Memaparkan catatan dengan label liga super '12. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liga super '12. Papar semua catatan

15 Jul 2012

Keputusan liga super 14 julai 2012

Kelantan 3 - 1 Sarawak

Kelantan menutup kempen Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menewaskan Sarawak 3-1.

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi dan dua gol lagi dari Norfarhan.

Kemenangan ini diraikan dengan acara gemilang penyampaian medal dan PIala Liga yang hampir-hampir tidak dapat diraikan pada malam ini gara-gara 'kesibukan' pegawai-pegawai FAM mengendalikan SUKMA di Pahang.

Tahniah buat semua pemain serta pengurusan yang telah berJaya membawa Kelantan ke puncak kejayaan dan iringan doa serta sokongan padu dari penyokong-penyokong setia yang sentiasa berada dibelakang pasukan tak kira pa halangannya...Syabas TRW

12 Jul 2012

Piala Liga mungkin ke Kelantan 14 Julai ini?

Info yang baru diterima dari sumber dalaman FAM mengesahkan bahawa pasukan Kelantan berpeluang menjulang Piala Liga Super selepas perlawanan dengan Sarawak Sabtu ini.

Akhirnya FAM terpaksa tunduk dengan desakan dari pelbagai pihak agar memberikan hak kepada penyokong-penyokong Kelantan.Rakyat Malaysia juga bakal menyaksikan kemeriahan sambutan oleh pemain dan penyokong pada malam tersebut.

11 Jul 2012

Adilkah FAM?

Saya terkejut dan merasa amat dukacita apabila diberitahu PIALA LIGA SUPER hanya akan disampaikan pada hari jumaat 20 julai jam 3 ptg di WISMA FAM...bukan saja tarikh itu SANGAT TIDAK SESUAI MEMANDANGKAN TRW TERLIBAT DLM PERLAWANAN DGN QPR PADA HARI YG SAMA..IA JUGA HARI TERAKHIR MENJELANG PUASA YG MENGHADKAN SEBARANG ACARA SAMBUTAN..JOHAN DAN NAIB JOHAN SUDAH DI KETAHUI SEAWAL 7HB JULAI JADI MENGAPA HARUS MENUNGGU DUA MINGGU??PENYAMPAIAN PIALA PATUT DIBUAT DI PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER DI KOTA BHARU DAN SPORE..hadiah lain bolehlah dikemudiankan..SAYA TAK DAPAT MEMAHAMI KENAPA INI DILAKUKAN?..APAKAH KERANA KELANTAN YG MEMENANGINYA??WALLAHUAKLAM!!YES...WHY ALWAYS US??
Apa moralnya FAM bertindak 'mencantas' Kelantan sekali lagi walaupun sudah mengetahui bahawa Kelantan telah bergelar juara Liga Super lebih awal.Kegembiraan penyokong-penyokong The Red Warriors direntap begitu sahaja oleh FAM apabila tidak membenarkan Piala Liga dibawa pulang dan diraikan selepas perlawanan menentang Sarawak sabtu ini.
Pihak Astro Arena juga bersemangat untuk menyiarkan detik bersejarah Kelantan menjulang Piala Liga diaksi penutup liga nanti tetapi FAM nampaknya tiada semangat untuk memeriahkan bola sepak Malaysia tetapi bersikap seperti budak-budak hingusan ekoran perbalahan dengan Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa.

Keputusan Liga Super 10 julai 2012


Felda United FC 1-0  Kelantan 
Sarawak  0-0  PKNS FC 
T-Team   2-1  Lions XII FC
Perak  1-2  Kedah
Selangor 3-2 Sabah
Johor FC  2-0  Terengganu
N.Sembilan 1-1 Kuala Lumpur


8 Jul 2012

Kelantan kekal kejuaraan


Pemain Kelantan meraikan kejayaan mengekalkan juara Liga Super 2012 selepas berpesta gol membelasah Perak 6-0 di hadapan kira-kira 18,000 penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.



Menang penuh bergaya berpesta gol belasah Perak 6-0 di KB

Kelantan mengesahkan gelaran juara Liga Super buat musim kedua berturut-turut dengan penuh bergaya selepas berpesta gol membelasah Perak 6-0 di hadapan kira-kira 18,000 penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Kejayaan skuad The Red Warriors itu dicapai ketika saingan musim ini masih berbaki dua perlawanan, lebih mudah berbanding ketika mereka hanya mengesahkan kejuaraan Liga Super musim lalu pada perlawanan terakhir. 

Kelantan Juara Liga Super 2012...Hatrik dari Indra

Keputusan Penuh : 

Kelantan 6 - 0 Perak
 
Kelantan akhirnya menamatkan teka-teki penyokong setia mereka apabila merealisasikan impian untuk bergelar juara Liga Super 2012 dengan kemenangan bergaya 6-0 mengatasi Perak di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Indra Putra Mahyuddin menutup mulut pengkritik malam ini apabila meledak hatrik manakala tiga gol lagi dijaringkan oleh Ghaddar,Nurul dan Badri Radzi.

