Memaparkan catatan dengan label QPR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label QPR. Papar semua catatan

19 Jul 2012

Piala Sentosa milik Kelantan

 

Kelantan berjaya mengatasi QPR 5-4 dalam satu penalty shoot out (untuk suka-suka sahaja) yang baru diadakan petang tadi di Stadium Sultan Muhammad IV. Mat Chah beraksi cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti.


crdt pic : Ery studIo | Design After LIFE

Jadual QPR di Kota Bharu hari ini


  • Jam 1.30 pasukan QPR dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa dan akan di arak dengan motosikal berkuasa tinggi.
  • Jam 3 petang majlis bersama peminat di Hotel Grand River View.
  • Sesi latihan tertutup dan acara sepakan penalti melibatkan TRW dan QPR
  • Tiket berharga RM10 dan RM 5 untuk menyaksikan sesi latihan ini dan mula dijual di Stadium bermula jam 10 pagi.

18 Jul 2012

Djibril Cissé dari QPR yang berbahaya?

Penampilan rambutnya seperti Mario Balotelli dari Itali.

Pemain antarabangsa Perancis ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana telah menjaringkan dua gol ketika menentang Pilihan Sabah semalam.

Siapakah yang bakal diberi tanggungjawab mengikat penyerang ini,Mijo Dadic ataupun Obinna kerana beliau memiliki kepantasan luar biasa yang sukar dikekang oleh pemain-pemain tempatan berdasarkan saiz fizikal.


Info Kelantan vs Queens Park Rangers di Kelantan

Pada Khamis,19 julai jam 5 petang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV akan berlangsung acara sepakan penalti bagi merebut 'Piala Sentosa' yang bakal menemukan penjaga gol nombor satu negara,Khairul Fahmi dan penjaga gol utama QPR,Robert Green.Siapakah yang paling hebat dan bernasib baik dalam pertemuan ini.

Sebanyak 80 biji bola akan diberikan kepada penyokong-penyokong yang hadir.Bagi penyokong yang telah membeli tiket perlawanan Kelantan vs QPR pada 20 julai dibenarkan masuk secara percuma,manakala bagi mereka yang tidak mempunyai tiket tersebut harga tiket adalah RM10 untuk dewasa astaka dan RM5 untuk kanak-kanak terbuka.


Keputusan Pilihan Sabah vs Queens Park Rangers

Pilihan Sabah 0-5 Queens Park Rangers

20 Jun 2012

Kelantan vs Queens Park Ranger

Update : 
Tarikh dan lokasi perlawanan telah diubah...Harga tiket adalah RM 30 hingga RM 130

Pasukan Liga Super Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan antrabangsa menentang kelab EPL Queens Park Rangers(QPR).
 
Perlawanan ini dijangka akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 21 Julai 20 julai ini.Cukup mengecewakan bagi peminat-peminat setia The Red Warriors apabila perlawanan sehebat ini diadakan diluar Kelantan.Namun kita akur kerana Stadium kita tidak cukup untuk menampung jumlah penonton yang bakal hadir nanti.

Kelantan bakal menurunkan barisan terkuat termasuk kesemua pemain import bagi menghadapi kelab EPL ini yang diterajui oleh pengurus berpengalaman Mark Hughes.


9 Dis 2011

Queen Park Rangers bakal ke Kelantan?

Aduh....hari ni sahabat ambo tan sri TONY FERNANDEZ memberi bayangan utk bawa team epl QUEENSPARK RANGERS ke kelate...THIS COULD BE A DREAM COMES TRUE....QPR COMING??!!......get our house/ground ready!!!! Please please....STADIUM SULTAN MUHD kena sedia terima tamu dunia..!!!team biar baik...stadium keno molek...ko Guano??
Andai benar apa yang dikatakan oleh TSAM penyokong-penyokong Kelantan mahupun Malaysia tidak perlu lagi  berusah payah untuk ke England untuk menyaksikan pasukan EPL bermain malah pasukan QPR bakal ke Kelantan. 
Namun usaha tersebut akan gagal ekoran kemudahan infrastruktur Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang tidak memuaskan dan tidak mencapai 'piawaian antarabangsa'.Ini mungkin membantutkan usaha untuk membawa QPR ke bumi Kelantan ini.