22 Sep 2009

Peter Butler letak jawatan-Wang jadi taruhan

Satu berita yang mengemparkan di terima oleh penyokong-penyokong serta peminat-peminat setia bolasepak menjelang aidilfitri apabila ketua jurulatih Kelantan Peter Butler meletak jawatan.

Peter James Butler
Kelatefc menerima info pada 18 september lepas dari Merang kelate.net yang mengatakan Peter Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan.

SMS beliau berbunyi 'Hadiah Hari Raya Aidilfitri : Peter James Butler letak jawatan jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta merta.Difahamkan Butler bakal menjadi Pengarah Teknikal sebuah kelab di Myanmar.Belum ada pengantinya secara rasmi biarpun Hashim Mustapha bakal memangku tugas Butler.'

Kelatefc sebenarnya menyokong penuh tindakan Peter Butler kerana dari pandangan kami Peter Butler sebenarnya tidak memberikan apa-apa sumbangan yang besar kepada pasukan Kelantan.

Jika dilihat dari sudut taktikal serta corak latihan beliau tahapnya adalah lebih kurang sama dengan jurulatih tempatan dan jika dibandingkan dengan Cikgu Jan rasanya Cikgu Jan lebih berwibawa.

Alasan yang diberikan oleh Butler sememangnya tidak boleh diterima kerana dari info yang diterima alasan yang diberikan adalah Isteri beliau sakit,alasan ini telah digunakan juga ketika beliau menulis surat kepada sebuah blog penyokong West Ham suatu masa dahulu.

Kelatefc pernah menyiarkan surat beliau sebelum ini.Sejauh mana kebenaranya hanya Tuhan yang mengetahui.

Jika wang yang menjadi pertimbangan Butler biarlah beliau pergi dan jika beliau mahu kembali ke skuad Kelantan,KAFA jangan pedulikan nasib beliau lagi.

Apapun Kami berharap Kelantan akan mendapat seorang penganti yang betul-betul dapat membawa Kelantan sekali lagi ke Final Piala Malaysia yang tidak pernah dikecapi.

Tiada ulasan: