Memaparkan catatan dengan label komen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komen. Papar semua catatan

26 Nov 2012

Komen rakan-rakan Laungan TRW-Kelatefc selepas Malaysia kalah 3-0 kepada Singapura

trw kedah
msia kaloh,apek jd mangsanya..sapa bilo rajagobal nk ngaku dia yg silap pilih pemain..kito tgu seri atau kaloh dgn laos lusa..apo dia kato lg

 bondjr
buleh dah gopal nak letak jawatan...

 trw4u
smale klu boh team trw kawe rso blh mene ngn spore..pok dio bke men sdak mano pn..pok kto hok kuca bara abh...

trw kedah
mano2 negara didunia pun team juara/treble pasti pemain team tu ada 6 atau 7 pemain dale team negara,tgok sgor maso tahun2 8oan,barcelona,bayern munich,juventus byk lg la,.tp msia dok mace tu. ,

TRW FA
HARIMAU MALAYA DIA AMBANG KEHANCURAN APABILA MENUTAMAKAN KRONI SAHAJA

16 Jan 2012

Komen dan cadangan dari rakan-rakan laungan di blog ini

set defend kelate main tok cerdik tau nok clear bola jah, clear tak tau mano, pahtu kalut kalu stiker lawan wak kucar sikit,main tak tenang sikit habuk, maknonya mental tak kuat acu tgk defend supo soh chin aun n santokh singh..rilex jah main

8 Jan 2012

Dengarlah luahan kami...

Ekoran kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan  dalam perlawanan pembukaan Liga Super merebut Piala Sumbangsih semalam banyak komen-komen dari penyokong-penyokong TRW.

Kami penyokong-penyokong TRW bukanlah hendak bersikap kurang ajar apa lagi hendak memperkecilkan kebolehan pemain-pemain,jurulatih serta pengurusan KAFA tetapi kami mahukan perubahan drastik dari KAFA dengan membuat 'post mortem' kekalahan kepada Negeri Sembilan semalam.

27 Sep 2010

Komen positif penyokong setia Kelantan

Anonymous said...

ur right mr sathia.....u dah buat kerja u,selebihnya adalah tggjawab pemain2.juara bkn dtg dlam masa singkat,cuba lihat prestasi kelantan 3thn ni..setiap thn ada kemajuan...ciri2 juara dah ada.dr premier lig,super lig(naib juara fa & p.malaysia)&2010-naib juara super lig(target P.Malaysia thn ni).kelantan dah berada jauh d depan.cuma nasib x baik je utk last game ni...kombinasi pemain pun dah terbaik.x salah nak komen tp biarla komen tu manfaat kat pasukan kelantan.baik buruk pun negeri kito.pda mr sathia bersabarla,,,kekadang ore kelate ni panas bilo ngomel bilo maroh,tp sebenarnya baik..dlm malaysia ni satu2nya sukan yg melambangkan 1 malaysia adalah bolasepak.rasa bangga bilo ada 2/3 ore kaum lain dlm team kelate..boleh belejar hidup dlm masyarakat kelate yg berbudi bahasa.mr sathia,,anda dah sampai ke tahap ni jgn la pulok biarkan anak2 didik anda terkapai2 berjuang utk teruskan saigan p malaysia.buktikan,bawa piala malaysia thn ni ke kelate.biar nama anda ada dlm sejarah negeri kelate.go sathi go....saya sentiasa mengikuti perkembangan anda...!!11!


samad said...

ye betul tu,mmugo ni keno slow2 baru buleh hasil..panas 2 panas jugok la tp jange lebih2 sapa ore takut nok latih puok2 kito..ccuda lari takut kenoo timbuk..tp sathia dah lakukan yang terbaik tuk kelate..xke dio nok tgk sek diri kaloh..sumbak mmolek jurulatih g2..buleh wat baloh tu..nok mene sokmo gak latih sediri la..tu pun belum tetu lg mene..go more sathia go more sapa cawat kotew...bia bercawat dale pade..huuhuhu..beyehhhh sekk kitooww "JuPo TeGur, JaNge PeCoH"

jazry7875 said...

kpado set klate kito....jgan cpt putus asa...bui sathia masa sampai habis game piala malaysia...pahtu kito nilai balik...tp kawe rasa prestasi sathia wat maso loni kira 80% berjaya.mungkin ado 2/3 masalah hok jd beban ko dio...biasala...

