Memaparkan catatan dengan label bojan hodak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bojan hodak. Papar semua catatan

28 Apr 2015

Bojan Hodak dilepaskan..


 TERIMA KASIH BOJAN HODAK

Saya ingin memaklumkan kepada penyokong kami bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memberi pelepasan kepada Bojan Hodak daripada tugasnya, dan akan direhatkan. Beliau akan dilepaskan sepenuhnya setelah tamat kontrak.

Bojan telah melakukan tugas yang cemerlang dengan membantu kami memenangi kejuaraan liga pada tahun lepas dan memenangi Piala Sumbangsih pada awal tahun ini. Kelab, diri saya, dan semua pemain telah memperolehi banyak pelajaran berguna daripada Bojan.

Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat bagus mengenai bola sepak Malaysia, dan saya percaya bahawa dia akan mencapai kejayaan di mana sahaja dia pergi pada masa akan datang.

Namanya akan terpahat dalam sejarah kita. Beliau juga akan diingati sebagai jurulatih import yang paling berjaya di negara ini dan merupakan seorang rakan yang baik.

Bagi pihak PBNJ dan semua kakitangan kejurulatihan dan pemain, kami ucapkan selamat berjaya kepada Bojan Hodak dan semoga sentiasa diberkati Tuhan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

27 Jun 2013

Kelantan lancar perang psikologi

JURULATIH Kelantan, Bojan Hodak mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi final menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.
Secara terbuka, Hodak menganggap The Red Warriors lebih layak untuk diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kempen Piala FA kali ini.
“Banyak artikel yang disiarkan oleh pihak media menyebut Johor DT adalah pasukan pilihan yang akan menjuarai Piala FA musim ini.
“Mungkin benar jika mereka melihat kepada status pemain yang dimiliki pasukan itu, tetapi saya mahu beritahu bahawa Kelantan juga memiliki ramai pemain yang hebat.
“Sebahagian besar pemain Kelantan yang ada ketika ini mempunyai pengalaman bermain di pentas sebegitu besar, sama ada final Piala FA atau Piala Malaysia.

22 Mei 2013

Percaturan paling bodoh musim ini...TSAM

Itulah ungkapan yang tertaip dari facebook Tan Sri Anuar Musa setelah Kelantan tewas 2-0 kepada Johor Darul Takzim.

Siapa yang 'bodoh' sudah tentu terjawab kerana rata-rata penyokong TRW tidak menyukai taktikal ntah apa-apa dari Bojan.

Penyokong faham pasukan sekarang kekurangan pemain dan tindakan Bojan yang merehatkan pemain utama bagi aksi Piala Fa nanti tetapi tindakannya yang tidak membuat pertukaran awal walaupun pemain dilihat gagal menterjemahkan gol terutamanya Aris dan Fakri amat dikesali.

Andai Bojan membuat pertukaran awal sudah pasti keputusan malam ini mungkin berbeza...JDT ingin kemenangan dan Kelantan hanya dilihat ingin seri sahaja malam ini.

Selepas ini TSAM perlu kerap turun padang dan menegur sikap Bojan dilihat seolah-olah syok sendiri dengan line up beliau.

Tahniah buat Mat Yo dan Nurul yang berjaya memperbodohkan lagi Bojan malam ini...

6 Mac 2013

Piala AFC 2013 : Ekperimen Bojan gagal lagi?

Keputusan penuh : Kelantan 1 - 1 Maziya Sport

Kelantan gagal menggunakan kesempatan bermain digelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Piala AFC.

Percaturan ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak yang tidak menyenaraikan kapten Badri Radzi serta pemain berpengalaman lain hampir memakan diri apabila Maziya terlebih dahulu menjaringkan gol di separuh masa kedua.

Bojan yang menyedari kesilapan beliau terus membuat pertukaran dengan mengeluarkan Zairol dan memasukkan Badri dan Indra yang menyaksikan kebangkitan Kelantan yang berjaya menjaringkan gol menerusi Badri.

Alangkah ruginya pada malam ini Kelantan gagal mengutip tiga mata penuh kerana lawan kita selepas ini adalah pasukan kuat dari liga Myanmar dan Vietnam.

