Memaparkan catatan dengan label pemain liga super. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemain liga super. Papar semua catatan

13 Dis 2010

Kafa mahu tuntut ganti rugi

ISU tiga tonggak Kelantan meninggalkan skuad juara Piala Malaysia untuk bersama pasukan lain pada saingan Liga Malaysia 2011 belum menemui jalan penyelesaian apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menimbang menuntut ganti rugi.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya terpaksa menimbang tindakan tuntutan ganti rugi itu kerana pelanggaran kontrak dan meminta peguam menelitinya.

“Kesan kepada pasukan besar kerana boleh menyebabkan perancangan dan rancangan perniagaan The Red Warriors terjejas selain turut memberi kesan kepada penaja,” katanya.
Menurut beliau lagi, kerugian disebabkan perkara itu tidak dapat dinilai dan amat buruk kerana tiga individu itu adalah pemain kesebelasan utama.

“Kelantan juga mungkin terpaksa mendaftar 22 atau 23 pemain daripada 25 pemain dibenarkan menjelang tarikh akhir pendaftaran Rabu ini.

“Inilah akibat tindakan mereka meninggalkan pasukan tanpa notis rasmi dan saat akhir sekali gus sukar mencari pengganti,” jelasnya.

Trio terbabit yang diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayudin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose dilapor bakal menyarung jersi pasukan berstatus kelab, T-Team dibimbing jurulatih, Yunus Alif pada saingan musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, pemain yang didapati melanggar kontrak tidak dibenarkan bermain untuk mana-mana pasukan dalam tempoh satu musim.

5 Dis 2010

Isu bonus: KAFA akan ambil tindakan tegas

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemainnya, Akmal Rizal Rakhli kerana mengeluarkan kenyataan memburukkan persatuan tersebut dan berunsur fitnah. 

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain kebangsaan itu tidak tepat sama sekali kerana pihaknya masih belum membayar sebarang bonus kepada mana-mana pemain yang menjulang Piala Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, KAFA sedang menunggu sumbangan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Pas Kelantan sebelum bayaran bonus dibuat sepenuhnya kepada para pemain. 

"Jumlah bayaran kepada para pemain juga masih belum diputuskan lagi. Apa yang telah dibayar ialah bayaran sebagai ganti kepada yuran menandatangani perjanjian bagi mereka yang menyambung kontrak dan tambahan gaji kepada semua pemain yang terus berkhidmat dengan KAFA. 

"Saya percaya mereka yang pindah juga dapat benda sama dengan pasukan baru mereka, apakah KAFA kena samakan pemain yang setia dengan pasukan pemain yang lompat mencari wang lebih semata-mata," katanya kepada Mingguan Malaysia melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Akmal yang mendakwa KAFA tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.

Akmal dilaporkan mendakwa, dia bersama lima lagi pemain iaitu Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose, Nor Farhan Mohamad dan Syed Adney Syed Hussin tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.

"Saya dukacita dengan kenyataan buruk Akmal Rizal dan satu tindakan yang tegas akan diambil. 

"Tindakan juga akan diambil terhadap pemain dan bekas pemain yang membuat kenyataan tidak tepat dan bersifat fitnah terhadap KAFA," katanya. 

Bagaimanapun, Annuar tidak menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap Akmal Rizal.

11 Nov 2010

Siapa bakal sarung jersi The Red Warriors bakal terjawab?

Update: 

Berkemungkinan majlis akan berlangsung esok@12 Nov 2010

Hari ini difahamkan akan dijadualkan berlangsung majlis 'menandatangani' kontrak bagi pemain-pemain yang akan menyarung jersi 'panas' TRW.

Di khabarkan juga pemain-pemain akan ditawarkan kontrak mengikut gred serta prestasi semasa pemain yang telah di tetapkan oleh pihak KAFA.