28 Apr 2009

Mohd. Shah Rizan Mengkagumkan.

Komen dari Meli kapakjangak

SEJAK bersara dari dunia kewartawanan (berhenti bertugas dengan akhbar harian dan juga berhento membantu jurukamera TV3 Kelantan menyediakan skrip) saya tidak pernah ke stadium menyaksikan perlawanan bolasepak.


Kebetulan saya tidak meminati bidang sukan. Kehadiran saya pada perlawanan/acara sukan, termasuk sukan bolasepak ketika masih dalam dunia kewartawanan adalah semata-mata kerana tuntutan tugas. Saya juga tidak menyaksikan acara sukan di tv, kecuali gusti.

Bagaimanapun untuk perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Piala FA yang melibatkan Kelantan vs Selangor saya menontoninya dari awal hingga akhir.

Dua orang menantu saya turut ke Stadium Bukit Jalil dari Kota Bharu bagi memberi sokongan kepada Kelantan, menjadikan timbul persoalan dalam kepala saya apa istimewa dan menariknya perlawanan itu, sekali gus menarik kecenderungan saya untuk menontonnya.

Oleh kerana Kelantan tidak pernah berpeluang mara ke perlawanan akhir dan inilah kali pertama Gomo Kelantan Gomo berpeluang beraksi pada perlawanan merebut piala FA sejak menyertai kejohanan dalam tempoh 39 tahun, nampak sangat betapa selain dari penyokong taksub, banyak pihak tidak mengharapkan Kelantan menang.

Ulasan pengulas tv yang menyiarkan secara langsung perlawanan yang telah menarik kira-kira 80,000 penonton/penyokong bagi kedua-dua pasukan bertanding itu telah bias kepada Selangor dengan cuba menarik perhatian penonton bahawa Selangorlah yang paling layak menang.

Pengadil sendiri pada saya lebih bias kepada Selangor sehinggakan Kelantan dilayankan empat kad kuning kepada empat pemain, manakala tidak ada seorang pun pemain Selangor yang diberikan kad kuning walaupun ada yang melakukan kekasaran terhadap pemain Kelantan sama sebagaimana yang dilakukan oleh pemain Kelantan yang dilayankan kad kuning.

Kerana itulah bila Kelantan mendahului Selangor satu gol, nada ulasan pengulasan mencerminkan betapa tidak seronok, terkejut beruk dan tidak sangkanya sang pengulas yang sepatutnya mengulas secara berkecuali, profesional, tulus dan telus.

Bila Selangor berjaya menyamakan kedudukan, seronoknya sang pengulas sampai boleh ketawa. Nampak sangat betapa bimbangnya sang pengulas kalau-kalau Piala FA dibawa pulang ke Kelantan, seolah-olah tangan orang Kelantan terlalu kotor untuk menjulang Piala FA.

Bagaimanapun tahniah kepada kesebelasan pemain Kelantan kerana dalam diberi tekanan dengan kes rusuhan (termasuk tragedi membakar kenderaan polis di Kota Bharu tidak lama dulu) pun, mereka masih mampu membawa perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya berlanjutan kepada tendangan penalti.

Selangor bukan menang kerana mereka lebih hebat tetapi kerana nasib mereka baik apabila tendangan penalti dua penendang penalti Kelantan gagal menghasilkan gol kerana menang itulah yang telah disurat dan ditakdirkan dan ianya tidak perlu dipertikai, dirintih atau pun diratapi.

