29 Sep 2009

Kelantan semakin ghairah


KOMITMEN Norhisham sekali lagi ditagih pasukan Kelantan menjelang pertemuan dengan Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Kota Bharu malam ini.




SELEPAS berjaya menundukkan Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Sabtu lalu Kelantan kini semakin ghairah untuk memburu mata dalam kempen Piala Malaysia.

Optimis untuk menjadi pasukan terawal melayakkan diri ke peringkat suku akhir, Kelantan sedar cabarannya cukup besar, dan usaha membenam Kedah di gelanggang sendiri malam ini pasti menjadi kayu pengukur kepada sejauh mana mereka boleh melangkah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibra- him berkata, misi bertemu juara Piala Malaysia 2008 juga adalah misi untuk membalas dendam berikutan kekalahan mereka ditangan Kedah dalam saingan Liga Super di gelanggang sendiri Julai lalu.

Menurutnya, keserasian antara pemain dan jurulatih baru, B. Sathianathan kini mula menunjukkan kesan yang positif.

"Hampir 90 peratus pemain sudah mengenali beliau (B. Sathianathan) kerana mereka pernah berada di bawah jurulatih tersebut sebelum ini semasa di dalam skuad kebangsaan.

"Kita juga telah mengesan beberapa kelemahan pada aksi menentang Pulau Pinang Sabtu lalu, dan berharap kelemahan itu dapat diatasi pada pertemuan dengan Kedah," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, faktor kecergasan mungkin disebabkan sesi latihan yang dikurangkan sepanjang bulan Ramadan selain cuti perayaan, namun ia akan diatasi dengan segera.

Jelasnya, skuad Kelantan kini bebas daripada masalah kecederaan dan pemain menunjukkan persaingan yang positif untuk merebut tempat dalam kesebela- san utama.

"Kita tetap berwaspada dengan ancaman Kedah walaupun aksi mereka agak goyah ketika bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita akan menurunkan pasukan yang benar-benar mantap untuk mengelakkan berlakunya kesilapan bagi mengekang asakan Kedah," ujarnya.

Dalam pada itu, Azman berkata, pihak pengurusan sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain pinjaman mereka, Nazru- lerwan Makmor serta Norhisham Hassan.

Katanya, kemasukan kedua- dua pemain tersebut memantapkan lagi pasukan yang sedia ada terutama di barisan benteng Kelantan yang kini semakin kukuh menahan asakan. -kosmo

Tiada ulasan: