Memaparkan catatan dengan label negeri sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negeri sembilan. Papar semua catatan

23 Jan 2013

Gambar menarik penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan

Gambar ini diambil dari facebook rakan-rakan kelatefc credit untuk tuan punya gambar ini.Kelantan adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh penyokong-penyokong pasukan lain.



3 Jul 2012

Keputusan Liga Super 2012 : Negeri Sembilan vs Kelantan

N.Sembilan 2 - 3 Kelantan

Ghaddar sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila membantu pasukan menewaskan Negeri Sembilan 3-2.Kemasukan beliau pada separuh masa kedua ternyata memberi impak kepada Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Kelantan apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid dan seterusnya merembat kencang menewaskan Farizal Marlias.Gol tersebut memadamkan gol pertama hasil jaringan Firdaus pada minit ke 13.

Terdahulu Azlan Ismail yang diberi kepercayaan malam ini memberikan gol semangat Kelantan diawal babak kedua perlawanan.

1 Jul 2012

Kejutan keputusan Liga Super 30 jun


Sarawak 3 - 1 Johor FC
PKNS FC 2 - 1 N.Sembilan
Kedah 2 - 1 Terengganu
Kuala Lumpur 2 -  4 Sabah
T-Team 0 - 1 Felda United

Keputusan Liga Super menyaksikan kejutan berlaku apabila pasukan pilihan seperti Negeri Sembilan,Johor FC dan Terengganu yang tewas mengejut.

Harap-harap Kelantan berwaspada apabila bertemu pasukan yang berada di kedudukan tercorot kerana pasukan tersebut sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan bagi menjamin tempat dalam Liga Super musim hadapan dan Piala Malaysia nanti.

30 Okt 2011

Tahniah Azraai Khor...

Tahniah buat Azrai Khor dan pasukan Negeri Sembilan kerana telah menjuarai Piala Malaysia seterusnya memadam keegoaan Terengganu untuk merangkulnya setelah berjaya menjulang Piala FA musim ini.

Kemenangan Negeri Sembilan menyaksikan tiga Piala musim ini dirangkul oleh tiga pasukan berlainan yang menyaksikan Kelantan menjadi juara Liga Super dan Piala Sumbangsih,Terengganu menjuarai Piala FA manakala Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia yang baru.

27 Okt 2011

Piala Malaysia 2011 bakal suram?

Piala Malaysia 2011 bakal menemukan juara Piala FA 2011 dan finalis 2010 Negeri Sembilan.Malangnya isu harga tiket melampau yang dikenakan oleh FAM bakal menjejaskan kerancakan Piala Malaysia tahun ini.

Walaupun kedua-dua persatuan telah bersetuju untuk memberikan 'subsidi' namun penyokong-penyokong kedua-dua pasukan masih belum berpuashati dengan keputusan yang telah dibuat.

19 Okt 2011

Bayangan finalis Piala Malaysia 2011

Terengganu dan Negeri Sembilan bakal berentap. 

Terengganu seperti diramalkan berjaya menundukkan juara 32 kali Piala Malaysia 2-0 di Shah Alam semalam.Dua gol dari pemain keramat Terengganu,Manaf Mamat berjaya menidakkan peluang Selangor untuk meneruskan misi 33 mereka.