Apa yang diharapkan pemain-pemain tidak terlalu meletakkan 'harga' yang tinggi kerana wang bukanlah segala-galanya dan kita tidak perlu mengikut gaya pengurusan Negeri Sembilan yang berbelanja sakan yang dikhabarkan akan membentuk 'Dream Team' untuk tahun depan.



Banyak masalah yang akan terjadi jika Negeri Sembilan betul-betul ingin membentuk 'Dream Team' kerana pemain-pemain yang dikelaskan berbintang-bintang ini agak sukar dibentuk dan mungkin tiada persefahaman dengan pemain bintang lain.

Sama-sama kita lihat aksi pemain bintang dari Negeri Sembilan nanti yang dikhabarkan mendapat gaji RM2XXXX keatas seorang.

23 Dis 2009

Subramaniam senang bersama Kelantan

Oleh Azizan Hashim

PENERIMAAN baik penyokong Kelantan terhadap pemain luar membuatkan bekas kapten Perak, S Subramaniam (gambar) senang berada bersama naib juara Piala Malaysia itu bagi menghadapi kempen bola sepak Liga M musim 2010 nanti.

Justeru, Subramaniam, 24, berasa cukup selesa bersama skuad barunya itu terutama kerana berpeluang memperbaharui hubungan dengan bekas jurulatih kebangsaan yang pernah membimbingnya, B Sathianathan.

Bekas pemain kebangsaan kelahiran Sungai Siput itu berharap dapat menggapai pencapaian memberangsangkan dengan pasukan bergelar Wira Merah itu.

“Penyokong Kelantan cukup setia kepada pasukan. Mereka melayani pemain tanpa mengira pemain anak negeri atau luar.

“Saya berharap mampu membalas sokongan mereka dengan memberi persembahan terbaik kepada pasukan setiap kali diturunkan,” katanya.

Selain gembira dengan penerimaan baik masyarakat setempat, Subramaniam juga memuji kesungguhan Presiden Persatuan Bola Sepak kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang berusaha memajukan skuad Kijang.

Lebih penting Subramaniam berkata, dia juga akan bergandingan dengan pemain berasal dari Perak, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Azlan Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha.

Berdasarkan himpunan pemain kali ini ternyata pengendali Kijang, Sathianathan kini memiliki bahan lebih berwibawa untuk menjadi antara pencabar unggul dalam kancah bola sepak domestik.

Walaupun terkilan kerana tidak dapat menyarung jersi pasukan negeri sendiri tetapi Subra berkata, dia terpaksa berkelana demi memenuhi tuntutan mencari nafkah untuk hidup serta meneruskan kerjaya bola sepaknya.

“Saya terpaksa mencari pasukan baru selepas Perak menolak saya pada pertengahan kempen tahun lalu.

“Saya berharap dapat membalas kepercayaan pegawai KAFA dengan memberi pulangan menguntungkan pelaburan mereka terhadap saya,” katanya. -Metro

10 Dis 2009

Hairuddin sah milik Kelantan


HAIRUDDIN akan mewakili Kelantan pada siangan Liga Super musim depan. Dia telah menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad tersebut semalam.


