Memaparkan catatan dengan label m.karathu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label m.karathu. Papar semua catatan

11 Okt 2012

Kata-kata semangat dari Datuk M.Karathu untuk pemain

Selangor vs Kelantan - second leg semi final is the "Battle of Strategy, Character, Attitude and Ability". TRW should be better organized than the first match. All the best to TRW.

DMK juga memberikan sokongan seratus peratus kepada TRW walaupun tidak lagi mengendalikan pasukan TRW.

Facebook DMK

18 Okt 2011

Terima Kasih...Terima Kasih...Terima Kasih Datuk Kar

Kami penyokong-penyokong setia The Red Warrriors ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Kar atas sumbangan yang telah diberikan sehingga membawa Kelantan menjulang dua Piala iaitu Piala Sumbangsih dan Juara Liga Super.

17 Okt 2011

Karathu Tidak Lagi Kemudi Kelantan Musim Depan

KOTA BAHARU, 17 Okt (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu mengesahkan beliau tidak akan membimbing pasukan The Red Warriors pada musim depan untuk memberi peluang kepada jurulatih lain mengemudi juara Piala Malaysia musim lalu itu.

15 Sep 2011

The Red Warriors tumbang...???

Keputusan Penuh P3 Piala Malaysia 2011 : 

Felda United 2 - 0 Kelantan

Kelantan terpaksa menerima hakikat bahawa Felda United lebih bernasib baik malam ini apabila dua gol 'mengejutkan' dari pasukan kelab tersebut menyaksikan Kelantan pulang hampa ke Kota Bharu.

12 Sep 2011

Kata-kata pedas dari Piya

Seperti yang dilaporkan kosmo:

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, kapten, Badri Radzi tetap kecewa dengan aksi yang dipamerkan barisan pemain Kelantan.

Tanpa berselindung, Badri mengakui mereka tidak mempamerkan tahap permainan sebenar kerana keletihan berikutan jadual latihan kecergasan yang terlalu padat.

26 Mei 2011

Cetusan rasa dari Sek Kito

Penonton sentiasa Hardcore...
Coach pasukan kito supo Pok kor....
Asyik duk angguk Palo apo yang Asst coach kato...
Nok harap ko taktikal..tok tahu gapo...
Player hok buleh main molek-molek ado...duk sipe wak sako...
Nok main tok leh mugo coach dan kuncu-kuncu nyo tok berapo suko...
Pah time team keno..Tan Sri dan penyokong hok menderita...
Nok wak guano mugo Pitih abih JUTO-JUTO...
Semata-mata nok tgk TRW berjaya sokmo...
Duit abih tok caro mano....katonyo penyokong dan Tan sri Annuar Musa...
Mujur la ado penyokong kito...
Stadium penuh sokmo...buleh wak backup kantung gaji player..
Main manopun pok kito tok caro...giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii SOKMO!!!
Ni 11 aribulan final pulok puok kito....
Tapi kalu duk main coach wak caro tulo....
tok napok jalanlah sek kito nok jadi juara....
AIR MATo LA TETU KESUDAHANYA....

PAROK NISE PADO GULO!!!

25 Mei 2011

'Kelantan lunas hasrat balas dendam'

MISI membalas dendam jelas terpancar pada wajah Datuk M Karathu dan anak didiknya apabila Kelantan turun menentang T-Team dalam perlawanan penting Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.

8 Mei 2011

Kelantan kian bisa

Karathu mahu anak didik Red Warriors lebih waspada

KETUA jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui anak buahnya terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mengutip mata penuh ketika menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke- IV, Kota Bharu, malam kelmarin. 

10 Apr 2011

M.Karathu Mahu Red Warriors Kekalkan Prestasi Cemerlang

KOTA BAHARU, 10 April (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kelantan Datuk M.Karathu mahu anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang semasa menentang Felda United Sabtu malam bagi meneruskan misi untuk menjuarai Liga Super musim ini.

