Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

14 Mei 2011

TRW di Padang PPD Pasir Mas

Menurut fb Tan Sri Annuar, pasukan TRW akan berada di Padang PPD Pasir Mas pada petag ini jam 4 petang.. Marilah kita ramai² pakat g memberi sokongan kepada TRW dan melihat dengan lebih dekat pasukan yang meratah Selangor pada malam td. 

Berikut petikan daripada fb Tan Sri Annuar..
"ESOK 14hb THE RED WARRIORS AKAN BERADA DI PADANG PPD PASIR MAS JAM 4PTG DI IRINGI AHLI BIG BIKERS..SETIAP PEMAIN AKAN MENENDANG BOLA YG SIAP DITANDATANGANI KE ARAH PARA HADHIRIN...TURUT BERSAMA IALAH YB DATO SRI NOH OMAR YG MERESMIKAN KARNIVAL KADA-TRW...SEBARKAN..."

Pakat² stand by la blako nok igak bola tu, mana tahu ado rezeki, boleh bola hok pemain tandotange..

5 Jan 2011

Majlis memperkenalkan pemain TRW 2011

Tempat : Ruang legar KB Mall
Hari : Jumaat
Tarikh : 7 Januari 2011
Masa : 3.30 Petang
Aktiviti : Memperkenalkan pemain-pemain baru,Jersi baru serta panaja-penaja TRW musim 2011

Tetamu kehormat : Pemilik Cardiff City dan Isteri

*Tertakluk kepada perubahan dari KAFA

30 Dis 2010

Kelantan cuti umum...

Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi cuti umum AHAD ini kepada negeri Kelantan atas kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF.Cuti ini adalah ganti kepada cuti yang diumumkan oleh perdana menteri sebelum ini.

Info:Radio Malaysia Kelantan

3 Nov 2009

Final Piala Malaysia, Nik Aziz umum Kelantan cuti

KOTA BHARU, 3 Nov: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian.

"Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, khususnya dari Kelantan,"ujarnya.

Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya.

"Walaupun kita belum pasti adakah kita akan menjadi juara pada malam itu, namun cuti tetap akan diberikan pada hari Ahad ini atas sebab-sebab sedemikian,"ujarnya.

Sambungnya, mudah-mudahan dengan cuti yang diberikan oleh kerajaan negeri, para penyokong khususnya yang sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil akan pulang dengan tenang dan selamat.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kerana telah berjaya melangkah gagah ke peringkat akhir.

Beliau juga berharap, dengan prestasi yang semakin meningkat itu skuad Kelantan diharap mampu menjuarai perlawanan peringkat akhir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui berkata, dianggarkan hampir 50,000 penyokong Kelantan akan memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Sebelum ini Tuan Guru telah mengikuti perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV berkesudahan pasukan merah putih itu menang dengan 2-0.

Perlawanan kedua separuh akhir antara Kelantan menentang Perlis itu juga sekali lagi skuad 'Red Warriors' berjaya menewaskan Perlis dengan 3-1.

Anggota-anggota exco kerajaan negeri termasuk Datuk Husam Musa dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

10 Ogo 2009

PENGUMUMAN : Influenza A (H1N1)

Pada 9 Ogos 2009 sejumlah 202 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 8 kes kematian dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yang terdiri daripada warga negara Malaysia.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 9 Ogos 2009 adalah sebanyak 1,780 kes dengan jumlah kematian 26 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 63 pesakit sedang dirawat di hospital dan seramai 13 lagi dirawat di ICU. Daripada 13 kes tersebut, yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), post -delivery (1) dan bayi (1).

Untuk makluman, 8 kematian yang dimaksudkan hanya satu(1) kematian yang berlaku pada 8 Ogos 2009, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada mendapat jangkitan H1N1 pada 7 Ogos 2009 dan dilaporkan pada 8 Ogos 2009 secara formal sebagai kes-kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan influenza A(H1N1). Kesemua 8 kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar 8 kes tersebut adalah seperti berikut 3 Ogos(1), 5 Ogos(2), 6 Ogos(4) dan 8 Ogos(1).

Merujuk kepada situasi global, sehingga 9 Ogos 2009, sejumlah 207,089 kes dengan 1,588 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 1175 kes dengan 20 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

Saya ingin meminta orang ramai supaya sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah-langkah berikut:

1. Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.’.

2. Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung ( mask ) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

3. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

4. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

5. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung kepada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.

6. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 9 Ogos 2009

13 Jul 2009

Terkini: Selasa (14 Jul '09) cuti seluruh negeri Kelantan - Tok Guru

ISNIN, 13 JULAI 2009, 9.00 PAGI

KOTA BHARU, 13 Julai - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok cuti di seluruh negeri Kelantan. Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,"ujarnya lagi.

Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim, Kota Bharu pagi ini.
Esok, 14 Julai merupakan hari pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Dun Manek Urai, yang kebetulannya jatuh pada hari Selasa iaitu hari bekerja.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa 14 Julai sebagai hari pengundian, manakala 6 Julai adalah hari penamaan calon.