Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan

1 Ogo 2015

Keputusan Liga Super 2015 : Kelantan vs Perak

Keputusan penuh :

Kelantan 1-0 Perak

Gol dijaringkan oleh Wan Zack Haikal pada minit ke 71 tetapi selepas itu Kelantan terpaksa bermain 10 pemain di babak-babak akhir perlawanan apabila Norfarhan  dilayangkan kad merah.

8 Jul 2012

Ghaddar provokasi Shahrul Nizam?

Benarkah penyerang import kontroversi Kelantan Mohamed Ghaddar melakukan provokasi terhadap kapten pasukan Perak Shahrul Nizam dalam pertemuan Liga Super semalam.

Shahrul Nizam dalam facebooknya mengatakan Ghaddar melakukan provokasi melampaui yang menyinggung perasaannya dengan melemparkan kata-kata kesat kepada ibunya.

Kelantan Juara Liga Super 2012...Hatrik dari Indra

Keputusan Penuh : 

Kelantan 6 - 0 Perak
 
Kelantan akhirnya menamatkan teka-teki penyokong setia mereka apabila merealisasikan impian untuk bergelar juara Liga Super 2012 dengan kemenangan bergaya 6-0 mengatasi Perak di gelanggang keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Indra Putra Mahyuddin menutup mulut pengkritik malam ini apabila meledak hatrik manakala tiga gol lagi dijaringkan oleh Ghaddar,Nurul dan Badri Radzi.

27 Feb 2011

Kelantan kekal terajui liga..Perak saingan utama

Kelantan masih kekal sebagai pendahului liga super selepas lima perlawanan yang menyaksikan Kelantan dihambat rapat oleh pesaing utama musim ini iaitu Perak yang dibimbing oleh Cikgu Jan.

Perlawanan keenam liga nanti bakal menyaksikan samaada Kelantan masih mampu mengekalkan kedudukan sebagai Raja Liga Super apabila melayan kunjungan musuh tradisi,Negeri Sembilan.Negeri Sembilan turun dengan reputasi gah selepas berjaya menundukan Sabah 1-0 dan berada di tangga ketiga liga mampu untuk merampas takhta liga andai Kelantan dan Perak Kalah buat kali pertama selasa ini.