Kelantan membenam kehebatan Kedah di gelanggan sendiri 1-0 dihadapan kira-kira 25000 penyokong setia merah putih dan seterusnya mengecewakannya untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata penting ke Alor Star.Kemenangan tersebut menceritakan sebenar kehebatan Kelantan musim ini yang tidak boleh diperlekehkan oleh pasukan lain terutamanya Selangor.
Kelantan bermula garang seawal minit ke-3 tetapi sepakan lemah Khalid Jamlus tersasar ke kiri pintu gol yang dikawal Helmi.
Aksi semalam sememangnya milik pemain licik Kelantan yang di gelar 'budak sekolah' iaitu Che Hishamuddn.Kehadiran beliau sering kali mengucar kacirkan pertahanan Kedah yang di ketuai oleh pertahanan kental Victor yang sering kali mematahkan serangan bertali arus Kelantan.
Kelantan memperolehi deretan peluang tetapi disia-siakan oleh penyerang terutamanya Khalid Jamlus yang kerap menerima hantaran cantik dari Che Hishamudin tetapi mensia-siaknya.
Kelantan seharusnya bernasib baik kerana gol jaringan pemain kedah tidak dikira kerana telahpun di kesan offsaid oleh penjaga garisan walaupun kesilapan sebenar adalah dari Halim napi yang tidak menangkap kemas sepakan percuma pemain Kedah.
Akhirnya gol yang ditunggu-tunggu menjelma juga separuh masa kedua pada minit ke-49 hasil sepakan percuma menarik dari ketua pasukan Indra Putra yang menyepak deras kepenjuru kanan gol yang gagal diselamatkan oleh Helmi Eliza.Sepakan percuma tersebut diperolehi setelah Che Hishamudin di jatuhkan diluar kotak penalti dan peluang keemasan tersebut tdak disia-siakan oleh Indra.
Menyedari ketinggalan satu gol Kedah mengandakan asakan dan hampir memperolehi gol penyamaan akibat kecuaian Halim Napi yang seolah-olah tidak serius menjaga gawang Kelantan pada perlawanan ini.
Pujian seharusnya dilontarkan kepada pemain baru Kelantan iaitu Nazrul Erwan Makmur yang banyak menyelamatkan pintu gol Kelantan dari di bolosi dan Kelantan seharusnya berterima kasih kepada Beliau kerana berjaya mengemudi bahagian pertahanan Kelantan sambil dibantu oleh Farisham,Zamri serta Zairul Fitri.
Kelantan melakukan tiga pertukaran dengan mengeluarkan Che Hishamudin,Daudsu dan Khalid Jamlus serta digantikan dengan Alif,Rizal dan Norhisyam tetapi gagal menjaringkan gol tambahan untuk Kelantan.
Kelantan melakukan tiga pertukaran dengan mengeluarkan Che Hishamudin,Daudsu dan Khalid Jamlus serta digantikan dengan Alif,Rizal dan Norhisyam tetapi gagal menjaringkan gol tambahan untuk Kelantan.
Pengalaman yang boleh dipelajari dalam perlawanan ini adalah Kelantan perlu serius meletakkan penjaga gol yang benar-benar berwibawa dan serius ketika bermain kerana Halim Napi nampak seakan tidak serius dan sering kali melakukan kesilapan yang boleh membawa padah.
Walaupun begitu pujian juga diberikan kepada beliau kerana berjaya mengawal gawang Kelantan dari dibolosi oleh pemain Kedah.
Kredit:-Nazrul Erwan, Che Hishamudin, Indra Putra, Daudsu, Halim Napi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan