Memaparkan catatan dengan label harimau malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harimau malaya. Papar semua catatan

31 Mac 2016

Antara gaya-gaya permainan yang popular dalam Bolasepak..

Total Futboll - dipopularkan oleh Johann Cruyff.. 
pemain tidak mempunyai posisi tetap dan bergerak ke serata padang untuk mengelirukan pihak lawan..striker boleh jd midfldr..midfldr boleh jd defender..defendr boleh jadi striker..tujuan untuk mengelirukan pihak lawan daripada man marking player,seterusnya mengheret player lwn supaya ruang tersedia untk pasukan menghslkan goal.

Tiki-Taka - sekarang dipopularkan oleh Pep Guardiola dan team Sepanyol..
permainan berasaskan possesion futbool dimana pasukan akan memiliki penguasaan bola lbh dari 70% pd setiap perlwanan..tujuan untuk mengecewakan pihak lawan yg tidak memiliki bola pada tempoh yg lama dan merancang dlm menghasilkan gol.

Counter Attacking -digemari oleh Jose Mourinho..
pasukan mengutamakan kekentalan di bhgian pertahanan dan melakukan serangan balas apabila mendapat peluang..tujuan mengambil kesempatan atas kelekaan pasukan lawan melakukan serangan..

Crocodile Bubble(Gelembung Buaya) - dipopularkan oleh Jurulatih² dari Malaysia...
corak permainan long ball yang bermula dari pertahanan dan terus melakukan tendangan ke pintu gol lawan tanpa perlu melihat ke sekeliling..penyerang perlu segera mendapatkan bola itu sebelum ia out dan sekali lg tendangan lambung ke pintu gol perlu dilakukan dengan harapan semoga ia membuahkan hasil..pemain midfielder x diperlukan dalam sistem ini kerana playmaker tidak diperlukan..yang diperlukan adalah pemain perlu byk tawakal dan berusaha bermain begini sehingga menjaringkan gol..Tujuan philosphy ini adalah untuk meletihkan pemain lawan,pemain sendiri dan juga para penonton yg melihatnya....taktikal ini juga dinamakan kiki lala..hanya kpale yg brmain..otak diletakkan dibangku simpanan..

Sumber : FB


20 Dis 2014

Thailand Juara Piala AFF 2014

Keputusan penuh :

Malaysia 3-2 Thailand

Thailand menjuarai Piala AFF Suzuki 2014 dengan agregat 4-3.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim melalui penalti dan sepakan percuma manakala gol ketiga dijaringkan oleh Indra Putra.

Tahniah Harimau Malaya,walaupun tewas tetapi telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.Nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya untuk menjulang Piala AFF kali ini.

5 Mac 2014

Info Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia 2015 Yemen vs Malaysia

Malam ini pihak Astro dijangka akan menyiarkan secara langsung perlawanan Malaysia yang akan berdepan Yemen bagi kelayakan Piala AFC 2015.Ujian pertama buat pengendali sementara Ong Kim Swee yang mengalas tugas daripada jurulatih sebelum ini K.Rajagopal.

Yemen vs Malaysia
5 march 2015
9.30 malam
Stadium Ahnoun bin Mohammed  Al Ain (United Arab Emirates)

Live Astro Arena 801

15 Okt 2013

1 Ogo 2013

Keputusan perlawanan persahabatan Harimau Malaysia 2013...Apa dah jadi?

Nilailah sendiri apa eksperimen yang dah dilakukan oleh K.Rajagopal tahun ini...lawan Barcelona ni kenduri gol nampak gayanya...

27 Mac 2013

Palestin ‘ajar’ Harimau Malaya

Amri Yahyah (biru) gagal melepasi pemain Palestin, Khaled Mahdi pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir
Kuantan: Jurang antara Malaysia dan Palestin jelas kelihatan apabila skuad kendalian Datuk K Rajagobal tumpas 2-0 kepada negara yang sedang bergolak dan jarang berlatih bersama dalam perlawanan persahabatan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Ketika skuad negara beraksi longlai, tetapi barisan Palestin menunjukkan semangat juang tinggi untuk memastikan kemenangan walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan amal yang bukan berkelas A.
Pada perlawanan itu, Palestin yang dilatih Jamal Mahmoud lebih banyak menguji pertahanan Harimau Malaya.
 

18 Mac 2013

Taring belum tajam



Shah Alam: Arab Saudi menepati ramalan selaku jaguh Asia apabila menang mudah 4-1 ke atas skuad negara dalam aksi persahabatan malam tadi.

Rembatan pemain gantian Mohd Safiq Rahim pada minit ke-70 yang menggegar gawang lawan memberikan sedikit kegembiraan kepada 5,000 penonton yang hadir di Stadium Shah Alam.

