Memaparkan catatan dengan label Obinna Nwaneri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Obinna Nwaneri. Papar semua catatan

7 Feb 2012

Obinna sertai Ghaddar,Antwi ke AFC

Obinna dan Ghaddar akan beraksi dalam kancah liga super manakala Antwi diletakkan dalam skuad Piala AFC.Keputusan terbaru dari KAFA setelah 'pening kepala' memikirkan siapakah pemain import yang akan bermain untuk liga super.

Keputusan yang dibuat oleh KAFA dilihat wajar kerana Kelantan memerlukan seorang pemain import berpangalaman seperti Obinna untuk menerajui benteng pertahanan kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas ketika menyertai skuad kebangsaan negaranya.Apa yang dibimbangkan adalah tahap kecergasan pemain tersebut yang dilihat kurang cergas serta sedikit 'berisi'.

5 Feb 2012

Keputusan Perlawanan Persahabatan : Kelantan vs Balesteir FC

Kelantan 0 - 2 Balesteir FC 

Fakta menarik dan tak menarik tentang perlawanan ini : 

  1. Pemain-pemain yang diturunkan tidak mengambarkan KELANTAN AFC seperti yang diwar-warkan.
  2. Pemain import baru hanya diturunkan pada penghujung separuh masa pertama dan separuh masa kedua.
  3. Sekali lagi ketua Jurulatih Kelantan,Peter Butler dilihat gagal membuat pemilihan pemain yang tepat dengan menyenaraikan skuad simpanan untuk menentang Balesteir FC seolah-olah memperkecilkan kebolehan kelab tersebut.
  4. Hampir 20 000 penyokong menbanjiri stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk melibat 'kelibat' pemain-pemain import baru yang diwar-warkan memiliki sentuhan ajaib.
  5. Presiden KAFA kecewa kerana pemain-pemain import baru tidak mahu beraksi dalam perlawanan persahabatan ini.
  6. Pemain import baru,Obinna bertindak sebagai 'kapten' apabila cuba memberikan arahan-arahan kepada pemain dan tindakan beliau kurang disenangi oleh pemain.
  7. Pertahanan Balesteir FC ternyata cukup kental untuk ditembusi malah taktikal dari Butler ternyata gagal menembusi benteng pertahanan mereka.

31 Jan 2012

Obinna Nwaneri sah wakili Kelantan

Berita mengembirakan bagi penyokong-penyokong Kelantan apabila KAFA memutuskan telah menandatangani kontrak pemain import baru iaitu Obinna Nwaneri yang berasal dari Nigeria.

Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan Nigeria yang pernah bermain bersama-sama dengan bintang Nigeria,Asamoah Gyan.Kemasukan beliau dalam pasukan Kelantan dilihat mampu merencanakan pasukan dari bahagian pertahanan yang dilihat sering melakukan hantaran liar kepada bahagian tengah dan serangan serta dapat memantapkan lagi barisan pertahanan.


Selamat datang Obin ke Kelantan...Kami penyokong-penyokong TRW mengalu-alukan kedatangan anda.

19 Jan 2012

Info tentang Obinna Nwaneri

Inikah bakal import baru TRW?

NigeriaNwaneri, Obinna

National Team: Nigeria


Position: Defence
Int. Games: 34 Int. Goals: 1

D.O.B.: 1982-03-19
Place of birth: Lagos Nigeria
Height: 1.83m