Saya nampak pemain Kelantan bermain dalam keadaan bukan corak dan resam sebenar yang lazimnya agresif dan mendebarkan penonton dengan aksi-aksi yang orang Kelantan kata 'berasap padang'. Semangat Dali Omar dan rakan seangkatan atau setidak-tidaknya semangat Hashim Mustapha, Salim Mahmood dan rakan-rakan seangkatan langsung tidak menyerlah.

Pemain Kelantan bermain dalam keadaan yang sangat santun,menjadikan perlawanan akhir Piala FA tahun ini sangat hambar, malah membosankan.

Mungkin mereka mengurangkan kemungkinan terdedah kepada risiko kesan dari tindakan mereka yang kena coolkan penyokong setelah gara-gara tragedi merusuh, pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) didenda dengan jumlah denda yang boleh membankrapkan persatuan itu.

Perlawanan-perlawanan yang melibatkan Kelantan selaku tuan rumah terpaksa diadakan di stadium berkecuali, menjadikan peminat Kelantan terpaksa berbelanja besar untuk saksikan perlawanan Kelantan. Kerana faktor itulah saya kira pemain Kelantan bermain dalam keadaan yang sangat santun, malah lebih menampakkan sedikit bacul.

Seandainya Kelantan mempersembahkan corak permainan berteraskan Kelantanisme sebagainmana yang dipersembahkan pada era Dali Omar dan rakan-rakan atau Hashim Mustapha dan rakan-rakan pada perlawanan akhir Piala FA musim ini, bagi saya Kelantan mampu menang dengan bilangan gol yang banyak.

Tetapi kerana terlalu berhati-hati supaya tragedi merusuh yang sebenarnya punca sebenar tidak dihighlightkan, sebaliknya ditonjolkan kononnya ia berlaku kerana tidak berpuashati ekoran ke kalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan yang membawa rusuhan, menghantui pemain Kelantan.

Perlawanan Kelantan vs Selangor di Stadium Bukit Jalil bukan wajah dan gaya sebenar pemain Kelantan sepanjang pengalaman saya membuat liputan perlawanan Kelantan semasa saya masih bertugas sebagai wartawan akhbar harian dulu.

Saya secara peribadi amat kagum dengan bakti penjaga gol Mohd. Shah Rizal yang menunjukkan kegemilangan, kecermerlangan dan keterbilangan apabila banyak menyelamatkan bola dari menerobos gol yang dikawalnya yang saya yakin tidak akan mampu dilakukan oleh penjaga gol Selangor kalau berada dalam keadaan Mohd. Shahrul Rizal.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kena memastikan Mohd. Shahrul Rizal dan pemain lincah berusia 18 tahun (saya lupa namanya) kena terus menjadi milik Kelantan pada musim-musim akan datang. Kedua-duanya mempunyai kualiti permainan yang sangat unggul.

Inderaputera bukan tidak ada keupayaan tetapi kerana tersenarai sebagai pemain berjiho dan digeruni lawan, maka pergerakannya dikawal ketat dan menjadikannya sukar bergerak.

Oleh itu peranan pemain seperti pemain berumur 18 tahun yang tidak berapa timbul namanya adalah sangat penting untuk membuat ancaman terhadap pertahanan lawan, malah adalah lebih baik seandainya keistimewaan skill setiap pemain tidak dipublisitikan sebagai sebahagian dari strategi.

Macam mana pun tahniah kepada semua pemain, pegawai dan pasukan Kelantan kerana mampu membuktikan bahawa jika tidak sengaja menjolok sarang tebuang, tanpa provokasi lawan, Kelantan mampu menjadi pemain, pegawai dan penyokong yang santun!

credit to: melikapakjangak

22 Apr 2009

Komen tentang rusuhan di SSMIV

Komen ini di ambil dari sebuah blog yang menulis tentang remaja Kelantan 

SALAM kpd suma readers…

RILEK2.. BERTENANG SEMUA!!!!!!!!!!!
nape smpai kecoh2 ni????

beginilah, sy nk bg sedikit komen sebagai remaja KELANTAN..sy nk kongsi apa pandangan n komen ttg apa yg dikecoh2kan ini..