Sambil melahirkan rasa puas hati dengan permainan yang ditunjukkan kesebelasan anak buahnya bagi menewaskan Felda 6-0 di gelanggang sendiri, beliau berkata jika mereka dapat berbuat demikian, misi Red Wariors untuk menjuarai liga super itu akan menjadi kenyataan.

24 Feb 2011

Kelantan perlu tonik

Kelantan bakal menghadapi Kedah dalam saingan Liga Super esok di Alor Star.Setelah bernasib baik hanya menang melalui sepakan penalti menentang T.Team,Kelantan sekali lagi diuji oleh satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Kelantan iaitu Kedah musim lalu dalam saingan liga.

Walaupun pasukan Kedah telah kalah sekali dalam saingan liga super iaitu kepada Sabah,Pemain-pemain Kelantan seharusnya tidak memandang mudah pertemuan ini.Kedah yang membariskan ramai pemain kebangsaan sudah pasti ingin memadam rekod Kelantan yang belum kalah selepas empat perlawanan liga.

2 Feb 2011

Percaturan Karathu tak menjadi

Entah dimana silapnya pencaturan jurulatih Datuk M.Karathu serba tidak menjadi semalam.Keputusan seri semalam memaksa Karathu memikirkan samaada percaturan beliau boleh membawa kejayaan kepada pasukan atau sebaliknya.

Penyokong-penyokong Kelantan seolah-olah dihidangkan dengan persembahan longlai dari pemain-pemain yang dilihat seakan-akan tidak bersemangat untuk bermain.Keadaan cukup berbeza ketika bertemu Selangor tempohari yang menyaksikan Kelantan benar-benar bernafsu untuk merobek gawang lawan.

Aksi longlai yang ditunjukkan oleh pemain tengah Kelantan Shakir yang dilihat tidak konsisten dan memaksa Karathu membuat pertukaran dengan memasukkan Khairan Eroza.Danial Fadly juga kurang berkesan semalam dan bermain sekadar tangkap muat sahaja(pinjam kata-kata penyokong Selangor yang mengatakan Kelantan mengambil jurulatih tangkap muat sahaja).

Manakala K.Soley dilihat hanya berlari-lari sahaja diatas padang,beliau seolah-olah buntu untuk bermain dengan corak yang diterapkan oleh Karathu.Karathu hanya meletakkan NorShahrul dihadapan sedangkan beliau sudah dirantai oleh Marzuki Yusof yang cukup agresif mengawalnya.

Perlawanan semalam juga menyaksikan bahagian tengah Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh pemain Terengganu dan mereka cepat menyelinap masuk ke kawasan Kelantan.Ternyata pemain-pemain Kelantan gagal menyaingi kepantasan pemain-pemain Terengganu.

Mujurlah gol dari Badri Radzi pada minit ke-34 perlawanan merubah corak Kelantan yang dilihat lebih agresif menyerang,itupun kerana pemain Terengganu sudah hilang fokus kerana gol tersebut.Gol tersebut hasil lambungan penyerang licik Kelantan Nurul Azwan Roya yang melambung tinggi melepasi jankauan penjaga gol Terengganu Sarbinee Alawi dan disudahi oleh Piya yang tidak dikawal.

Separuh masa kedua menyaksikan Terennganu kembali memperkemaskan rentak permainan dan pada minit ke-58 Khairul Fahmi berjaya menagkap kemas percubaan pemain Terengganu.Gol penyamaan Terennganu akhirnya muncul juga apabila ketua pasukan mereka,Marzuki Yusof menanduk masuk kepenjuru kanan gol Kelantan menewaskan Khairul Fahmi hasil sepakan sudut Joseph Kalang.

Khairul Fahmi sekali lagi menyelamatkan gawang Kelantan pada minit ke-75 apabila berdepan satu lawan satu dengan pemain Terengganu yang sudah menewaskan pertahanan Kelantan merebahkan badan,mujurlah bola terkena sedikit kakinya dan berjaya dikeluarkan pertahanan.

Perlawanan semalam juga menyaksikan pertahanan Kelantan beraksi cemerlang dan banyak menyelematkan gawang Kelantan dari dibolosi pemain Terengganu yang ditunjanggi Joseph Kalang dan Ashaari.