PENYERANG prolifik kelahiran Terengganu, Hairuddin Omar kini sah menjadi milik Kelantan selepas menandatangani kontrak setahun bersama pasukan itu.
Hairuddin yang sebelum ini menjadi pemain buruan pasukan Negeri Sembilan akhirnya membuat keputusan menyarung jersi The Red Warriors selepas turut menolak tawaran pasukan yang disertainya musim lalu, T-Team.
Beliau sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan selepas berjaya membantu pasukan itu menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir 7 November lalu.
Bagaimanapun, bekas penyerang kebangsaan yang sudah pun menjangkau usia 30 tahun itu akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan kariernya di bumi Cik Siti Wan Kembang.
Menurutnya, keluarga adalah faktor utama kenapa beliau membuat keputusan untuk menyertai Kelantan pada musim depan.
"Saya berasal dari Setiu yang terletak bersempadan dengan Kelantan dan ia menjadi salah satu sebab kenapa saya memilih Kelantan untuk musim depan.
"Tawaran yang diberikan Kelantan juga cukup baik dan peluang beraksi bersama rakan-rakan lama seperti Indra, Farhan dan Akmal perlu untuk saya pertimbangkan," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, KAFA melalui Penolong Setiausaha Agungnya, Arif Hassan telah menemuinya malam kelmarin dan secara rasmi kontrak selama setahun telah dimeterai.
Katanya, keputusan menyertai Kelantan dilakukannya untuk mencuba 'angin baru' selain mahu bersama-sama Kelantan mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia musim depan.
"Secara jelasnya, saya sudah dihubungi oleh coach Sathia (B.Sathianathan) selepas perlawanan akhir Piala Malaysia berakhir yang memberi tawaran kepada saya untuk menyertai Kelantan.
"Ketika itu saya masih belum membuat sebarang keputusan dan kini saya yakin keputusan yang saya ambil untuk bersama Kelantan adalah yang terbaik," ujarnya.
Pada pertandingan Piala Malaysia lalu, Hairuddin turut mencetak nama sebagai pemain yang menghampakan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu pada perlawanan peringkat separuh akhir.
Beliau juga turut membunuh harapan Kelantan untuk menjulang Piala Malaysia apabila gol kedua Negeri Sembilan hasil jaringannya, kurang satu minit selepas wisel separuh masa kedua dibunyikan menerjah gawang Kelantan.
Sementara itu, Arif ketika dihubungi semalam memberitahu, Hairuddin telah sah didaftarkan sebagai pemain ke-25 pasukan Kelantan untuk beraksi musim depan.
Jelasnya, Hairuddin semalam telah pun terbang ke Bangkok untuk menyertai pasukan Kelantan menjalani latihan dalam siri perlawanan persahabatan di sana.

9 Dis 2009

Hairuddin ke Kelantan?



HAIRUDDIN (kiri) disebut-sebut bakal menyertai skuad Kelantan musim depan.



SELEPAS berjaya memikat beberapa pemain bintang yang akan memantap- kan skuad musim depan, Kelantan seperti masih belum berpuas hati.
Kini giliran penyerang sensasi T-Team, Hairuddin Omar menjadi sasaran mereka.
Bekas pemain kebangsaan itu yang berjaya menjulang Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan, November lalu dikhabarkan akan menjadi pemain kelapan menyarung jersi Kelantan untuk musim depan.
Sumber Kosmo! memberitahu, Hairuddin kini hampir pasti akan menyer- tai Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2010.
Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Hairuddin kini berada pada peringkat akhir perbinca- ngan sebelum menandatangani kontrak bersama The Red Warriors.
"Perbincangannya sudah pada peringkat serius dan sekiranya ia menjadi realiti, kehadiran Hairuddin pastinya memantapkan lagi kekuatan Kelantan.
"Jika segalanya berjalan lancar, beliau akan menandatangni kontrak sece- pat mungkin dan akan terbang ke Bangkok untuk menyertai sesi latihan bersama pasukan Kelantan di sana," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, ketika tarikh pendafta- ran pemain akan berakhir hari ini, Hairuddin mungkin akan menjadi pemain terakhir melengkapkan senarai pemain Kelantan musim depan.
Jelasnya, kehadiran Hairuddin akan memantapkan lagi bahagian serangan Kelantan yang kini memiliki Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Rakhli, Nurshahrul Idlan Talaha, Norfarhan Mohamad dan S. Chanturu.
Sebelum ini Norhafiz Zamani Mis- bah dan K. Soley turut dikaitkan akan beralih angin ke Kelantan, namun ia tidak dapat direalisasikan.
"Apa yang jelas, kehadiran Hairuddin pastinya akan memberi impak kepada pasukan kerana beliau merupakan seorang pemain yang berkualiti.
"Kehadirannya bersama pasukan Negeri Sembilan ketika menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia lalu membuktikan beliau masih merupakan seorang pemain yang perlu diberi perhatian," ujarnya.
Hairuddin sebelum ini turut dikaitkan akan menyertai Negeri Sembilan selepas membantu skuad Rusa menjulang Piala Malaysia sebagai pemain berstatus pinjaman. -kosmo


*Hairuddin Omar akan datang Ke Kelantan hari ini...inform dari Akma Rizal melalui facebooknya

7 Dis 2009

Mana wang saya?....Beres!! Che Mat Jusoh tapi tak beres... Apa Cerita?

