Friday, November 06, 2009

Banjir kilat landa Kelantan-Penyokong Red Warriors resah

Di laporkan sehingga tengahari tadi hujan masih tidak berhenti-henti hampir di kesemua daerah di Kelantan.

Keadaan ini telah menyebabkan jalan Sungai Durian di Kuala Krai telah di telenggami oleh air dan dilaporkan juga telah ditutup kepada kenderaan ringan seperti motorsikal serta kereta.

Ini amat meresahkan penyokong-penyokong Red Warriors yang kebanyakkan akan mula bertolak ke Bukit Jalil menjelang tengah malam nanti samaada berkereta mahupun bas.

Diharap air dapat surut dan mereka yang terkandas dapat meneruskan perjalanan.

Jika keadaan berterusan penyokong-penyokong Kelantan perlu menggunakan laluan alternatf jerangau-jabor atau jeli-grik walaupun jauh dan memenatkan demi pasukan tersayang kita perlu gagahi juga.

Sumber:RMK

Thursday, November 05, 2009

Pesanan buat ulat-ulat tiket

Kepada ulat-ulat tiket untuk perlawanan final Piala Malaysia Kelantan menentang Negeri Sembilan :-

1. Anda sebenarnya merampas hak peminat-peminat bolasepak Kelantan

2. Keuntungan yang anda perolehi bukanlah rezeki yang halal dan rezeki tersebut jika 'diagihkan-agihkan' atau bahasa sedapnya diberi makan kepada keluarga adalah rezeki haram!!!

3. Anda telah membunuh pasukan Kelantan yang sememangnya mahukan sokongan padu dari penyokong-penyokong.

4. Anda memang yang orang yang tiada semangat kenegerian atau Kelantanese kerana sanggup menjual tiket dengan harga yang tinggi kepada 'orang-orang' kita belaka.

5. Anda tidak akan 'aman' dengan laba yang diperolehi,Tuhan akan membalas pengkhianatan anda di masa-masa akan datang dan penyesalan anda sudah tidak berguna lagi.

6. Kesianlah kepada penyokong-penyokong bolasepak Kelantan jadi jual lah tiket secara adil dan sama-sama kita memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita.

*kami di kelatefc difahamkan ramai yang 'bertawakkal' ke Bukit Jalil dengan hanya tangan kosong tanpa tiket dan mengharapkan masih ada tiket yangakan dijual itupun jika tidak di makan oleh ulat-ulat tiket haloba!!!

'Lautan merah' banjiri Bukit Jalil

Oleh Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com.my


ANNUAR (tengah) bersama pemain pasukan Kelantan dan skuad pelapis pasukan melaungkan 'Kelantan Boleh' selepas menyampaikan sumbangan 1,000 tiket kepada pemain remaja sekolah di Kelantan serta bekas pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 1970, semalam.

Lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir beri sokongan padu

'LAUTAN merah' bakal membanjiri Stadium Nasional, Sabtu ini, apabila lebih 56,000 penyokong Kelantan dijangka hadir buat menyokong pasukan itu dalam misi menamatkan penantian bergelar juara Piala Malaysia.

Angka itu, menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, dijangka bertambah jika mengambil kira kehadiran penyokong The Red Warriors di Lembah Klang.

"Kafa meminta tambahan 15,000 tiket daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) selepas 40,000 tiket yang diperuntukkan, sudah habis dijual dalam tempoh dua hari.

"Berdasarkan jualan setakat ini, dan tambahan baru itu, kira-kira 56,000 tiket sudah dalam tangan penyokong Kelantan, belum termasuk mereka yang membelinya secara terus di Stadium Nasional nanti.

"Saya harap penyokong hadir memberi sokongan dengan semangat kesukanan tinggi. Jangan jadikan jumlah besar ini mengganggu perlawanan yang dijangka sengit.

"Kita perlu tunjukkan semangat tinggi supaya tidak cacatkan malam bersejarah rakyat Kelantan," katanya selepas menyampaikan sumbangan 1,000 tiket kepada pemain remaja sekolah di Kelantan serta bekas pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia 1970 - kali terakhir negeri itu mara ke aksi kemuncak.

Annuar turut mengumumkan bahawa Kafa bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan tiket untuk 1,000 penyokong yang mahu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu.

"Saya juga nasihatkan pengusaha-pengusaha bas supaya tidak mengenakan caj keterlaluan untuk penyokong yang mahu ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu keceriaan penyokong terjejas," katanya.