Ia dilihat mampu mengembalikan reputasi kapten kebangsaan itu yang sebelum ini dikecam berikutan prestasi tidak konsisten dalam kancah domestik. Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila Arab Saudi kembali garang menyumbat dua gol lagi selepas itu. Apapun aksi perlawanan semalam dilihat bukan berstatus `A’ seperti yang dilaporkan sebelum ini apabila kedua-dua pasukan melakukan pertukaran melebihi enam pemain dengan Arab Saudi memasukkan keseluruhan pemain baru di babak kedua.

14 Mac 2013

Info perlawanan Antarabangsa 2013 : Malaysia vs Arab Saudi

Perlawanan persahabatan : 

Malaysia vs Arab Saudi
Stadium Shah Alam
Ahad 17 Mac 2013
8.45 mlm

Harga Tiket : Dewasa RM 20,Kanak-kanak RM5

Perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 Australia :

Malaysia vs Yemen
Stadium Shah Alam*
Jumaat,22 Mac 2013
8.45 mlm

Harga Tiket : Dewasa RM 30,Kanak-kanak RM5

*Live : Astro Arena

Tertakluk kepada perubahan


6 Mac 2013

Harimau Malaya tagih bisa Piya

SELEPAS sekian lama diselubungi kontroversi, kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi akhirnya dipanggil memperkuat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium Shah Alam pada 23 Mac ini.

Badhri yang mesra dengan panggilan Piya, bakal menyertai 27 pelatih Harimau Malaya yang akan berkumpul di latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 11 Mac ini.

Sebelum berdepan Yemen, Harimau Malaya bakal diuji Arab Saudi dalam satu aksi persahabatan (17 Mac) selain turut dijadualkan berdepan Palestin dalam satu perlawanan amal di Kuantan, Pahang pada 26 Mac.

Sebelum ini, nama Piya sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong tempatan kerana tidak berada dalam perancangan Rajagobal mengharungi beberapa perlawanan utama biarpun beraksi cemerlang bersama The Red Warriors.

16 Dis 2012

Apa tunggu lagi...

Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.

Kuala Lumpur: "Jika seseorang itu tahu erti tanggungjawab dan perasaan bersalah, dia akan letak jawatan," demikian tegas bekas pemain negara, Shukor Salleh semalam ketika mengulas desakan ramai yang mahu pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal meletak jawatan.

Desakan itu timbul selepas skuad Harimau Malaya tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand di separuh akhir sekali gus gagal mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Shukor yang menjadi pemain kedua di belakang Datuk Soh Chin Aun yang paling banyak mewakili negara dengan 215 kap mengakui sebenarnya tidak ada peningkatan dipamerkan skuad Harimau Malaya sejak menjulang Piala Suzuki AFF.

Saya lihat pasukan tidak menunjukkan sebarang peningkatan baru, baik dari segi corak permainan dan keyakinan diri. Berbeza dengan Thailand, mereka mempunyai keyakinan tinggi” Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.

13 Dis 2012

Mampukah Harimau Malaya mengaum di Bangkok?

Malam ini tepat jam 8.00 malam sudah pasti peminat setia Harimau Malaya akan terpacak dihadapan televisyen bagi menyaksikan skuad kesayangan yang bakal berentap dengan Thailand bagi merebut slot ke Final Piala AFF.Singapura adalah lawan yang akan ditentang oleh mana-mana pemenang perlawanan malam ini.

Skuad K.Rajagopal dilihat mempunyai tugas yang sukar untuk merobek gawang Thailand malam ini dan memastikan gawang tidak dibocori andai ingin melangkah ke Final nanti.Andai gagal telahan Tan Sri Annuar Musa tentang skuad eksperimen ini adalah benar dan 'kerusi' K.Rajagopal sudah pasti akan bergoyang dan mungkin sudah tidak selamat untuk diduduki beliau.

Harapan kami,penyokong-penyokong Harimau Malaya agar Harimau Malaya dapat mengaum garang malam ini dan membaham keegoaan skuad kendalian Winfried Schäfer ini.

26 Nov 2012

Komen rakan-rakan Laungan TRW-Kelatefc selepas Malaysia kalah 3-0 kepada Singapura

trw kedah
msia kaloh,apek jd mangsanya..sapa bilo rajagobal nk ngaku dia yg silap pilih pemain..kito tgu seri atau kaloh dgn laos lusa..apo dia kato lg

 bondjr
buleh dah gopal nak letak jawatan...

 trw4u
smale klu boh team trw kawe rso blh mene ngn spore..pok dio bke men sdak mano pn..pok kto hok kuca bara abh...

trw kedah
mano2 negara didunia pun team juara/treble pasti pemain team tu ada 6 atau 7 pemain dale team negara,tgok sgor maso tahun2 8oan,barcelona,bayern munich,juventus byk lg la,.tp msia dok mace tu. ,

TRW FA
HARIMAU MALAYA DIA AMBANG KEHANCURAN APABILA MENUTAMAKAN KRONI SAHAJA

20 Nov 2012

Info : Perlawanaan Persahabatan Malaysia vs Bangladesh 2012

Astro akan menyiarkan siaran langsung perlawanan melibatkan Malaysia menentang Bangladesh malam ini bermula jam 8 malam di saluran Astro Arena 801.