KENYATAAN Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh bahawa segalanya ‘beres’ nyata meleset apabila bekas kapten Perak, S Subramaniam mendakwa belum menerima bayaran tunggakan gajinya.

“Siapa kata segalanya beres. Jika beres mana wang saya? Sampai sekarang saya belum menerima wang itu.

“Saya agak terkejut apabila terbaca laporan mengatakan segalanya sudah beres,” kata Subramaniam ketika menghubungi Arena Harian Metro.

Che Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan badan induk bola sepak negara membuat andaian itu berikutan tiada isu yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Status Pemain walaupun mengakui masih wujud masalah bayaran gaji tertunggak.

Subramaniam yang ditamatkan kontraknya sebelum sepak mula Piala Malaysia lalu kerana masalah disiplin dengan Perak adalah antara lima pemain termasuk tiga import serta jurulatih import yang disenaraikan FAM dalam surat arahan pembayaran tunggakan kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berjumlah RM272,000. Seorang lagi pemain tempatan ialah Hardi Jaafar.

Bayaran itu difahamkan dijelaskan melalui Exco Belia dan Sukan Perak, Zainol Fadzi Paharuddin yang juga ahli majlis Pafa yang menyerahkan cek kepada FAM.

Subramaniam yang akan menyarung jersi naib juara Piala Malaysia, Kelantan mendakwa jumlah bayaran yang tertunggak ialah kira-kira RM15,000. Bekas pemain kebangsaan itu juga mengaku berada dalam keadaan serba salah berikutan laporan bahawa dia sudah menerima pembayaran tunggakan itu sedangkan hakikatnya tidak.

Lebih meresahkan apabila ramai bekas rakan sepasukan dalam skuad Perak 2008 menghubunginya bertanyakan mengenai kemelut itu.

Subramaniam yang bersimpati dengan nasib bekas rakannya itu tidak tahu bagaimana pihak terbabit terlepas pandang sedangkan mereka juga berada di tengah kontroversi itu. -Hmetro

29 Nov 2009

Sokongan peminat tarik Azizi sertai Red Warrior's

KOTA BHARU - Bermula penglibatannya dalam arena bola sepak sejak di bangku sekolah rendah lagi, Azizi Matt Rose, 22, kini selesa setelah hampir sepuluh tahun berpengalaman dalam sukan ini.

Bekas pemain pertahanan Perlis, Kuala Lumpur dan Naza, kini telah dilamar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk membantu pasukan ini mencapai kejayaan merebut tiga piala musim hadapan.

Beliau telah menandatangani kontrak untuk beraksi dalam pasukan Red Warrior’s dan bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan ini mencapai kejayaan.

Anak kelahiran Perlis itu berkata, penyokong Kelantan yang fanatik merupakan faktor utama menarik minat beliau untuk menyarung jersi Kelantan.

“Sebab utama saya ke sini adalah kerana penyokong. Penyokong Kelantan menarik minat saya untuk beraksi dalam pasukan ini lebih-lebih lagi sokongan yang diberikan amat menggalakkan.

“Saya berharap agar kedatangan saya dapat membantu pasukan ini mengecap kejayaan dan mencapai sasaran untuk membawa pulang tiga piala utama ke Kelantan,” katanya.

Selaku pemain baru, beliau tidak dapat lari dari saingan yang terdapat dalam pasukan Kelantan lebih-lebih lagi di beri tanggungjawab untuk menjaga gawang pertahanan Kelantan.

“Bagi saya saingan merupakan suatu perkara yang baik dan saya dah biasa dengan keadaan seperti ini. Peluang seperti ini merupakan yang terbaik untuk saya membuktikan keupayaan kepada peminat Kelantan.

“Saya berbangga diberi peluang untuk beraksi bersama Farisham, Zairul Fitree, Zamri Ramli dan Daudsu di bahagian pertahanan,” katanya.

Menurutnya, kedatangan dia ke situ tidak menjatuhkan namanya selaku pemain bola sepak kerana pasukan Kelantan telah membuktikan keupayaan setelah menewaskan pasukan Perlis pada perlawanan lalu.

22 Nov 2009

KAFA 'sumbang' RM2.4j


ANNUAR (tengah) dan jurulatih B. Sathianathan (empat dari kiri) bergambar bersama pemain-pemain baru Kelantan pada sidang media di Kota Bharu semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) 'menyumbang' kira-kira RM2.4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, sumbangan itu diperoleh FAM melalui pungutan jualan tiket, bayaran levi selain bayaran denda yang dikenakan ke atas KAFA sepanjang perlawanan musim ini.

Beliau berkata, pada musim ini, KAFA membayar denda RM250,000 kepada FAM setelah didapati bersalah akibat perbuatan penonton Kelantan yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA, April lalu.

FAM turut mengenakan denda sebanyak RM50,000 ekoran keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu.

"Senario ini memperlihatkan KAFA satu-satunya pasukan yang paling tinggi memberi sumbangan kepada FAM melalui pelbagai hasil dalam bola sepak di negara ini," katanya pada majlis memperkenalkan 25 pemain Kelantan bagi musim 2010 di Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, hasil kutipan jualan tiket tertinggi pula diperoleh menerusi jualan tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan 7 November lepas iaitu sebanyak RM1.1 juta.

Tambah Annuar, dalam mesyuarat KAFA semalam, pihaknya juga mengambil keputusan tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan oleh FAM baru-baru ini.

Dalam pada itu, Annuar memberi jaminan KAFA akan menaikkan gaji atau elaun barisan pemain dan pengurusan KAFA pada musim akan datang.

"Saya mahu mengumumkan gaji kesemua pemain Kelantan yang beraksi dengan skuad ini pada musim lalu dinaikkan pada musim depan," kata Annuar yang tidak menyatakan jumlah kenaikan gaji pemain Kelan- tan itu.

Beliau berkata, kenaikan gaji itu diharapkan dapat meningkatkan semangat pemain beraksi lebih cemerlang pada musim depan.

Bagi musim 2010, KAFA mengekalkan 19 pemain musim ini dan menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan penyerang Khalid Jamlus.

Pemain baru skuad Wira Merah itu terdiri daripada penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein, Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Shakir Shaari, Nor Sharul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan S. Chanturu.-kosmo

18 Nov 2009

Senarai penuh pemain Kelantan TM MSL '10


KETUA JURULATIH

B.Sathianathan

PENOLONG JURULATIH
1. Hashim Mustapha
2. Mohd Sidek Shamsuddin
3. Ismail Bakar
4. Halim Napi

PENJAGA GOL
1. Syed Adney Syed Hussin* (MyTeam)
2. Mohd Sharizan Ismail
3. Khairul Fahmi Che Mat

PERTAHANAN
1. Azizi Mat Rose* (Perlis)
2. S.Subramaniam* (Perak)
3. Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid
4. Mohd Farisham Ismail
5. Zairul Fitree Ishak
6. Sarudy Aziz
7. Mohd Zamri Ramli
8. Mohd Daudsu Jamaluddin

TENGAH
1. Mohd Badhri Mohd Radzi
2. Shakir Shaari* (MyTeam)
3. Khairan Eroza Razali
4. Indra Putra Mahyuddin
5. Mohd Norfarhan Muhammad
6. Zul Yusri Che Harun
7. Wan Zaman Wan Mustapha
8. Ahmad Azlan Zainal