Gelagat penyokong Kelantan ala 'INDRA'


PENYOKONG Kelantan dari Kelab Bola Sepak Wakaf Che Yeh, Shafawi Che Soh, 22 (duduk), Mohd Othman Yaacob, 36 (depan, tengah) dan Mohd Zulkifli Yaacob, 24 (kanan) menunaikan nazar mereka dengan membotakkan kepala 'ala Indra' setelah pasukan mereka layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil. - Foto Zaman Huri Isa

Wednesday, November 04, 2009

Jangan kita tinggalkan solat


Pesanan kepada diri sendiri dan para penyokong Kelantan, jangan tinggalkan solat walau di mana anda berada.

Sembahyang jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan 'jamak ta'khir' dan adakalanya dinamakan 'jamak taqdim'

"Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur.

"Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan.

Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.

Syarat Jamak Taqdim:

1. Meniatkan jamak di dalam solat..
2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.
3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.

Sembahyang qasar pula ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.

Syarat jamak ta'khir:

1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.
2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.

Lafaz niat solat jama' taqdim, cth: Zohor dengan Asar

" Usolli fardha al-Zuhri arba'a raka'atin majmu'an ilaihi al-'Asru lillah taala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat jama' dengan Asar kerana Allah Ta'ala)

" Usolli fardha al-'Asr arba'a raka'atin majmu'an lillahi ta'ala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Asar empat rakaat jamak kerana Allah Ta'ala)

Bagi jama' ta'khir, cth: Asar dengan Zohor, lafaznya sama seperti di atas cuma berbeza pada sebutan solat (didahulukan solat Asar daripada solat Zohor.

Lafaz niat Qasar dan Jama' Taqdim / ta'khir serentak:cth: Zohor dengan Asar:

"Usolli fardha al-Zuhri qasran majmu'an ilaihi al-'Asru lillahi ta'ala"
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor qasar, jamak dengan Asar kerana Allah Ta'ala
dipetik dari http://ustazazhar.com/v1/ibadah/cara-solat-jamak-qasar.html

Tuesday, November 03, 2009

Ayuh meriahkan Bukit Jalil-Perang Poster Gergasi bermula


Kempen seorang satu bendera-ayuh kibarkan di Bukit Jalil


Penyokong-penyokong setia The Red Warriors sudah tentu teruja untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu Negeri Sembilan sabtu ini.

Namun kita tidak harus lupa persiapan-persiapan serta kelengkapan yang perlu dibawa bagi melahirkan rasa gerun di pihak lawan.

Jika final sebelum ini kita 'kalah' dengan poster-poster gergasi dari penyokong-penyokong Selangor.Mereka dilihat seolah-olah berlumba-lumba untuk mempamerkan poster-poster mereka tidak kira dari ceruk mana atau daerah mana sekalipun.

Penyokong-penyokong Red Warriors juga perlu berbuat demikian,kita bina sama-sama poster gergasi masing-masing contohnya mewakil daerah serta kelab bolasepak yang diwakili atau kampung-kampung.

Penyokong-penyokong juga di sarankan membawa seberapa banyak bendera Kelantan ataupun persatuan kerana semangat pemain-pemain pasti akan melonjak melihat kibaran bendera negeri atau persatuan.Kalau boleh setiap orang satu bendera negeri atau persatuan.

Penyokong-penyokong juga perlu menyeragamkan sorakan seperti yang dilakukan di Kota Bharu seperti mengikuti paluan gendang atau rebana ubi.

Baju yang dipakai semestinya melambangkan negeri Kelantan iaitu Merah walaupun kita tahu penyokong Negeri Sembilan akan memakai warna merah juga.

Penyokong disarankan membeli jersi pasukan supaya menampakkan bahawa penyokong-penyokong Kelantan setara dengan penyokong luar negara yang semestinya akan mempunyai koleksi jersi dan akan memakai setiap kali pasukan kesayangan mereka beraksi.

*apa yang paling penting keazaman kita untuk melihat kejayaan pasukan menjulang Piala Malaysia untuk dihadiahkan kepada rakyat Kelantan.

Corat coret sebelum ke Bukit Jalil





Jerry Benitez berusaha menyiapkan banner "GOMO KELATE GOMO !!" sepanjang 5 meter.
Cayalah !!