entri KHAI ni dok story psl2 kes keganasan penonton di Stadium Sultan Mohamad Ke-iv..
sy sebagai seorg yg berada kt stu jgk msa kejadian, mmg xdpt nak digambarkan keganasan yg berlaku adlh melampau n xpatut dilakukan jika anda mengaku sebagai pencinta sukan..
jgn cemari sukan dgn keganasan yg akhirnya menyumbang kpd prejudis org kpd kita rakyat kelantan..

berbalik kpd insiden tu, sure rmai yg nak tahu cter sbenarnya kan,,
ni aku story skir based on pandangan n pemerhatian aku..

mmeang harapan penyokong kelantan mengunung tinggi nak tgk klate menang..
dahla yg ni separuh akhir piala f.a…
dahle kalah liga super dah ngan n.9..
yg f.a cup pun msti nak menang..
mana tau xde rezeki nk menang jgk..
kalah lg..
penyokong klate dah le bengang tgk aidil zafuan, player n.9 provoke penjaga gol klate, halim napi..
lgla naik angin n t’pengaruh bila halim g belasah aidil..
xleh deny rata2 penyokong klate dah terasuk sama ngan apa yg halim wat..
tu jd kecoh..

mmg kawaln polis wat ketat dah..
ye la, yg liga super pun xbyr denda lg, sure xnak tgk insiden baling botol n mercun berulang..
mana nak tau jd lg serius..
kt dlm stadium mmg bleh control skit..
yg dok mengamuk kt luar stadium tu xtahn ye..
smpai org yg xbersalah jd mangsa..
seram aku tgk diorg ni baling itu ini tanpa fikir akibatnya..

mmg malu gler la..
xpasal2 org luar pndg serong..
kita xleh nk salahkan prejudis org coz manusia slalu menilai dr luaran..
xnak org tgk negatif, jg kelakuan kawan..
wat menda elok2, ade ke org nak kutuk?

sedih mmg sedih..
disaat kebangkitan kelantan, musibah datang..
sbagai peminat bola, mmg kecewa…
stelah sekian lama, akhirnya bleh gak klate naik n msk sparuh akhir f.a cup,
tp gni plak jd..
mana nak byr denda2 n hukuman, moral n smangat pemain n penyokong pun dah down skrg..

klau ada yg ckp rusuhan sengaja dirancang oleh pihak2 tertentu…
sy no cmnt..
xtau la klau ada propaganda bgtu..
tp nak salahkan siapa ?
pemimpin politik?
FYI, KAFA adalh dibawah pimpinan Dato’ Seri anuar musa..
so, xyah la tuduh mana2 pihak ke apa..
keganasan pun dah terjadi kan..
yg penting suma muhasabah dri..

n ttg komen2 readers yg dok kutuk klate ni..
nak wat cmna ..
suma rakyat malaysia ni dah di minded-set ngan tanggapan negatif ttg klate sjk dulu lg..
mmg bbyk yg btol, tp byk jga kelebihan kami..
so, kmi redha n trima je mmg org klate ni byk dipandang serong..

SO, bangkitlah, ubah diri kita suma..
jd rakyat MALAYSIA yg terbaik…
ubah persepsi org luar ttg kita..
yakinkan yg kita xbodoh n berlagak x bertempat..

n jgn lah dok hentam KHAI n readers lain smata diorang bg komen negatif psl remaja kelantan..
pandangan individu..
kita kna jd rakyat kelantan yg pandai trima kritikan n komen

n disebabkn rmai yg think negatif, kta kna buktikan yg kita walau under PAS, mundur n sebagainya, punya kelebihan yg tersendiri…
kelebihan kami sebagai rakyat kelantan, kami mmg xmalu n bangga jadi rakyat kelantan walau negeri kami mundur, xde hiburan dll…
REMAJA KELANTAN BERSIKAP KENEGERIAN??????
mmg xleh deny, n apa guna ada negeri, klau xsyg negeri kita kan…