5 Jul 2012

Siaran Langsung Liga Super 2012 : Kelantan vs Perak

Pihak Astro akan menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan Kelantan menentang Perak Sabtu ini menerusi Astro Arena 801.

Walaupun adanya siaran langsung diharapkan penyokong-penyokong The Red Warriors dapat membanjiri Stadium Sultan Muhammad ke -IV bagi memberikan sokongan kepada pasukan.

Diharapkan Kelantan dapat 'meraikan kejuaraan' lebih awal dan tidak perlu menunggu perlawanan dengan Felda United dan Sarawak nanti.

Kelantan mahu pertahan juara lebih awal

KOTA BHARU - Kejayaan Kelantan menumbangkan Negeri Sembilan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Seremban kelmarin meletakkan Red Warriors sebelah kaki untuk mempertahankan kejuaraan.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Bojan Hodak selesa menerajui takhta liga dengan kelebihan empat mata berbanding pesaing terdekat Lions XII.

Kelantan hanya memerlukan satu kemenangan daripada tiga baki perlawanan untuk bergelar juara.
Pengurus Red Warriors, Azman Ibrahim memuji Hodak yang bijak merencana pasukan biarpun beraksi tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

3 Jul 2012

Keputusan Liga Super 2012 : Negeri Sembilan vs Kelantan

N.Sembilan 2 - 3 Kelantan

Ghaddar sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila membantu pasukan menewaskan Negeri Sembilan 3-2.Kemasukan beliau pada separuh masa kedua ternyata memberi impak kepada Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Kelantan apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid dan seterusnya merembat kencang menewaskan Farizal Marlias.Gol tersebut memadamkan gol pertama hasil jaringan Firdaus pada minit ke 13.

Terdahulu Azlan Ismail yang diberi kepercayaan malam ini memberikan gol semangat Kelantan diawal babak kedua perlawanan.

1 Jul 2012

Kejutan keputusan Liga Super 30 jun


Sarawak 3 - 1 Johor FC
PKNS FC 2 - 1 N.Sembilan
Kedah 2 - 1 Terengganu
Kuala Lumpur 2 -  4 Sabah
T-Team 0 - 1 Felda United

Keputusan Liga Super menyaksikan kejutan berlaku apabila pasukan pilihan seperti Negeri Sembilan,Johor FC dan Terengganu yang tewas mengejut.

Harap-harap Kelantan berwaspada apabila bertemu pasukan yang berada di kedudukan tercorot kerana pasukan tersebut sedang berusaha untuk memperbaiki kedudukan bagi menjamin tempat dalam Liga Super musim hadapan dan Piala Malaysia nanti.

30 Jun 2012

Kelantan benam Selangor...Rampas takhta liga

Keputusan Penuh : 

Kelantan 1 - 0 Selangor
 (M.Ghaddar m25)

Kelantan akhirnya berjaya membenam ego Selangor dengan mengalahkan jaguh lembah klang tersebut dengan 1-0.Walaupun ianya hanyalah kemenangan tipis ianya tetapi cukup berharga buat Kelantan kerana berjaya merampas takhta liga super dari pendahulu Lions XII.
Kelantan akhirnya berada dipuncak liga selepas sekian lama diterajui Lions XII

Mohammad Ghaddar sekali lagi membuktikan bahawa beliau membawa 'tuah' kepada pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol berharga buat Kelantan hasil tandukan cantik dari sepakan sudut.

Malam ini juga menyaksikan pemain-pemain Selangor 'naik angin' terhadap Ghaddar,Beliau sering dikasari namun pengadil perlawanan cukup lembut hati malam ini.

28 Jun 2012

Liga Super 2012 : Perlawanan pada 29 dan 30 jun

29 Jun

Kelantan vs Selangor   - Live Astro Arena 801(Tertakluk kepada Perubahan)

30 Jun

 Sarawak vs Johor FC  - 8.45 mlm
 PBDKT T-Team vs Felda United        
 Kuala Lumpur vs Sabah     
 PKNS vs Negeri Sembilan   
 Kedah  vs Terengganu
Live Astro Arena 801(Tertakluk kepada Perubahan)

Semua perlawanan bermula jam 8.45 kecuali yang dinyatakan

27 Jun 2012

The Red Warriors lesu..Bojan Hodak gagal

Terengganu 2 - 2 Kelantan

Kelantan sekali lagi mempamerkan aksi lesu dan kurang bertenaga ketika bertemu Terengganu di gelanggang lawan.Ketika penyokong-penyokong Kelantan sudah boleh 'meraikan' dua gol hasil jaringan Norfarhan dan Badri Radzi iainya dapat dipadamkan dengan mudah oleh Hadi dan Muslim Ahmad.

Percaturan Bojan Hodak sekali lagi dipertikaikan oleh penyokong-penyokong The Red Warriors apabila melakukan perubahan pada pertahanan dan tengah yang meletakkan S.Subramaniam di sebelah kiri padahal itu bukanlah posisi pemain tersebut.

26 Jun 2012

Liga Super 2012 : Terengganu vs Kelantan

Malam ini penyokong-penyokong The Red Warriors bakal menyaksikan perlawanan hebat yang menemukan Juara Piala FA 2012 Kelantan dan Juara Piala FA 2011 Terengganu di Kuala Terengganu

Andai perlawanan lalu dijadikan ukuran Kelantan berada dilandasan tepat untuk mendominasi perlawanan ini namun hakikat sekarang Kelantan tidak seperti dahulu.Aksi hambar dalam tiga perlawanan sebelum ini menyerlahkan hakikat ini.Namun Kelantan boleh menutup mulut pengkritik-pengkritik malam ini andai mampu melakarkan kejutan di Kuala Terengganu nanti.

24 Jun 2012

Keputusan Penuh Liga Super 24 Jun 2012

Kelantan 2 - 0 Sabah 
(Rizal dan Indra)
Sarawak   1 - 2   Perak
T-Team   1 - 1  Negeri Sembilan
Kedah   2 - 1  Kuala Lumpur
PKNS   2 - 2 Terengganu
Felda Utd 0-1 Johor FC-perlawanan pada 23 jun


*Malas nok komen game malam ni berat doooooh...kelik awal frust...

22 Jun 2012

Bojan Hodak mesti tunai janji...

Andai kita masih ingat kata-kata Bojan Hodak yang mengatakan skuadnya 'memerlukan' dua atau tiga perlawanan bagi memantapkan kembali pasukan selepas aksi hambar  ketika menentang Kedah tempohari.

Janji tersebut akan dipegang oleh penyokong-penyokong TRW.Malam esok Kelantan bakal melayan kunjungan pasukan bermasalah iaitu Sabah yang telah melepaskan 13 gol tanpa balas dalam dua perlawanan sebelum ini.Jadikanlah pertemuan tersebut sebagai inspirasi kebangkitan skuad TRW dalam merealisasikan kejuaraan Liga Super milik Kelantan sekali lagi.

Tempoh rehat yang panjang ternyata 'merencatkan' sedikit permainan TRW yang dilihat gagal mempamer aksi sebenar seperti yang dicanangkan oleh Bojan yang mengatakan pemain-pemain TRW umpama pasukan Barcelona.

Kemenangan tipis 1-0 keatas Kuala Lumpur tempohari ternyata memberikan tekanan kepada pemain serta jurulatih apabila tidak mampu untuk menembusi benteng skuad warga kota selasa lalu.Walaupun mempamerkan permainan menarik tetapi penyudah serta keserasian antara pemain terutamanya pemain import Ghaddar dan Mat Yo dilihat kurang mantap.

17 Jun 2012

Keputusan luar biasa Liga Super Malaysia yang berlangsung 16 jun

Lions XII  9 - 0  Sabah
Sarawak  0 - 1   Selangor
Felda United   1 - 0   Negeri Sembilan
Perak   2 - 1  Johor FC
PKNS   1 - 1   Kuala Lumpur    
Kelantan   2 - 1   Kedah
T.Team 0  -  3 Terengganu

Adakah kekalahan terbesar pasukan Sabah ini disebabkan oleh keadaan Padang tiruan atau sebaliknya.Renung-renungkanlah....

Info Liga Super 2012

Perubahan venue perlawanan melibatkan pasukan Kuala Lumpur menentang Kelantan,Perubahan seperti berikut :

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Tarikh : 19 Jun 2012
Hari : Selasa
Harga Tiket adalah RM 10 untuk tempat duduk terbuka dan RM20 untuk tempat duduk Utama atau Astaka.

Menang dalam 'kenalin'

Keputusan Penuh :  
 
Kelantan 2 - 1 Kedah

Itulah rasanya ungkapan yang boleh dilontarkan gara-gara persembahan longlai barisan pertahanan Kelantan disaat-saat akhir perlawanan yang menyaksikan Kedah menjaringkan gol melalui Khyril Muhymeen pada minit ke 86.Gol tersebut berpunca dari hantaran kurang kemas Rizal Fahmi yang disambar pemain kedah yang seterusnya melorongkan kepada Muhymeen dan beliau memanfaatkan peluang tersebut untuk menjaringkan gol pertama Kedah.
Sebahagian dari penyokong Kelantan yan menyaksikan perlawanan menentang Kedah

Terdahulu Kelantan cukup selesa mendahului Kedah 2 - 0 melalui gol Fazliata Talib yang tertampan kegawang sendiri hasil sepakan lintang Ghaddar di minit-minit akhir separuh masa pertama.Ghaddar sekali lagi membuktikan bisa sebenar beliau apabila meledak gol kedua hasil rembatan kencang setelah menerima hantaran dari Norfarhan.
Khairul Fahmi menyelematkan sepakan penalti Safi