saya terkejut dan merasa amat dukacita apabila diberitahu PIALA LIGA SUPER hanya akan disampaikan pada hari jumaat 20 julai jam 3 ptg di WISMA FAM...bukan saja tarikh itu SANGAT TIDAK SESUAI MEMANDANGKAN TRW TERLIBAT DLM PERLAWANAN DGN QPR PADA HARI YG SAMA..IA JUGA HARI TERAKHIR MENJELANG PUASA YG MENGHADKAN SEBARANG ACARA SAMBUTAN..JOHAN DAN NAIB JOHAN SUDAH DI KETAHUI SEAWAL 7HB JULAI JADI MENGAPA HARUS MENUNGGU DUA MINGGU??PENYAMPAIAN PIALA PATUT DIBUAT DI PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER DI KOTA BHARU DAN SPORE..hadiah lain bolehlah dikemudiankan..SAYA TAK DAPAT MEMAHAMI KENAPA INI DILAKUKAN?..APAKAH KERANA KELANTAN YG MEMENANGINYA??WALLAHUAKLAM!!YES...WHY ALWAYS US??
Apa moralnya FAM bertindak 'mencantas' Kelantan sekali lagi walaupun sudah mengetahui bahawa Kelantan telah bergelar juara Liga Super lebih awal.Kegembiraan penyokong-penyokong The Red Warriors direntap begitu sahaja oleh FAM apabila tidak membenarkan Piala Liga dibawa pulang dan diraikan selepas perlawanan menentang Sarawak sabtu ini.
Pihak Astro Arena juga bersemangat untuk menyiarkan detik bersejarah Kelantan menjulang Piala Liga diaksi penutup liga nanti tetapi FAM nampaknya tiada semangat untuk memeriahkan bola sepak Malaysia tetapi bersikap seperti budak-budak hingusan ekoran perbalahan dengan Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa.

8 Jul 2012

Ranking Kelantan vs Ranking Malaysia

Bak kata FAM "ranking tak penting...."
Ranking Kelantan lebih tinggi dari ranking Malaysia

Malu weh ranking kita rendah pada Nepal..tak penting!!!

17 Jun 2012

Info Liga Super 2012

Perubahan venue perlawanan melibatkan pasukan Kuala Lumpur menentang Kelantan,Perubahan seperti berikut :

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 19 Jun 2012
Hari : Selasa
Harga Tiket adalah RM 10 untuk tempat duduk terbuka dan RM20 untuk tempat duduk Utama atau Astaka.

23 Mei 2012

Ayuh penuhkan Stadium keramat malam ini!!!

Malam ini bakal berlangsung Pusingan kedua Piala AFC diantara Kelantan yang bakal berdepan Terengganu.Dua jaguh Pantai Timur ini perlu membuktikan siapa lebih layak untuk ke suku akhir nanti.Kelantan Juara Piala FA 2012 bakal berdepan Juara Piala FA 2011 di Stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kelantan dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain ditempat sendiri,namun itu bukanlah tiket untuk Kelantan merasa selesa kerana lawan kali ini telah mendapat suntikan baru dari bekas jurulatih Kelantan yang melarikan diri ke Persebaya Balikpapan diawal musim lalu iaitu Peter James Butler.
Tiket perlawanan Kelantan menentang Terengganu yang bernilai RM30 dan RM15 telah diberikan diskaun oleh KAFA.