PENYERANG
1. Nor Shaharul Idlan Talaha* (MyTeam)
2. Akmal Rizal Rakhli* (KM Naza)
3. Mohd Nizab Ayub
4. S. Chanturu* (P.Pinang)
5. Che Hishamuddin Hassan
6. Mohd Ramzu Zahini Adenan

*Pemain baru untuk musim 2010

Akmal milik Kelantan, Khalid gugur


ANNUAR menunjukkan senarai pemain yang akan beraksi untuk skuad Wira Merah pada musim depan.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan, enam pemain baru akan menyarung jersi Kelantan untuk musim 2010.

Antara pemain yang telah mengesahkan untuk bersama Kelantan ialah Nurshahrul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein, S. Subramaniam, S. Chanturu, Azizi Mat Rose, Shakir Shaari dan Akmal Rizal Rakhli.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, kehadiran pemain-pemain itu adalah usaha untuk membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap selain sasaran untuk terus memburu kejuaraan.

Menurutnya, tempoh dua tahun termasuk musim 2009 merupakan pembentukan asas pasukan dan tahun 2010 adalah untuk mereka meneruskan aksi dengan persembahan yang lebih baik.

"Kita mahukan satu pasukan dengan corak permainan bola sepak moden yang pantas serta mempunyai tahap stamina yang tinggi.

"Kehadiran Nurshahrul dan Chanturu yang masih muda adalah taruhan terbaik untuk mengepalai jentera serangan Kelantan selain pengalaman yang dimiliki Akmal," katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma KAFA di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, Subramaniam yang merupakan bekas kapten Perak dan pernah beraksi untuk pasukan negara bersama-sama bekas pertahanan Perlis, Azizi disenaraikan bagi mengatasi kelemahan bahagian pertahanan.

Katanya, perancang Kelantan, Badri Radzi akan mempunyai pasangan baru selepas Kelantan berjaya mengikat Shakir Shaari yang sebelum ini menimba pengalaman dengan UPB-MyTeam.

Jelasnya, Kelantan hanya akan mendaftar 26 pemain bagi mengharungi musim 2010 dan terpaksa menggugurkan beberapa pemain sedia ada.

"Faktor usia juga menyebabkan kita terpaksa menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan digantikan dengan Syed Adney.

"Bagaimanapun, kita telah bersetuju untuk menawarkan kontrak kepada Halim selaku jurulatih supaya ilmu dan pengalaman yang ada padanya diturunkan kepada pemain muda," ujarnya.

Annuar juga mengumumkan, B. Sathiana- than akan terus bersama Kelantan sebagai ketua jurulatih, sementara Hashim Musta- pha, Sidek Samsuddin dan Ismail Bakar akan bertindak sebagai pembantu jurulatih.

Antara pemain lain yang digugurkan musim depan ialah Khalid Jamlus, Nafuzi Zain, Ahmad Ezrie Shafizie, Faizol Che Noh, Hanif Md. Nor, Safuan Ibrahim, Normizal Ismail dan Rosairil Asrol Mat Nor. -kosmo

17 Nov 2009

Info terkini pemain baru Kelantan musim 2010

1. Syed Adney Syed Hussien (My-Team)

2. Norshahrul Idlan Talaha (My-Team)

3. Shakir Shaari (My-Team)

4. S. Chanturu (P.Pinang)

5. S. Subramaniam (Perak)

6. Akmal Rizal Rakhli (KM Naza)

7. Azizi Che Ros (Perlis)

K. Solay (Perlis), Nazrul Erwan Makmur (Felda United) & Norhafiz Zamani Misbah(KL Plus) masih lagi dalam rundingan kerana mereka masih ada kontrak dengan pasukan mereka.

9 pemain digugurkan termasuk Khalid Jamlus.