Andai Kelantan ingin melangkah jauh Bojan tidak perlu lagi memasukkan 'skuad eksperimen' tetapi sebaliknya memasukkan 'skuad impian' bagi mengarungi perlawanan seterusnya.

23 Jan 2013

Bojan gagal?

Setelah Kelantan mengharungi lima perlawanan liga,ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak dilihat gagal meneruskan legasi kecemerlangan pasukan Kelantan sebelum ini.Mungkin 'tuah' Bojan musim lalu tidak memihak kepadanya musim ini kerana ramai pemain-pemain meninggalkan Kelantan.

Bojan Hodak musim lalu dilihat agak bertuah kerana memiliki barisan pemain-pemain mantap yang sudah digarap oleh jurulatih sebelum ini.Beliau hanya meneruskan kesinambungan dari jurulatih-jurulatih sebelum ini dengan pengharapan tinggi kepada pemain-pemain yang menyaksikan Kelantan bergelar juara 'treble' musim lalu.

Perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan semalam menceritakan segala-galanya apabila Bojan GAGAL membentuk serta merencanakan taktikal terbaik untuk pemain-pemain yang menyaksikan pemain-pemain gagal menterjemahkan kemenangan kepada pasukan.

15 Jan 2013

Dakwaan Butler hanya untuk tarik perhatian media: Hodak

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menegaskan dakwaan Peter Butler yang menyatakan dia menghina mendiang ibunya sebagai hanya ‘permainan’ pengendali T-Team itu untuk menarik perhatian media.

Sehubungan itu, Hodak menegaskan dia tidak akan memohon maaf seperti dituntut jurulatih berbangsa Inggeris itu, sebaliknya mengalu-alukan Butler membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

14 Jan 2013

‘Hodak hina ibu saya’

Kuala Terengganu: “Boleh hina saya tapi bukan ibu saya,” kata ketua jurulatih T-Team, Peter Butler yang berang dengan tindakan pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang didakwa menghamburkan kata kesat menghina mendiang ibunya ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Jurulatih Inggeris berusia 46 tahun yang juga pengurus pasukan Titans berkata, walaupun Hodak mengeluarkan kata-kata kesat itu dalam bahasa Croatia, beliau tahu maksudnya kerana dua penolong jurulatihnya berbangsa Croatia.

10 Jan 2013

Keputusan Penuh Liga Super 2013 : LS1 Kelantan vs PKNS FC

Kelantan 2 - 1 PKNS FC

Kelantan berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila berjaya menundukkan PKNS FC 2-1 hasil jaringan kapten marvel,Piya dan pemain pertahanan,Zairul Fitree hasil sepakan percuma Badri diminit-minit akhir perlawanan.

Kegagalan import, Keitha Mandjou yang menjadi pilihan ketua jurulatih,Bojan Hodak untuk saingan Liga menjadi topik hangat penyokong-penyokong Kelantan.Sebagai penyokong mereka berhak memberi komen jika mutu permainan import adalah lebih rendah dari pemain-pemain tempatan.

Dua perlawanan utama telah dberikan kepadanya namun masih lagi mencari rentak sebenar permainan dan malam tadi membuktikan bahawa Bojan Hodak telah melakukan kesilapan dalam pemilihan pemain import Liga Super musim ini.

Alangkah ruginya pemain muda seperti Petratos dibiarkan sahaja kaku dibangku simpanan.Naluri beliau sebagai pemain bola juga sudah pasti merasa kecil hati kerana tidak terpilih sedangkan beliaua adalah pemain utama pasukan remaja Australia.

7 Jan 2013

Kelantan belum panik

PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak tetap berpuas hati meskipun anak-anak buahnya tewas pada aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga M) kelmarin.

Kelantan yang tampil selaku pasukan pilihan, tewas 3-4 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan sepakan penalti dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam itu.

Memegang status juara trebel musim lalu, pengendali kelahiran Croatia itu mengakui, Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut selepas menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.

Di sebalik kegagalan pasukan gergasi Pantai Timur itu untuk menjulang trofi tersebut buat kali kedua, Bojan kekal positif dan tidak menyalahkan barisan pemainnya selain memuji persembahan cemerlang penjaga gol muda skuad The Red Warriors, Mohd. Syazwan Yusof.

