Memaparkan catatan dengan label firefox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label firefox. Papar semua catatan

18 Mei 2009

Firefox 3.5 RC Bakal Dilancarkan Awal Jun

Selepas berbulan-bulan masalah-masalah yang tertangguh terakhir dua beta Firefox 3.5, Mozilla Corp. kini di landasan untuk melancarkan RC yang pertama awal bulan depan.  

Jika Firefox 3.5 RC diisytiharkan sesuai untuk final release, Mozilla mungkin tetap menjadikannya sebelum berakhirnya separuh pertama tahun ini. 

Bagi penggemar browser Firefox, mungkin tidak sabar menunggu untuk pelancaran Firefox 3.5 RC ini. 

14 Mei 2009

Tips dan Trick Firefox - Siri 2

Mungkin ramai pengguna yang melayari website ini menggunakan browser firefox. Jom kita pakat-pakat kongsi beberapa tips lagi mengenai firefox. Bagi pengguna yang malas menggunakan mouse, dan hendak menggunakan shortcut, firefox telah direka dengan berbagai-bagai fungsi shortcut. Antaranya:

i) ctrl + L --> gerakkan cursor mouse ke address bar
ii) ctrl + K --> gerakkan cursor mouse ke kotak carian
iii) space bar --> scroll down mukasurat
iv) shift + space bar --> scroll up mukasurat
v) ctrl + R @ F5 --> refresh mukasurat

Diharapkan pengguna di luar sana dapat menfaatkan ciri-ciri kemudahan yang terdapat dalam firefox ini.

3 Mei 2009

Tips dan Trick Firefox - siri 1

Sekiranya anda adalah seorang yang gemarkan untuk membuka banyak laman web pada satu-satu masa, mungkin fungsi tab sesuai untuk anda. Fungsi tab lebih mudah untuk digunakan daripada membuka windows baru untuk sesuatu laman web.




Beberapa shortcut berkaitan dengan fungsi tab:

i) Buka tab baru -> ctrl + T
ii) Buka link dalam tab baru -> tekan scroller di mouse pada link yang berkaitan
iii) Tutup tab -> ctrl + W
iv) Buka semula tab yang di tutup -> ctrl + Shift + T

Amal-amalkan guna fungsi tab daripada membuka windows baru.

p/s : selain firefox, browser lain seperti IE, Google Chrome, safari dll juga menawarkan fungsi tab ini dan shortcutnya mungkin berlainan daripada firefox.