*Menandatangani kontrak 6 bulan untuk bersama Kelantan
Info : Wikipedia
Memaparkan catatan dengan label pemain import '12. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemain import '12. Papar semua catatan
15 Jul 2012
19 Feb 2012
Kelantan mara ke pusingan kedua Piala FA 2012
Kelantan akhirnya mara ke pusingan kedua Piala FA apabila berjaya menumpaskan pasukan Sarawak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad.
Kemenangan tersebut bukanlah semudah yan disangka apabila Sarawak memberikan tentangan sengit sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil Yusof Karim.
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 32 dan Norfarhan pada minit ke 90 perlawanan.
Fakta menarik dan tak menarik tentanng perlawanan Kelantan dan Sarawak :
Kemenangan tersebut bukanlah semudah yan disangka apabila Sarawak memberikan tentangan sengit sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil Yusof Karim.
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 32 dan Norfarhan pada minit ke 90 perlawanan.
Fakta menarik dan tak menarik tentanng perlawanan Kelantan dan Sarawak :
- Pemain import terbaru Kelantan 'didera' oleh Peter Butler sehingga 'mengaku' kalah dan beberapa kali minta ditukarkan(GHADDAR masih Yang Terbaik).
15 Feb 2012
Peter Butler kecewa
Peter Butler tidak menafikan bahawa terdapat campur tangan pihak atasan dalam pemilihan pemain import Kelantan.
Selangor menewaskan Kelantan 2-1 dan seterusnya memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan pada musim ini.
"Saya kecewa kami tewas. Saya kecewa untuk pemain saya. Saya rasa pada 20 minit terakhir dan beberapa minit separuh masa pertama kami pasukan yang lebih baik.
"Kami mempunyai banyak peluang cuma kami tidak mengambil peluang sepenuhnya. Tahniah kepada pemain. Jaringan gol Selangor sedikit sebanyak telah mengubah permainan." kata Butler.
Selangor menewaskan Kelantan 2-1 dan seterusnya memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan pada musim ini.
"Saya kecewa kami tewas. Saya kecewa untuk pemain saya. Saya rasa pada 20 minit terakhir dan beberapa minit separuh masa pertama kami pasukan yang lebih baik.
"Kami mempunyai banyak peluang cuma kami tidak mengambil peluang sepenuhnya. Tahniah kepada pemain. Jaringan gol Selangor sedikit sebanyak telah mengubah permainan." kata Butler.
Fakta menarik dan tak menarik perlawanan Liga Super 2012 di antara Selangor dan Kelantan
- Kelantan terpaksa akur rekod tanpa kalah musim ini lebur ditangan selangor tetapi harus diingat satu rekod yang masih boleh dipertahankan oleh Kelantan iaitu rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.
- KAFA membuat kejutan dengan menurunkan import baru dari Nigeria,Nwona yang lebih mesra dipanggil Noha.Noha adalah rakan kepada Obinna,namun kemunculan beliau gagal memberikan impak yang besar kepada Kelantan(Ghaddar masih yang terbaik).
- Peter Butler sekali lagi menurunkan 'ayam emas' beliau walaupun persembahan pemain tersebut sering dipertikaikan penyokong(untuk rekod pemain tersebut tidak mendapat tempat dalam skuad jurulatih terdahulu iaitu B.Sathianathan dan Datuk M.Karathu).
- Penampilan pertama import Selangor Bosko Balaban membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol kedua Selangor.
- Penjaring gol tunggal Kelantan adalah dari pemain pertahanan,S.Subramaniam.
- Jumlah penyokong Kelantan yang hadir melebihi jumlah penyokong Selangor padahal perlawanan berlangsung ditempat lawan.
14 Feb 2012
Lapan import baru bakal beraksi dalam liga Malaysia
- Phillimon Chipeta - PKNS Selangor FC
- Eduara Sakhnevich - Pahang
- Boris Kochkin - Pahang
- Michael Chukwubunna Ijezie - Betaria FC
- Junior John Bamidele Emmanuel - Betaria FC
- Muriel Juan Orlando - Johor FA
- Fokim Fom Fondo - Johor MBJB
- Bosko
BalapanBalaban- Selangor
Khabar yang agak kurang baik buat pasukan Kelantan kerana Selangor dapat menurunkan penyerang 'sensasi' mereka seperti yang digembar gemburkan oleh Irfan Bakti.
Obinna Nwaneri mungkin akan ditugaskan untuk mengawal pergerakan pemain dari Croatia ini dari bermaharajalela malam ini.
Harapan penyokong agar pertahanan Kelantan dapat menahan segala asakan dari pemain-pemain Selangor.Cuma apa yang merisaukan Daudsu dikhabarkan tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan ketika menentang Terengganu tempohari.
