Memaparkan catatan dengan label astro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label astro. Papar semua catatan

7 Mac 2013

Info siaran langsung Liga Super 2013 : LS 10

Selangor vs Johor Darul Takzim
Sabtu,9 Mac
8.45 mlm
Stadium Shah Alam,

Live Astro Arena 801

*Kalau ada link live streaming melibatkan perlawanan Lions XII menentang Kelantan akan dikongsikan URL.

Perlawanan lain :

Terengganu vs T-Team FC
Perak vs ATM
Pahang vs PKNS FC
Negeri Sembilan  vs FELDA United FC 

5 Jul 2012

Siaran Langsung Liga Super 2012 : Kelantan vs Perak

Pihak Astro akan menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan Kelantan menentang Perak Sabtu ini menerusi Astro Arena 801.

Walaupun adanya siaran langsung diharapkan penyokong-penyokong The Red Warriors dapat membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke -IV bagi memberikan sokongan kepada pasukan.

Diharapkan Kelantan dapat 'meraikan kejuaraan' lebih awal dan tidak perlu menunggu perlawanan dengan Felda United dan Sarawak nanti.

28 Jun 2012

Liga Super 2012 : Perlawanan pada 29 dan 30 jun

29 Jun

Kelantan vs Selangor   - Live Astro Arena 801(Tertakluk kepada Perubahan)

30 Jun

 Sarawak vs Johor FC  - 8.45 mlm
 PBDKT T-Team vs Felda United        
 Kuala Lumpur vs Sabah     
 PKNS vs Negeri Sembilan   
 Kedah  vs Terengganu
Live Astro Arena 801(Tertakluk kepada Perubahan)

Semua perlawanan bermula jam 8.45 kecuali yang dinyatakan

16 Apr 2012

Mengapa slot Masa Tambahan Astro Arena tak siar sedutan perlawanan Kelantan?

Tertarik dengan komen rakan-rakan penyokong bolasepak The Red Warriors mengenai Slot Masa Tambahan Bolasepak yang disiarkan oleh pihak Astro yang tidak menyiarkan sedutan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan menentang T.Team.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung disaluran Astro Arena 801 pada jam 1.30 tengahari semalam.Kecewa kerana ingin melihat sedutan perlawanan serta gol menarik yang dijaringkan oleh Nurul Azwan tidak disiarkan oleh pihak Astro walaupun sudah menontonnya melalui berita nasional RTM1 pada 12.30 pagi ahad lalu.

6 Jul 2011

Kelantan hampiri mahkota Liga Super

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini, hanya menerusi Astro Arena saluran 801.

KUALA LUMPUR, (D5) - Kelantan mempunyai misi yang sangat penting iaitu mahu mencipta sejarah menjuarai Liga Super buat kali pertama sejak ia diperkenalkan tujuh tahun lalu.

1 Jun 2011

Info Liga Super 2011 : Siaran Langsung Terengganu vs Kelantan

Pihak Astro akan menyiarkan siaran langsung terhebat perlawanan Liga Super diantara Terengganu dan Kelantan  pada 6 jun nanti melalui saluran  Astro Arena 801

Bagi penyokong-penyokong setia Kelantan yang tidak dapat ke Kuala Terengganu inilah kesempatan terbaik untuk melihat sejauh mana kemampuan TRW ketika menentang Terengganu nanti.

Mampukah TRW menewaskan seteru utama mereka musim ini ataupun akan tumbang digelanggang keramat Sang Penyu..sama-sama kita saksikan.

Info : Astro Arena

29 Mac 2011

info : Siaran Langsung Liga Super bulan April

Astro bakal menayangkan tiga siaran langsung melibatkan pasukan Kelantan pada bulan April nanti.Bagi penyokong-penyokong The Red Warriors yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium inilah peluang keemasan...Terima Kasih Astro


Sumber : Astro Arena

20 Feb 2011

Siaran Langsung Liga Super Sepanjang Februari


Info : Arena

16 Feb 2011

Peminat kecewa tiada siaran langsung bola sepak Liga Malaysia

SAYA ingin menarik perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), RTM dan Astro Arena penaja utama Liga Malaysia 2011 selepas Telekom Malaysia (TM) tidak lagi mempunyai hak sebagai penaja.

Saya amat dukacita kerana sudah tiada lagi siaran secara langsung perlawanan bola sepak Liga Super 2011 di TV1. Cuma perlawanan Piala Sumbangsih Astro Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Januari lalu perlawanan antara Selangor dan Kelantan saja yang disiarkan secara langsung di TV1Untuk makluman pihak terbabit bukan semua penduduk Malaysia mampu untuk melanggan siaran berbayar Astro. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku ke atas sukan nombor satu negara ini.

Seharusnya pihak penaja berkompromi dengan mana-mana stesen televisyen tidak berbayar untuk berkongsi menyiarkan siaran secara langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia, terutama sekali TV1 yang mempunyai liputan meluas, walaupun di mana saja penduduk akan mendapat siarannya dengan baik dan jelas.

Janganlah memikirkan keuntungan semata-mata, jagalah perasaan peminat bola sepak tempatan yang tidak mampu untuk melanggan Astro.


Selepas memasuki minggu keempat berlangsungnya Liga Malaysia, masih tiada siaran secara langsung di TV1.

Kami peminat bola sepak tempatan berasa hampa apabila setiap Sabtu tiada lagi siaran langsung bola sepak Liga Malaysia.
Kami berharap pihak terbabit mencari jalan terbaik bagi penyelesaian dan bertolak ansur dalam perkara ini bagi membolehkan kami sebagai peminat dan penyokong bola sepak tempatan kembali menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2011 pada setiap hujung minggu secara langsung.


Diharap pihak terbabit, usahlah terlalu memikirkan keuntungan dan mengorbankan minat rakyat kepada bola sepak. Sebab setiap sen yang dikeluarkan akan membabitkan perbelanjaan keluarga, fikirkanlah.

RAMLAN YUSUF,
Teluk Intan, Perak.


Artikel ini diambil dari surat yang dikirimkan kepada berita harian

29 Jan 2011

Piala Sumbangsih 2011 : Selangor vs Kelantan

 Gambar : D5 Sports

Saksikan pertembungan terhebat pembuka tirai liga super 2011 Kelantan bertemu Selangor di Stadium Shah Alam hari ini.

Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan kita,The Red Warriors semoga satu piala lagi dapat dibawa ke bumi Kelantan ini.

Barisan kemungkinan : Khairul Fahmi, Farisham, Rizal Fahmi,Daudsu(Wan Rohaimi), Badri Radzi,Shakir, K.Soley, NorShahrul,Azwan Roya,Ramzul Zahini(S.Chanturu), Danial Fadly

10 Nov 2010

Live Malaysia vs Jepun

Hari ini Malaysia akan berentap dengan pasukan gergasi Asia iaitu Jepun.Perlawanan tersebut bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena 801 bermula jam 4 petang.

Sama-sama kita saksikan kemampuan pasukan kebangsaan dalam menempuh perlawanan getir ini..Seri sudah memadai,menang dikira bonus!!!

Update:

Malaysia 0 - Jepun 2
Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan barisan pelapis jepun yang ternyata bermain total football dan pemain-pemain kita hanya mampu bermain bersendirian dan tidak mengamalkan corak permainan berpasukan.

Apaun tahniah kerana berjaya mendefistkan gol yang bolos dan kehebatan serta ketenangan yang dimiliki Khairul Fahmi berjaya menafikan peluang Jepun untuk berpesta gol..