Perlawanan pemanas badan sebelum tirai Piala AFF Suzuki 2012 ini bakal menyaksikan 'amukan' ketua jurulatih Rajagopal yang dikritik hebat sebelum ini gara-gara aksi longlai pasukan Harimau Malaya.

Adakah rangking tidak penting?Bangladesh sekarang berada dikedudukan 171 dunia manakala Malaysia berada dikedudukan 163.Oleh itu tiada masalah skuad K.Rajagopal menundukkan Bangladesh malam ini.

8 Nov 2012

Skuad Rajagobal hilang arah

Walaupun ketika Thailand bermain dengan 10 pemain, mereka tetap mampu menambah jaringan untuk merekodkan kemenangan selesa keatas Malaysia 2-0.

Adakah Datuk K. Rajagobal masih lagi mahu bermain dengan alasan "menyimpan kekuatan sebenar", dalam masa semua pihak gelisah dengan kemampuan negara dalam misi mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012?

Jelas sekali, beliau perlu mempertingkatkan lagi kerja rumah bersama para pemainnya, selepas menyaksikan prestasi skuad negara ketika tewas 2-0 di Stadium Chiang Mai. Pemain Rajagobal jelas kelihatan hilang arah, hantaran kurang baik, tiada gerakan kreatif dan corak serangan yang juga tidak merbahaya.

Dalam aksi di separuh masa pertama, permainan agak perlahan namun tuan rumah tetap berjaya mendahului perlawanan menerusi gol Prayat Bunya pada minit ke-26.

17 Okt 2012

Badi padang lawan berakhir

Setelah lima tahun menanti, akhirnya Harimau Malaya mengecapi kemenangan pertama selepas 22 perlawanan antarabangsa di tempat lawan apabila menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mong Kok, semalam.

Penyerang sensasi, Safee Sali membuka tirai jaringan Harimau Malaya pada minit ke-59.

Ini disusuli jaringan Safiq Rahim pada minit ke-82 sebelum Ahmad Fakri Saarani menutup tirai kejayaan skuad negara dengan gol pada masa kecederaan.

Kali terakhir Malaysia memenangi perlawanan persahabatan antarabangsa di gelanggang lawan adalah ketika berdepan Sri Lanka di Colombo pada 24 Mac 2007 dengan kemenangan 4-1.

8 Jul 2012

Ranking Kelantan vs Ranking Malaysia

Bak kata FAM "ranking tak penting...."
Ranking Kelantan lebih tinggi dari ranking Malaysia

Malu weh ranking kita rendah pada Nepal..tak penting!!!

12 Jun 2012

Keputusan perlawanan persahabatan 2012 Malaysia vs Singapura

Malaysia 2 - 0 Singapura

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Shakir Ali pada separuh masa pertama melalui tandukan cantik hasil hantaran Norshahrul.

Pemain yang cukup kreatif dan bertenaga malam ini adalah Shafiq Rahim yang berjaya melakukan jaringan cantik melalui sepakan percuma yang diperolehi setelah Norshahrul di jatuhkan pemain Singapura.

Kemenangan ini amat bermakna kerana misi untuk membalas dendam kekalahan 3-5 kepada Singapura tahun lepas terbalas.

Tahniah buat Skuad negara kerana berjaya membenam Singapura dan Tahniah juga buat pengadil dari Thailand yang berjaya mengadili perlawanan ini dengan baik tanpa memihak kepada mana-mana pasukan.



1 Feb 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN VS MALAYSIA 1 FEBRUARI 2012

 
PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN VS MALAYSIA 1 FEBRUARI 2012 | The Red Warriors (TRW) dijadualkan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya pada 1 Februari 2012. Perlawanan antara Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 akan bermula pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Untuk makluman semua, khabarnya Astro Arena akan menyiarkan Siaran Langsung di Astro Arena (801). Bagi perlawanan persahabatan ini, Kelantan akan menjadi tuan rumah walaupun FAM menjemput Kelantan ke Bukit Jalil. Jadi Kelantan akan mengutip bayaran tiket perlawanan bagi menampung kos penginapan dan pengangkutan Kelantan sepanjang berada disini. Harga tiket perlawanan Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 ialah RM10 (Terbuka) dan RM20 (Grandstand) dan ianya akan mula dijual bermula jam 5.00 petang hari perlawanan.

Berkenaan Live Streaming Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 ammboi tak pasti samada ada atau tidak. Anda boleh cuba ke RedVision – Gegar Tv sekiranya ada. Keputusan Semasa dan Terkini Perlawanan Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012 akan ammboi update dari masa ke semasa. Begitu juga dengan Keputusan Penuh Kelantan vs Malaysia 1 Februari 2012.

Sumber : ammboi