5 Apr 2012
Luahan penyokong Malaysia
8 Jan 2012
Komen-komen dari rakan Facebook TSAM selepas kekalahan dengan N.Sembilan
Saperti yg sy janglakan PERMAINAN YG SENGIT DAN IMPOT NS JADI PEMUSNAH..kelantan bermain baik NAMUN TACTICALLY LEMAH..players tidak MARK pemain lawan dgn berkesan Dan SLOW in pressing opponent..IMPORT KITA NOT GOOD ENOUGH TP DGN KEWANGAN KITA ITU SAJA YG KITA MAMPU..Pemain,coach Dan saya AKAN AMBIK FULL RESPONSIBILITY..WE LOST THE BATTLE...BUT THE WAR JUST BEGIN!!!
Mohd Hafizuddin tu la TS bual besar sgt, last2 kita kena gomo kat orghe. peter butler pun satu wat masuk budak piala presiden tu wat apa. nak try formasi apa lagi. ni bukan nya perlawane persahabate. ni dah lawe betul pun tak tahu nak susun pemain lagi. TS kena buat sesuatu lepas ni. Male ni main kucar lanar habis. tak tahu kot mana. kalu kapal gok hok tadak kemudi.16 Jun 2011
Luahan penyokong The Red Warriors
3 Mac 2011
Isu tiket..Penyokong TRW minta penjelasan KAFA
Walaupun Kelantan telah memahatkan memori indah pada malam tersebut kerana berjaya membelasah musuh utama Negeri Sembilan namun isu ini sedikit sebanyak telah merencatkan keriangan penyokong-penyokong.
Pihak pengurusan KAFAterutamanya presiden Tan Sri Annuar Musa perlu memberi penjelasan tentang isu ini kerana ada segelintir penyokong mendakwa tiket pada malamtersebutdijual melebihi tempat duduk yang disediakan.
1 Dis 2010
Kesetiaan pemain dihargai
1 Nov 2010
Takziah kepada penyokong Kelantan
Kami penyokong-penyokong The Red Warriors mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Kem Desa Pahlawan Kok Lanas kelmarin.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...Al-Fatihah
28 Okt 2010
Cuti atau tidak?
Kami penyokong Kelantan memohon jasa baik Tok Guru MB agar dapat meluluskan cuti pada hari ahad ini.Jasa baik Tok Guru amat kami hargai..
Takbir!!!
14 Okt 2010
Siapa salah?FAS atau KAFA
FAS, KAFA berdepan tindakan

Keganasan bola sepak kian kritikal
Oleh Harris Rajahdin
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/14
DALAM keghairahan Piala Malaysia memasuki peringkat suku akhir, elemen keganasan bola sepak di dalam dan luar padang, memasuki tahap kritikal seperti yang dapat disaksikan pada pertemuan Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, kelmarin
Keadaan tidak dibantu dengan insiden buang padang penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dan pertahanan Selangor, P Gunalan pada penghujung babak pertama kerana ia tambah menyemarakkan rasa meluap-luap penyokong kedua-dua pasukan.
Sejurus tamat perlawanan, penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan belang dengan mencetuskan pergaduhan di sana sini dengan mangsanya adalah peminat yang datang untuk menonton bola sepak sebenar.
Itu belum dikira lagi insiden pergaduhan besar lain yang dikatakan membabitkan kumpulan besar di perkarangan stadium tetapi usaha keras FRU seharusnya dipuji kerana berjaya menenangkan keadaan yang akhirnya kembali tenang menjelang detik tengah malam.
Sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman lebih keras kepada pasukan yang gagal mengawal penyokong sendiri dengan mengarahkan mereka bermain di stadium tertutup atau mengenakan tempoh penggantungan lebih panjang supaya keadaan tidak bertambah parah .
13 Okt 2010
Kekecohan di Stadium Shah Alam
Lebih parah lagi ada yang jahat, mereka buang air kecil dalam botol air minuman kemudian baling kepada penyokong lawan. Saya tidak perlu cakap penyokong pasukan mana baling kepada pasukan mana kerana bimbang berlaku balas dendam di masa akan datang.
Apa yang berlaku di Stadium Shah Alam malam tadi, tidak boleh nak dikatakan siapa yang bersalah. Penyokong kedua-dua pasukan semuanya bersalah. Penyokong Selangor pun boleh tahan, manakala penyokong Kelantan pula panas baran.
Ejek mengejek atau provok memprovok adalah perkara biasa dalam kita menonton bolasepak. Jika semua orang boleh terima ejekan ianya tidak menjadi masalah. Tetapi oleh kerana ada orang-orang yang memang tak boleh tahan dengan perkara itu mulalah tercetus masalah. Apabila satu atau dua orang mula, maka ianya mulalah merebak.
Dalam kejadian malam tadi saya lebih salahkan kepada penganjur perlawanan. Mereka semua bukan tak tahu setiap kali perlawanan antara Kelantan dan Selangor ianya mesti akan menjadi masalah. Mereka tidak mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi di masa lepas.
Penyokong antara kedua pasukan dipisahkan dengan dua blok kerusi kosong di bahagian penyokong Selangor. Manakala penyokong Kelantan rapat ke pagar sebelah kanan. Jarak lebih kurang 20-30 meter. Lebih lucu lagi garis pemisah hanya diletakkan tali lilitan. Apabila berlaku ejek mengejek maka penyokong Selangor mulalah menghampiri penyokong Kelantan. Kemudian meletuslah perang. Habis segala benda terbang, termasuklah air kencing.
Sepatutnya penganjur mengosongkan terus di ruangan pagar tengah dimana terletaknya 'score board'. Apabila kawasan itu dikosongkan maka jarak pemisah antara penyokong lebih kurang 70-80 meter. Apabila jarak jauh , maka ketegangan pun akan berkurangan.
Selesai sahaja perlawanan dalam stadium, langkah sahaja keluar maka mulalah mereka berperang di luar. Sungguh cepat perkara itu berlaku, tiba-tiba datang satu kereta peronda polis dengan siren dan tangkap seorang pencetus masalah yang telah diperhatikan oleh seorang polis yang berpakaian preman.
Kemudian mereka pakat kejar kereta polis pula, pecah cermin kereta polis dikerjakannya. Lebih malang lagi ada yang baling mercun ke kereta polis. Selesai disitu mereka kejar pula anggota polis yang berpakaian preman.
Tidak habis disitu, dibahagian depan bertempur pula. Kali ini penyokong Kelantan di luar pagar dan penyokong Selangor di dalam pagar. Kebetulan pula mana datang buluh sesat dua tiga batang dan ianya dijadikan senjata. Bukan setakat buluh, anak-anak batu pun jadi senjata. Habis gerai-gerai orang jual cenderamata bertaburan akibat pergaduhan.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada PDRM kerana berjaya mengawal keadaan pada malam tadi dan saya lihat dengan mata saya sendiri polis lebih banyak berdiplomasi dengan penyokong-penyokong walaupun mereka kelihatan agak agresif. Adalah yang keras-keras kepala kena tangkap beberapa orang.
blog bicara faisal
Gambar penyokong Kelantan meninggal dunia
Al-Fatihah
Ucapan Takziah
1 Feb 2010
Air oh Air...
Semalam masa sampai nak ke depan pintu masuk grand stand, ada sorang peniaga air kata.. "abe, beli air abe.. tahun 2010 ni lain doh.. tak serupo mulo"
Ambo pelik dengan kata2 peniaga air tu.. apo kaitan pulok jual air dengan tahun... bila dah masuk dan duduk kat grand stand.. barulah ambo dpt tau... air sudah tak boleh bowok masuk.. tokleh nego air doh daley stadiumm !!
Penyokong kat dalam stadium pun duduk laung "air air air" mengikuti irama gendang.. bukan "gomo kelate gomo" ...
Inilah dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. bila bui jual air.. ada hok lontar dalam padang.. bila dah pengurusan wak ginih.. hok tak bersaloh pun menjadi mangsa..
Kepada hok berehi lontar air ke tengoh padang.. kerana "MU" lah ore lain tokleh minum air.. kerana "MU HOK BENGONG" ore2 tua terpaksa berkering tekak-Razumi
25 Jan 2010
Penganggur dipenjara, denda bawa mercun ke stadium
Majistret Nik Habri Muhamad juga memerintahkan Mohd Zafizie Mohd Zawawi, 29, dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.
Sewaktu menjatuhkan hukuman, Nik Habri berkata tindakan Mohd Zafizie membawa mercun ke dalam stadium adalah suatu tindakan yang serius kerana boleh mengancam nyawa penonton dan juga boleh menyebabkan rusuhan.
"Hukuman yang saya jatuhkan ini boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak dan setelah mahkamah mendengar rayuan kamu, kepentingan awam mengatasi segalanya," katanya.
Tertuduh, dari Masjid Kampung Pauh, Panji di sini, didakwa memiliki lima butir mercun bola di lorong pintu masuk J stadium itu oleh anggota polis yang menahannya pada jam 9 malam.
Tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah semalam, dalam rayuannya pada prosiding hari ini, meminta hukuman diringankan dan telah insaf atas kesalahan tersebut.
"Ini kesalahan pertama saya dan saya mohon diringankan hukuman kerana tidak akan melakukan lagi perbuatan ini dan juga saya tidak bekerja," katanya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh bulan dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Semalam, selain Mohd Zafizie, seorang lagi tertuduh, juvana berumur 17 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret berasingan kerana memiliki dua butir mercun di stadium itu dan mahkamah menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman. - Bernama
16 Nov 2009
Polis Kelantan sedia bantu
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
POLIS Kelantan sedia bekerjasama dengan Polis Kuala Lumpur untuk menjejak penyokong Kelantan yang mencetuskan keganasan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil pada 7 November lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklumat lengkap mengenai suspek yang terlibat.
Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklu- mat atau pun gambar penyokong yang dikenal pasti mencetuskan kekalutan.
"Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu, mereka kini dalam proses mengenal pasti serta mengumpul maklumat mereka yang terlibat melalui pemantauan kamera litar tertutup dan sebagainya.
"Sebaik semuanya selesai, Polis Kelantan akan membantu bertindak menjejak suspek-suspek tersebut sehingga berjaya dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, pihaknya bersedia memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu Polis Kuala Lumpur mengesan mereka yang terlibat ter- utama mereka yang berada di negeri ini.
Abdul Rahim sebelum itu menyempurnakan majlis pemakaian pangkat dan penyampaian sijil pelantikan pegawai kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Ibu Peja- bat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu semalam.
15 Nov 2009
Penyokong Wira Merah ganas?

Apa tidaknya, KAFA tidak pernah sunyi daripada menjadi perhatian umum bukan sahaja kerana peningkatan mendadak pemain Kelantan tetapi angkara peminat fanatik yang tidak kena cara.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah memberitahu, KAFA antara persatuan bola sepak yang paling banyak membayar denda sehingga melebihi modal yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini jelas kerana FAM hanya memperuntukkan RM300,000 kepada setiap pasukan bertanding tetapi sehingga kini, denda yang dibayar KAFA kepada FAM sudah melebihi modal yang diberikan. Terbaru, KAFA didenda RM50,000 angkara keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Penjelasan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa cabaran menguruskan KAFA bukan semudah yang disangka walaupun ada pihak menganggap KAFA adalah persatuan bola sepak paling mewah hasil penjualan tiket kerana kehadiran penonton yang begitu ramai pada setiap perlawanan.
Dua musim diterajui Annuar, kantung KAFA sudah mula terisi.
Setiap perlawanan melibatkan pasukan Kelantan hampir 20,000 hingga 25,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV itu, sekali gus menjadikan KAFA sedikit lega untuk menampung keperluan kewangan.
Bagaimanapun, hasil yang masuk ke akaun KAFA tidak mampu untuk bertahan lama dan jumlah kutipan tiket yang diperoleh masih belum mampu untuk ‘menyenangkan’ pihak persatuan gara-gara sikap penonton skuad Wira Merah yang ‘aneh dan pelik’.
Sikap fanatik tidak kena cara dan kurang bijak dengan membaling mercun dan bunga api serta objek lain seperti botol dan bekas air menyebabkan mereka sudah di cop sebagai antara penyokong paling bermasalah di Malaysia.
Namun, seperti tidak adil kepada penyokong Kelantan apabila setiap kali insiden keganasan, seluruh mata terus tertumpu ke arah mereka.
Secara jelasnya, insiden 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu benar-benar memberi kesan terhadap maruah penyokong Kelantan.
Mereka secara terus-terusan dituduh sebagai penyokong bermasalah dan sering mencetuskan keadaan yang tidak sihat.
Masalah kelakuan penyokong tidak beradab bukanlah masalah Kelantan sahaja.
Menyorot kembali permasalahan yang dicetus oleh penyokong, musim ini bukan sahaja penyokong Kelantan malah penyokong Perlis dan Terengganu juga adalah antara watak yang turut mencetuskan kontroversi.
Namun, double standard yang wujud cukup mengguriskan hati puluhan ribu penyokong dan peminat Kelantan apabila tindakan yang diambil oleh FAM kepada penyokong selain daripada penyokong Kelantan hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.
Keganasan penyokong yang timbul di luar Stadium Utama, Kangar pada 31 Oktober lalu menyaksikan penyokong Kelantan ‘dibantai’ teruk di laman lawan.

Lebih 20 buah kenderaan dirosakkan termasuk bas yang membawa pemain-pemain Kelantan.
Letupan mercun dan balingan objek juga cukup meriah di sana sehinggakan salah satu mercun yang dibaling hampir mengenai salah seorang pemain Kelantan yang terbaring kerana mengalami kecederaan ketika itu.
Namun, FAM sepeti ‘membutakan’ mata dan ‘memekakkan’ telinga kerana tiada tindakan diambil terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).
Apa yang menghairankan, kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh penyokong Kelantan yang hadir di stadium, malah jutaan yang lain kerana perlawanan tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM.
Barangkali perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut tidak disaksikan oleh seorang pun mereka yang berada di dalam jawatankuasa disiplin atau jawatankuasa pertandingan atau apa-apa jawatankuasa lagi yang ada di Wisma FAM, Kelana Jaya menyebabkan badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai bukti untuk menghukum PFA.
Aneh tetapi itulah realiti yang dihadapi oleh KAFA dan penyokong Kelantan apabila mereka seperti dianaktirikan dan seolah-olah Kelantan ini adalah pasukan bola sepak dari negara jiran yang tumpang bertanding dalam Liga Malaysia.
Di Kuala Terengganu tempoh hari, kekalutan melibatkan penyokong turut berlaku. Perlawanan peringkat kumpulan antara Negeri Sembilan dan Terengganu turut dicemari dengan insiden balingan mercun.
Lebih teruk daripada itu, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin yang sememangnya tidak begitu sempurna menyebabkan ada penonton yang masuk ke padang dan cuba menyerang pengadil dan pegawai pertandingan selain pemain pasukan pelawat.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya didenda RM16,000 kerana tiga kesalahan iaitu membaling botol terhadap pegawai perlawanan (RM5,000), penyokong meluru masuk ke padang (RM5,000) dan cuba memukul pengadil (RM6,000).
Dendanya murah dan mungkin ia adalah kesalahan pertama penyokong Terengganu atau sebaliknya.
Hanya FAM yang mengetahui segala yang tersirat itu.
Bagi penyokong Kelantan, ini adalah masa untuk mereka berubah dan turut sama merasai tanggungjawab yang dipikul oleh KAFA.
Mereka mungkin lebih dihormati sekiranya memiliki pasukan yang hebat dan dalam masa yang sama, mereka memberi sokongan dengan cara yang lebih profesional.
11 Nov 2009
Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian ganas penonton di Stadium Bukit Jalil
| Ditulis oleh Ir. Azizan Razak |
| AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut. Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh. Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang. Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana. Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal. Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya. Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium. Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA. Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air. Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini. Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA. Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah. Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya. Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib. Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia? Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA. Sekian, terima kasih. Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional, Hp : 012-2050538 - dari Kelate.net |
Gara-gara Stadium Nasional dirosakkan penyokong Kelantan - 'FAM kena bayar ganti rugi'
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my

Menurutnya, secara asasnya kerugian atas kerosakan di stadium berkenaan perlu dibayar oleh pihak penyewa bagi perlawanan tersebut iaitu FAM.
Jumlah kerugian kerosakan fasi- liti di Stadium Nasional akibat tinda- kan ganas dan tidak bertamadun penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Sabtu lalu dianggarkan berjumlah RM214,000.
"Semalam (kelmarin) pihak stadium bersama wakil dari FAM telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menilai segala kerosakan yang berlaku.
"Hari ini (semalam) pula kita telah mengadakan perbincangan dengan FAM dan menyatakan berapa jumlah kerugian yang mereka perlu bayar yang dianggarkan berjumlah RM214,000," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.