31 Dis 2012

Mandjou pertaruhan import TRW musim ini

Kota Bharu: Bukan pemain muda dari Australia, Dimitri Petratos, sebaliknya penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou, menjadi pilihan Kelantan bagi memenuhi kuota pemain import kedua untuk aksi Liga Super bermula 8 Januari ini.

Petratos yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Muhammad Ghaddar dari Lubnan hanya disenaraikan untuk Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, berkata pemilihan Keita sebagai pemain import kedua dibuat selepas mengambil kira semua aspek terutama tahap persembahan dipamerkannya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

27 Sep 2012

Tersingkir Piala AFC tak jejas fokus Kelantan

KOTA BHARU - Tersingkir daripada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas dengan agregat 2-6 pada peringkat suku akhir kepada pasukan Iraq, Arbil FC tidak akan menjejaskan fokus Kelantan dalam misi memenangi Piala Malaysia musim ini.

Jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih pilihan utama untuk menjuarai piala paling berprestij itu dalam usaha mencipta kejuaraan treble tahun ini selepas memenangi Piala FA dan Liga Super.

Menurutnya, kejayaan pasukannya mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV sejak lebih setahun lalu selepas seri 1-1 dengan Arbil FC, merupakan satu lonjakan moral untuk anak buahnya.

5 Jul 2012

Kelantan mahu pertahan juara lebih awal

KOTA BHARU - Kejayaan Kelantan menumbangkan Negeri Sembilan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Seremban kelmarin meletakkan Red Warriors sebelah kaki untuk mempertahankan kejuaraan.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Bojan Hodak selesa menerajui takhta liga dengan kelebihan empat mata berbanding pesaing terdekat Lions XII.

Kelantan hanya memerlukan satu kemenangan daripada tiga baki perlawanan untuk bergelar juara.
Pengurus Red Warriors, Azman Ibrahim memuji Hodak yang bijak merencana pasukan biarpun beraksi tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

27 Jun 2012

The Red Warriors lesu..Bojan Hodak gagal

Terengganu 2 - 2 Kelantan

Kelantan sekali lagi mempamerkan aksi lesu dan kurang bertenaga ketika bertemu Terengganu di gelanggang lawan.Ketika penyokong-penyokong Kelantan sudah boleh 'meraikan' dua gol hasil jaringan Norfarhan dan Badri Radzi iainya dapat dipadamkan dengan mudah oleh Hadi dan Muslim Ahmad.

Percaturan Bojan Hodak sekali lagi dipertikaikan oleh penyokong-penyokong The Red Warriors apabila melakukan perubahan pada pertahanan dan tengah yang meletakkan S.Subramaniam di sebelah kiri padahal itu bukanlah posisi pemain tersebut.

26 Jun 2012

Liga Super 2012 : Terengganu vs Kelantan

Malam ini penyokong-penyokong The Red Warriors bakal menyaksikan perlawanan hebat yang menemukan Juara Piala FA 2012 Kelantan dan Juara Piala FA 2011 Terengganu di Kuala Terengganu

Andai perlawanan lalu dijadikan ukuran Kelantan berada dilandasan tepat untuk mendominasi perlawanan ini namun hakikat sekarang Kelantan tidak seperti dahulu.Aksi hambar dalam tiga perlawanan sebelum ini menyerlahkan hakikat ini.Namun Kelantan boleh menutup mulut pengkritik-pengkritik malam ini andai mampu melakarkan kejutan di Kuala Terengganu nanti.

22 Jun 2012

Bojan Hodak mesti tunai janji...

Andai kita masih ingat kata-kata Bojan Hodak yang mengatakan skuadnya 'memerlukan' dua atau tiga perlawanan bagi memantapkan kembali pasukan selepas aksi hambar  ketika menentang Kedah tempohari.

Janji tersebut akan dipegang oleh penyokong-penyokong TRW.Malam esok Kelantan bakal melayan kunjungan pasukan bermasalah iaitu Sabah yang telah melepaskan 13 gol tanpa balas dalam dua perlawanan sebelum ini.Jadikanlah pertemuan tersebut sebagai inspirasi kebangkitan skuad TRW dalam merealisasikan kejuaraan Liga Super milik Kelantan sekali lagi.

