Memaparkan catatan dengan label Badri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Badri. Papar semua catatan

15 Feb 2015

Keputusan Liga Super 2015 Kelantan vs Lions xii

keputusan penuh :

Kelantan 2-0 Lions xii

Lapore dari Koto Baru, separuh maso, Kelate DUO, Singapo KOSONG. Gol mulo-mulo impok Osterolia hok bubuh, dio iding woh kona, nyo mari nyambar kuk alik belake, laju supo peluru nyo iding ko dio, lekat pukat, jadi so kosong.

Pahtu, woh Piya pulok, supo skalolah kapten marvel kito, buoh frikik alik kane keepor Lions, nyo kilah ko Piya bui ko bucu kiri keepor Lions, takdok gapo lah dey jjadi gak, nyo kelih sajo keeper Lions, po takdok tange, senyak ketik dok gerok sikik habuk. Nok gerok gano mugo bola world class buke bare cap aye woh frikik Piya ni abe weh.

Sementara itu, Gemuloh Tok Guru sentiasa dalam ingatan, walaupun penyokong bola kelate satu maso dulu berat jugok perangang, Tok Guru tak rajin lare sek kito mari stadium, siap bui cuti lagi kalu bulih gi Bukit Jalil, hok petim kato gemuloh, jange tinggal semaye! Tok Guru Nik Aziz, teladan sepanjang zaman!

Sekian laporan dari Poksu Mat Kocak Gertak Kecupu, line slow kat stadium, update jare-jare, beraaa tidok sekali!

p.s. sekadar hiburan tetapi ulasan yang benar lagi telus...copy paste

12 Apr 2014

1 Dis 2013

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus- Astro Arena-FAM 2013


  1. Mohd. Badhri Radzi(Kelantan) - Pemain Paling Bernilai
  2. Khairul Fahmi Che Mat(Kelantan) - Penjaga Gol Terbaik  
  3. Mohd. Norfarhan Muhammad(Kelantan) - Penyerang Terbaik. 
  4. Baihakki Khaizan(Lions XII)- Pertahanan Terbaik, 
  5. Junior Eldstal(Sarawak) - Pemain Harapan.
  6. Marlon Alex James(ATM) - Pemain Import Terbaik
  7. Dollah Salleh(Pahang) - Jurulatih Terbaik.
  8. Kelantan - Kelab Penyokong Terbaik
  9. Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) - Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik
  10. PDRM - Fair Play, 
  11. Sime Darby - Kelab Bola Sepak Terbaik.
  12. Nago Amir Nor Mohamed - Anugerah Pengadil Terbaik dan 
  13. Mohd. Sabri Mat Daud - Pembantu Pengadil Terbaik.








14 Mac 2013

Keputusan AFC Cup 2013 : Ayeyawdy vs Kelantan

Ayeyawady 1 - 3 Kelantan

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi dan pemain import kesayangan,Dimitri Petratos meledak dua gol untuk membantu Kelantan melunaskan dendam kekalahan 3-1 ditangan Ayeyawady musim lalu.Gol saguhati Ayeyawady dijaringkan oleh pemain import dari Yugoslavia Dominik Beršnjak.

Keputusan lain melibatkan pasukan dari Malaysia  : 

Selangor 3 - 3 Tampines Rover

6 Mac 2013

Piala AFC 2013 : Ekperimen Bojan gagal lagi?

Keputusan penuh : Kelantan 1 - 1 Maziya Sport

Kelantan gagal menggunakan kesempatan bermain digelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Piala AFC.

Percaturan ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak yang tidak menyenaraikan kapten Badri Radzi serta pemain berpengalaman lain hampir memakan diri apabila Maziya terlebih dahulu menjaringkan gol di separuh masa kedua.

Bojan yang menyedari kesilapan beliau terus membuat pertukaran dengan mengeluarkan Zairol dan memasukkan Badri dan Indra yang menyaksikan kebangkitan Kelantan yang berjaya menjaringkan gol menerusi Badri.

Alangkah ruginya pada malam ini Kelantan gagal mengutip tiga mata penuh kerana lawan kita selepas ini adalah pasukan kuat dari liga Myanmar dan Vietnam.

Andai Kelantan ingin melangkah jauh Bojan tidak perlu lagi memasukkan 'skuad eksperimen' tetapi sebaliknya memasukkan 'skuad impian' bagi mengarungi perlawanan seterusnya.

Harimau Malaya tagih bisa Piya

SELEPAS sekian lama diselubungi kontroversi, kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi akhirnya dipanggil memperkuat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di Stadium Shah Alam pada 23 Mac ini.

Badhri yang mesra dengan panggilan Piya, bakal menyertai 27 pelatih Harimau Malaya yang akan berkumpul di latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 11 Mac ini.

Sebelum berdepan Yemen, Harimau Malaya bakal diuji Arab Saudi dalam satu aksi persahabatan (17 Mac) selain turut dijadualkan berdepan Palestin dalam satu perlawanan amal di Kuantan, Pahang pada 26 Mac.

Sebelum ini, nama Piya sering menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong tempatan kerana tidak berada dalam perancangan Rajagobal mengharungi beberapa perlawanan utama biarpun beraksi cemerlang bersama The Red Warriors.

20 Nov 2012

Badri tersenarai sebagai pemain pilihan Goal.com untuk bulan Oktober


Ulasan tentang Piya - Kapten Kelantan ini telah memberikan treble bagi klubnya di musim 2011/12, yakni menjuarai Malaysia Super League, Piala Liga Malaysia dan Piala Malaysia. Gelandang bertahan yang tak pernah lelah, dan mempunyai akurasi umpan yang bagus. Kemampuan ini ditunjukkan ketika mengkreasi terjadinya tiga gol untuk mengalahkan ATM 3-2 di final Piala Malaysia. Dia mengendalikan lini tengah dengan permainannya. Satu-satunya yang hilang dari pemain berusia 30 tahun ini adalah tampil bersama tim nasional.

Terima Kasih kepada rakan-rakan laungan yang memberikan info ini.

Untuk versi penuh klik Goal.com

19 Sep 2011

Malam Piya...

Keputusan Penuh : 
Kelantan 4 - 0 Sarawak

Jaringan Badri(2 gol),Norshahrul dan Danial Fadli

Piya muncul wira Kelantan semalam apabila gol serta gerakan-gerakan beliau berjaya memastikan Kelantan mengutip tiga mata berharga sekaligus menjamin tempat ke suku akhir.

12 Sep 2011

Kata-kata pedas dari Piya

Seperti yang dilaporkan kosmo:

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, kapten, Badri Radzi tetap kecewa dengan aksi yang dipamerkan barisan pemain Kelantan.

Tanpa berselindung, Badri mengakui mereka tidak mempamerkan tahap permainan sebenar kerana keletihan berikutan jadual latihan kecergasan yang terlalu padat.

24 Mei 2011

‘Saya sudah lihat sinaran baru’

Piya yakin Red Warriors calon paling layak julang Piala FA musim ini

KAPTEN skuad Kelantan, Mohd Badhri Rahdzi sudah melihat satu sinaran baru betapa pasukannya kini berada dalam landasan terbaik untuk mengungguli lebih daripada satu trofi, musim ini.

2 Mei 2011

Piya dah kembali?

Aksi Piya setelah menjaringkan gol untuk Kelantan musim lepas
Bagi mereka yang menyaksikan perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur baru-baru ini pasti merasa sudah ada perubahan dari kapten pasukan,Badri Radzi yang dikecam hebat sebelum ini gara-gara persembahan buruk beliau.

1 Nov 2010

Dendam Piya berbalas




"DENDAM saya akhirnya berbalas."
Demikian ujar playmaker Kelantan, Badri Radzi (gambar) atau lebih dikenali sebagai Piya apabila dia tampil antara watak penting dalam skuad The Red Warriors yang mengukir sejarah menjulang Piala Malaysia buat pertama kali dalam tempoh 89 tahun pertandingan.

Musim lalu, dia terpaksa berada di bangku penonton dengan dendam yang tersarang menyaksikan bagaimana pasukannya mudah dijinakkan Negeri Sembilan 1-3 kerana terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan yang dialaminya.

Menurut Piya, dia agak gugup apabila berpeluang beraksi pada final Piala Malaysia buat kali pertama yang turut menjejaskan gaya permainannya pada separuh masa pertama.

"Pada babak pertama saya akui kami tidak beraksi dengan baik, segala-galanya serba tidak menjadi dan yang jelas kami sedikit gugup ditambah pula dengan gol awal yang diperoleh Negeri Sembilan.

"Ketika waktu rehat, jurulatih kata kami tak pernah kalah bila beraksi di luar, ini adalah peluang kami untuk membawa pulang piala untuk peminat dan Tan Sri (Annuar Musa), jadi kena main all out (habis-habisan)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Piya, selepas mendapat kata-kata semangat itu, dia dan rakan-rakan sepasukannya tampil agresif untuk mempamerkan aksi berbeza pada babak kedua dengan menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Jelasnya, ketiadaan pemain pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sebelum itu dilihat sukar untuk ditembusi, sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Kelantan.

"Memang betul, ketiadaan Aidil memudahkan lagi kerja kami. Sebelum itu kamisusah untuk membawa bola masuk ke dalam kawasan kotak penalti. 

"Selepas dia dikeluarkan, barulah kami mampu bergerak dengan baik di bahagian hadapan.

"Selepas menerima bola hantaran Norfarhan Mohamad, saya tahu ini adalah peluang terbaik dan saya kena sempurnakannya. 

"Saya terus lari membawa bola ke depan dan pada masa itu saya yakin untuk melakukan jaringan. Tanpa teragak-agak, saya melakukan rembatan yang terus menerjah ke gawang lawan. Saya puas kerana dendam sekian lama akhirnya terlerai," ujar Piya.

Kosmo