![]() |
Ketika diminta menjelaskan secara terperinci kos untuk memperbaiki kerosakan-kerosakan itu, Wan Nor Azinah berkata, RM112,000 diperlukan untuk membeli 224 unit kerusi baru dengan harga setiap set bernilai RM500.
"Sebanyak 16 set kerusi terbakar, 205 set kerusi rosak manakala tiga set kerusi didapati telah tumbang.
"Bagi pagar stadium pula, kita memerlukan RM15,000 untuk memperbaiki Gate Kuning (RM5,000), Gate Merah (RM5,000) dan selak pagar yang patah (RM5,000).
"Lain-lain kos ialah sebanyak RM60,000 untuk memperbaiki trek yang terbakar akibat balingan mercun dan RM27,000 untuk memperbaiki tandas merangkumi kerosakan kepala paip, mangkuk tandas dan sinki," jelasnya.
![]() |
"Semua ini berbalik kepada budaya gemar menjahamankan harta benda awam. Ini tidak baik dan pe- nyokong sepatutnya perlu ada sema- ngat kesukanan. Menang atau kalah, kena terima seadanya.
"Saya harap kejadian seperti ini tidak berulang. Stadium ini harta rakyat, guna duit rakyat. Ini pertama kali kita terpaksa membaiki kerosakan sebegini teruk," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 semalam memberitahu bahawa Jawatankuasa Tatatertib FAM akan bersidang petang ini bagi menentukan bentuk hukuman yang bakal diterima Kafa berhubung insiden tersebut. Begitupun, beliau enggan mengulas mengenai pembayaran ke atas kerugian yang dialami Stadium Nasional.
10 Nov 2009
Profesionalkah kita......?
Salam sejahtera semua...
Saya tidak begitu arif tentang bolasepak, tetapi sejak kebangkitan pasukan kelantan, saya mula meminati sukan bola sepak dan turut teruja dengan kemampuan pasukan negeri kita melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia baru2 ini.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini, sebagai penyokong, tunjukanlah sifat profesionalisma kita dalam menyokong mereka. Kalah atau menang itu sudah menjadi adat bertanding. Memang kecewa bila kalah, itu yang kita rasa. Apa lagi mereka yang bermain. Dalam perlawanan besar begitu, sebagai seorang pemain, perasaan bercampur baur. Apatah lagi harapan puluhan ribu peminat tergalas di bahu mereka. Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Saya sedikit terkilan dengan kata-kata pedas @ cemuhan yang dilemparkan kepada pasukan bolasepak kita.
Pengurusan pasukan Kelantan tidak pernah memaksa mana-mana peminat untuk ke Bukit Jalil. Malah peminat sendiri yang sanggup berhabisan (wang, tenaga, masa dsbg) untuk ke sana memberikan sokongan.
Apakan daya pemain tidak dapat memberikan yang terbaik untuk penyokong setia. Mereka juga manusia biasa. Darah yang mengalir dalam diri mereka juga darah yang berjiwa Kelate macam kita. Tak pun, berjuang untuk majikan yang memberi gaji kepada mereka.
Mungkin cemuhan itu sekadar melepas marah di dada. Tapi fikirkanlah, apakah ayat yang digunakan bisa mengguris hati mereka (pengurusan n player). Sebagai penyokong profesional, kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Jangan hanya menyokong apabila menang tetapi mengutuk memaki apabila KALAH.
Jika kita sendiri yang bermain, belum tentu kita boleh capai tahap seperti mereka. Berilah sokongan yang tidak berbelah bagi kepada mereka. Sedangkan Manchester United yang hebat pun boleh kalah, apalagi pasukan kita yg boleh dikatakan masih dalam proses 'pemulihan'....jika kita rakyat kelantan sendiri mengutuk mereka, apalagi orang luar.
Berilah mereka peluang untuk terus membuktikan kebolehan. Sekurang-kurangnya....dengan kejayaan 'THE RED WARRIOR' layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, kita di seluruh Kelantan mendapat CUTI PERISTIWA....ada juga 'sesuatu' yg dihadiahkan oleh mereka kepada kita semua.
Apapun, saya yakin, tahun depan sekiranya 'THE RED WARRIOR' melangkah ke perlawanan akhir....'peminat yang sama juga akan ke Bukit Jalil'.
Renung-renungkanlah.........
sekadar luahan..... LailatulHafiza@womenredwarriorsfan