Sumber : Kelate.net

16 Nov 2009

Kelantan ambil pemain baru


KOTA BHARU - Walaupun dikenakan denda RM50,000 baru-baru ini, namun semangat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) untuk memantapkan pasukan Red Warrior’s tidak pernah luntur, malah mereka akan memperkenalkan pemain baru untuk memastikan keme-nangan pada perlawanan akan datang.

Menurut sumber Kafa, beberapa pemain baru akan diambil bagi menggantikan kelemahan yang terdapat dalam pasukan Kijang untuk bermain pada musim akan datang.

“Kita telah melihat tahap pemain setakat ini dan sudah mengenal pasti bahagian penyerang dan tengah (midfield) perlu ada perubahan dengan pemain baru yang berkebolehan.

“Semua kontrak pemain baru telah dibuat dan ada beberapa pemain lama terpaksa disingkirkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kafa Md Noor Yaacob berkata, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan pemain-pemain baru itu dalam satu sidang media pada 17 November ini.

Manakala, katanya, pemain-pemain baru akan diperkenalkan di KB Mall pada 21 November ini untuk rakyat Kelantan.

“Penekanan diberikan kepada pemain anak negeri. Bagaimanapun kita boleh mengambil pemain daripada luar dan jumlahnya tidak ramai,” katanya.

Md Noor berkata, prestasi pasukan Kijang kini sedang meningkat cemerlang setelah pasukan itu berjaya menduduki tempat kedua dalam Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan Sabtu lalu dan kali terakhir menduduki tempat kedua ialah bila pasukan itu tewas dengan Perak pada 1970.

Namun katanya, di sebalik kecemerlangan itu, Kafa menghadapi pelbagai tekanan termasuk pasukan itu dikenakan denda oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sebanyak RM50,000 gara-gara tindakan liar penyokong negeri ini pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. -sinar harian

12 Nov 2009

Barisan pemain-pemain baru yang mungkin beraksi untuk Kelantan 2010

1. Norshahrul Idlan Talaha (UPB MyTeam) - MOU

2. Syed Adney (UPB MyTeam) - Rumours

3. Norhafiz Zamani (KL PLUS) - Rumours

4. Shakir Shaari (UPB MyTeam) - Rumours

5. S. Chanturu (Pulau Pinang) - Rumours

6. S. Subramaniam (Perak) - Rumours

Sumber : Bola Today

12 Jul 2009

Razali diintai pasukan elit

Nama : Razali Bin Umar Kandasamy
Asal : Perak
Umur : 23 Tahun
No Jersi : 23
Pasukan Terdahulu : Perak
Posisi : Penyerang
No. Lesen FAM : FAM/LS/P/PK/23-09

BEBERAPA pasukan elit sudah mula mengintai kelibat penyerang sensasi Perak, Razali Umar Kandasamy, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Ternyata kehebatan Razali, 23, bagi merobek gawang lawan telah berjaya menarik perhatian beberapa pasukan untuk menggunakan khidmatnya pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Musim ini, penyerang yang berasal dari Sungai Siput itu telah menjaringkan 13 gol dalam kempen Liga Super.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman mengakui desas-desus bahawa Razali mula menjadi perhatian pasukan lain.

"Perak mungkin kehilangan Razali jika Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) tidak berbuat apa-apa mulai sekarang.

"Sudah pasti kehebatan Razali berjaya menarik perhatian pasukan-pasukan lain yang mungkin bersedia menawarkan gaji lebih tinggi kepadanya," kata Jamil.

Razali muncul penjaring terbanyak Piala Presiden bagi tahun 2007 dengan menyumbat 45 gol.

Begitupun, namanya agak tenggelam dengan penampilan Mohd. Khalid Jamlus dan pemain im port, Carlos Caceres yang membarisi skuad Perak musim lalu.

Awal musim ini, Perak seakan-akan berdepan dengan 'tsunami' apabila semua pemain seniornya berhijrah untuk menyertai pasukan lain.

credit:Kosmo,seladang.net,sportsmalaysia.net