7 Feb 2012
Obinna sertai Ghaddar,Antwi ke AFC
Obinna dan Ghaddar akan beraksi dalam kancah liga super manakala Antwi diletakkan dalam skuad Piala AFC.Keputusan terbaru dari KAFA setelah 'pening kepala' memikirkan siapakah pemain import yang akan bermain untuk liga super.
Keputusan yang dibuat oleh KAFA dilihat wajar kerana Kelantan memerlukan seorang pemain import berpangalaman seperti Obinna untuk menerajui benteng pertahanan kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas ketika menyertai skuad kebangsaan negaranya.Apa yang dibimbangkan adalah tahap kecergasan pemain tersebut yang dilihat kurang cergas serta sedikit 'berisi'.
5 Feb 2012
Keputusan Perlawanan Persahabatan : Kelantan vs Balesteir FC
Kelantan 0 - 2 Balesteir FC
Fakta menarik dan tak menarik tentang perlawanan ini :
- Pemain-pemain yang diturunkan tidak mengambarkan KELANTAN AFC seperti yang diwar-warkan.
- Pemain import baru hanya diturunkan pada penghujung separuh masa pertama dan separuh masa kedua.
- Sekali lagi ketua Jurulatih Kelantan,Peter Butler dilihat gagal membuat pemilihan pemain yang tepat dengan menyenaraikan skuad simpanan untuk menentang Balesteir FC seolah-olah memperkecilkan kebolehan kelab tersebut.
- Hampir 20 000 penyokong menbanjiri stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk melibat 'kelibat' pemain-pemain import baru yang diwar-warkan memiliki sentuhan ajaib.
- Presiden KAFA kecewa kerana pemain-pemain import baru tidak mahu beraksi dalam perlawanan persahabatan ini.
- Pemain import baru,Obinna bertindak sebagai 'kapten' apabila cuba memberikan arahan-arahan kepada pemain dan tindakan beliau kurang disenangi oleh pemain.
- Pertahanan Balesteir FC ternyata cukup kental untuk ditembusi malah taktikal dari Butler ternyata gagal menembusi benteng pertahanan mereka.
31 Jan 2012
Info Samad Okocha Awudu
Kelantan Ikat Bekas Pemain Nigeria
KOTA BHARU – Kedudukan dua awang import dalam skuad The Red Warriors tergugat apabila Kelantan mengikat bekas tonggak pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri, 29.
Pada masa yang sama, The Red Warriors akan menguji seorang lagi pemain import dari Ghana iaitu Samad Okocha Awudu akan beraksi di posisi serangan.
KAFA dikatakan akan membuat keputusan tentang kedudukan Mohammed Ghaddar dan Denny Antwi dalam masa terdekat tetapi banyak pihak melihat kemungkinan besar akan digugurkan.
![]() |
Obinna Nwaneri sah wakili Kelantan
Berita mengembirakan bagi penyokong-penyokong Kelantan apabila KAFA memutuskan telah menandatangani kontrak pemain import baru iaitu Obinna Nwaneri yang berasal dari Nigeria.
Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Nigeria yang pernah bermain bersama-sama dengan bintang Nigeria,Asamoah Gyan.Kemasukan beliau dalam pasukan Kelantan dilihat mampu merencanakan pasukan dari bahagian pertahanan yang dilihat sering melakukan hantaran liar kepada bahagian tengah dan serangan serta dapat memantapkan lagi barisan pertahanan.
Selamat datang Obin ke Kelantan...Kami penyokong-penyokong TRW mengalu-alukan kedatangan anda.
Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Nigeria yang pernah bermain bersama-sama dengan bintang Nigeria,Asamoah Gyan.Kemasukan beliau dalam pasukan Kelantan dilihat mampu merencanakan pasukan dari bahagian pertahanan yang dilihat sering melakukan hantaran liar kepada bahagian tengah dan serangan serta dapat memantapkan lagi barisan pertahanan.
Selamat datang Obin ke Kelantan...Kami penyokong-penyokong TRW mengalu-alukan kedatangan anda.
19 Jan 2012
Info tentang Obinna Nwaneri
Inikah bakal import baru TRW?
Nwaneri, Obinna
| National Team: Nigeria | |||||||||
Position: Defence | |||||||||
| Int. Games: 34 | Int. Goals: 1 | ||||||||
| D.O.B.: 1982-03-19 | |||||||||
Place of birth: Lagos ![]() | |||||||||
| Height: 1.83m | |||||||||
14 Jan 2012
8 Pasukan Liga M Layak Ambil Pemain Import Sehingga 13 Feb
PETALING JAYA, 13 Jan (Bernama) -- Lapan pasukan Liga Malaysia termasuk Terengganu, yang sebelum ini tidak dapat menggunakan pemain import untuk saingan liga musim ini akibat kegagalan untuk menepati beberapa peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kini boleh menarik nafas lega.