Tempoh rehat yang panjang ternyata 'merencatkan' sedikit permainan TRW yang dilihat gagal mempamer aksi sebenar seperti yang dicanangkan oleh Bojan yang mengatakan pemain-pemain TRW umpama pasukan Barcelona.

Kemenangan tipis 1-0 keatas Kuala Lumpur tempohari ternyata memberikan tekanan kepada pemain serta jurulatih apabila tidak mampu untuk menembusi benteng skuad warga kota selasa lalu.Walaupun mempamerkan permainan menarik tetapi penyudah serta keserasian antara pemain terutamanya pemain import Ghaddar dan Mat Yo dilihat kurang mantap.

23 Mei 2012

Ayuh penuhkan Stadium keramat malam ini!!!

Malam ini bakal berlangsung Pusingan kedua Piala AFC diantara Kelantan yang bakal berdepan Terengganu.Dua jaguh Pantai Timur ini perlu membuktikan siapa lebih layak untuk ke suku akhir nanti.Kelantan Juara Piala FA 2012 bakal berdepan Juara Piala FA 2011 di Stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kelantan dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain ditempat sendiri,namun itu bukanlah tiket untuk Kelantan merasa selesa kerana lawan kali ini telah mendapat suntikan baru dari bekas jurulatih Kelantan yang melarikan diri ke Persebaya Balikpapan diawal musim lalu iaitu Peter James Butler.
Tiket perlawanan Kelantan menentang Terengganu yang bernilai RM30 dan RM15 telah diberikan diskaun oleh KAFA.

2 Mei 2012

Sekalung tahniah buat Bojan Hodak

Hari ini seluruh penyokong The Red Warriors setuju bahawa kejayaan utama Kelantan mara ke final Piala FA untuk kali ketiga adalah kerana 'kebijaksanaan' Bojan Hodak mengatur strategi.

Apa tidaknya,Kelantan yang ketinggalan dua gol hasil jaringan pemain lincah Kedah Kyril Muhymeen diseparuh masa pertama berjaya mengubah keputusan tersebut dengan menjaringkan dua gol penting menerusi dua pemain import Obinna dan Ghaddar.

1 Mei 2012

Keputusan penuh separuh akhir Piala FA 2012

Kedah 2 - 2 Kelantan
 (Agregat 3-3)

Kelantan mara kiraan gol ditempat apabila berjaya mengikat Kedah 2-2 hasil jaringan dua pemain import,Obinna dan Ghaddar.

Kelantan bakal bertemu Sime Darby yang berjaya mengikat Terengganu 0-0 setelah membaham Terengganu 2-1 di Kuala Terengganu.

Apa yang diharapkan Kelantan berjaya membawa pulang satu-satunya piala yang belum dimiliki lagi iaitu Piala FA ini setelah kempunan dalam dua final sebelum ini kepada Selangor dan Terengganu.

Tahniah buat semua pemain kerana berjaya bangkit walaupun ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama.Bojan Hodak ternyata berjaya mengubah corak permainan Kelantan dengan menukar formasi yang seterusnya membolehkan Kelantan menjaringkan dua gol penting.

28 Feb 2012

Hangatnya bolasepak Kelantan

Peter Butler tinggalkan The Red Warriors...Gelanggang AFC beralih ke Bukit Jalil
 
Jika Pasukan lain sedang membuat persediaan rapi untuk meneruskan saingan liga super yang sedang berehat,bagi pasukan Kelantan hangat dengan isu-isu yang membuatkan penyokong-penyokong The Red Warriors tak senang duduk.

Isu Ketua Jurulatih Kelantan Peter James Butler yang 'direhatkan' gara-gara memberi kenyataan terbuka menempelak KAFA dengan mengatakan beliau tidak mengetahui tentang pemilihan pemain import terbaru Kelantan iaitu Nwoha mewarnai bolasepak Kelantan.sebelum ini ramai yang mempertikaikan keputusan KAFA menerima kembali jurulatih kelahiran England tersebut.

26 Feb 2012

Butler diminta pulang

ISU Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler bertambah ‘kalut’ apabila jurulatih itu didakwa menghilangkan diri selepas direhatkan hingga menimbulkan dilema dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengakui ada masalah antara Kafa dan Butler namun tindakan jurulatih itu menghilangkan diri selepas direhatkan mengeruhkan lagi keadaan.