KAFA perlu mencari punca sebenar mengapa pemain-pemain beraksi hambar serta gagal menyaingi pemain-pemain Terengganu semalam...Persoalanya adakah M.Karathu mampu mencorak pasukan Kelantan dan bersaing dengan pasukan lain dalam kempen liga super tahun ini.Cakap-cakap sudah kedengaran bahawa pemain-pemain kurang  menyenangi taktikal lapuk dari jurulatih baru itu...

Credit : Daudsu,Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri dan Khairul Fahmi

27 Jan 2011

Karathu ganti Sathianathan


TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal menggantikan B. Sathianathan selaku ketua jurulatih The Red Warriors akhirnya terjawab.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Datuk M. Karathu dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru berkuatkuasa semalam.

Annuar memberitahu perkara itu dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen swasta di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, Karathu yang merupakan bekas jurulatih skuad Seladang musim 2008-2009 akan mula melatih Kelantan hari ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.Tugas pertama Karathu musim ini ialah bertemu Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) menyambut baik perlantikan tersebut.

Presidennya, Marhasim Mat berkata, pihaknya menaruh kepercayaan dan yakin dengan kemampuan yang ada pada jurulatih berkenaan.

"Lagipun beliau pernah membimbing Kelantan pada tahun 1994 dan membantu pasukan kita mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada tahun tersebut.

"Saya berharap beliau dapat meneruskan legasi kejayaan yang telah dibentuk oleh bekas jurulatih Sathianathan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambahnya, kelab tersebut meminta penyokong setia The Red Warriors menerima pelantikan tersebut dan percaya bahawa pihak pengurusan telah membuat pilihan yang terbaik untuk pasukan.

Selasa lalu, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda RM20,000 kerana bersalah mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

Dia didapati bersalah kerana memberi kenyataan kepada media berhubung pemilihan stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super musim lalu. 

Sathianathan memulakan tugas sebagai Ketua Jurulatih Kelantan pada 23 September 2009 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada bekas pengendali West Ham United dan Persija Balik Papan, Peter James Butler.

Bersama Kelantan, dia membantu Kelantan melakar sejarah dengan memenangi Piala Malaysia buat kali pertama sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun.

Oleh Yatimin
Kosmo

Patah tumbuh hilang berganti

Selepas Kem Kelantan dan penyokong-penyokong setianya digegarkan ekoran keputusan FAM mengantung tidak bertali ketua jurulatih B.Sathianathan,Kelantan hari ini akan menerima jurulatih baru iaitu Dato M.Karathu.

Difahamkan Karathu akan tiba di Kota Bharu jam lapan pagi hari ini dan dijemput oleh Sathia sendiri di lapangan terbang.Karathu bukanlah asing bagi skuad Kelantan kerana pernah melatih Kelantan pada tahun 1993dan kini sekali lagi bersama Kelantan bagi memperkuatkan pasukan bagi saingan liga Malaysia yang bakal bermula sabtu ini.

Walaupun Kelantan mendapat jurulatih baru, khidmat Sathia masih diperlukan kerana Sathia telah membentuk pasukan ini dari mula lagi dan masa terlalu suntuk bagi Karathu untuk mengubah corak permainan yang telah diterapkan oleh Sathia.Kelantan dijangka akan ke Shah Alam jumaat ini dan M.Karathu hanya mempunyai satu hari sahaja untuk 'mengenali' pemain-pemain.

Penyokong-penyokong Kelantan begitu mengharapkan keajaiban dari jurulatih berpengalaman ini bagi membentuk pasukan yang benar-benar mantap serta dapat memberikan saingan dalam kancah liga super tahun ini.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan tindakan FAM yang mengantung B.Sathianathan seolah-olah ingin membalas dendam terhadap Sathia dan ingin menguburkan karier beliau.Terima kasih tak terhingga kepada pihak KAFA terutamnnya TSAM kerana telah memberikan jawatan baru kepada Sathia kerana mengenang jasa beliau kepada pasukan Kelantan.
'JasaMu Tetap Ku Kenang Abe Ya'....