13 Jan 2012
TRW mengecewakan...
12 Jan 2012
Keberanian MB Terengganu dipuji
Hari ini jika kita baca didada-dada akhbar Menteri besar Terengganu,Dato Ahmad Said dengan suara lantang menyuarakan rasa tidak puashati beliau dalam isu pemain import pasukan Terengganu yang tidak dibenarkan bermain untuk Liga Super.
Keberanian beliau harus dipuji kerana merasakan tindakan dari FAM yang seolah-olah menutup peluang Terengganu untuk menggunakan pemain import yang mereka miliki.
8 Jan 2012
Dengarlah luahan kami...
Ekoran kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan Liga Super merebut Piala Sumbangsih semalam banyak komen-komen dari penyokong-penyokong TRW.
Kami penyokong-penyokong TRW bukanlah hendak bersikap kurang ajar apa lagi hendak memperkecilkan kebolehan pemain-pemain,jurulatih serta pengurusan KAFA tetapi kami mahukan perubahan drastik dari KAFA dengan membuat 'post mortem' kekalahan kepada Negeri Sembilan semalam.
Kami penyokong-penyokong TRW bukanlah hendak bersikap kurang ajar apa lagi hendak memperkecilkan kebolehan pemain-pemain,jurulatih serta pengurusan KAFA tetapi kami mahukan perubahan drastik dari KAFA dengan membuat 'post mortem' kekalahan kepada Negeri Sembilan semalam.
Red Warriors tumbang
Kelantan gagal pertahan Piala Sumbangsih...
Keputusan penuh :
Keputusan penuh :
Kelantan 1 - 2 Negeri Sembilan(Effa Owuna mnt 34 dan 64)
Keperitan yang teramat sangat apabila melihat skuad kesayangan tumbang ditangan pasukan yang rata-ratanya diwakili oleh pemain-pemain muda.
Walaupun mereka mentah dari segi usia semangat juang yang tinggi serta kelebihan taktikal ternyata memberikan kelebihan kepada mereka.Azraai ternyata adalah jurulatih terbaik ketika ini yang mempunyai banyak tipu muslihat berbanding jurulatih Kelantan Peter Butler.
1 Jan 2012
Perlawanan persahabatan Kelantan menentang Terengganu batal
Kelantan 0 - 0 Terengganu
Ribuan penyokong-penyokong Kelantan yang hadir pada perlawanan Kelantan menentang Terengganu semalam pulang hampa apabila perlawanan terpaksa dihentikan oleh pengadil ekoran hujan lebat.
Penyokong-penyokong Kelantan hanya sempat melihat aksi skuad kesayangan hanya 30 minit sebelum pengadil memhentikan perlawanan.Walaupun hampa keputusan kedua-dua pasukan tidak meneruskan perlawanan tersebut adalah tepat kerana bimbang pemain-pemain akan mengalami kecederaan serius.
23 Dis 2011
Liga Malaysia 2012 : Info pemain import
- 35 pemain import didaftarkan untuk liga M.
- Hanya 26 pemain import yang bakal beraksi dalam liga M 2012.
- 9 pemain import gagal beraksi dalam Liga M 2012
- Tujuh pemain yang gagal itu ialah Tito Fernando Da Silva Pinto (Johor FC), Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (FELDA United), Marquen Nuquen Goncalves (N Sembilan), Helmi Loussaief (PKNS FC), Richard Offiong (Johor) dan Sergey Ivanov (Pahang).
5 Dis 2011
Tarikh daftar muktamad
LUPAKAN saja hasrat untuk merayu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya melanjutkan tempoh pendaftaran pemain Liga Malaysia 2012 yang berakhir Khamis ini kerana badan induk bola sepak tanah air itu tidak boleh berbuat apa-apa selepas terikat dengan peraturan Fifa.
9 Nov 2011
Info Mohammed Ghaddar pemain import baru Kelantan musim 2012
Senarai nama skuad kebangsaan lebanon dan pemain import baru Kelantan Mohammed Ghaddar yang telah dikemaskini dalam wikipedia bersama pasukan baru Kelantan FA.
Rekod perpindahan pemain ini kurang menyakinkan kerana sering bertukar-tukar kelab namun harapan kita agar Ghaddar mampu bersinar di bumi Kelantan ini.
Beliau juga sering menjaringkan gol untuk skuad kebangsaannya dan pernah menjadi penjaring terbanyak liga perdana dinegaranya.Berdasarkan reputasi beliau memang agak berbaloi Kelantan memiliki pemain tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)












