Memaparkan catatan dengan label n9. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label n9. Papar semua catatan

13 Nov 2010

Hairuddin tinggalkan Kelantan?


HAIRUDDIN (kanan) dilaporkan telah mendapat tawaran lumayan daripada Negeri Sembilan.


JUARA baru Piala Malaysia, Kelan- tan dikatakan hampir pasti kehilangan khidmat Hairuddin Omar yang merupakan salah seorang penjaring gol perlawanan akhir Piala Malaysia ketika menentang Negeri Sembilan, 30 Oktober lalu.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, pemain kelahiran Terengganu yang menyarung jersi The Red War- riors sejak awal musim ini disebut-sebut akan menandatangani kontrak bersama pasukan Negeri Sembilan untuk musim depan.

Bekas penyerang kebangsaan itu dikhabarkan menerima lamaran daripada Negeri Sembilan dan ia dikatakan agak lumayan sehingga menyukarkan dia menolaknya. 

Bagaimanapun Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dikatakan masih memberikan masa kepada Hairudin untuk memikirkan keputusannya itu sehingga majlis menandatangani kontrak baru pada malam Ahad ini.

Menurut sumber itu lagi, Kelantan masih memerlukan khidmat Hairudin untuk membantu mereka mempertahankan kejuaran Piala Malaysia pada musim depan biarpun ada pihak yang melihat beliau sudah berada di penghujung karier.

“Kita telah menawarkan kontrak baru kepada Hairudin selepas kontraknya tamat sebaik sahaja saingan musim 2010 berakhir.

“Bagaimanapun, kita tidak mampu menahannya untuk berhijrah kerana Negeri Sembilan dipercayai menawarkan kontrak yang lumayan,” kata- nya ketika dihubungi semalam.

Hairuddin yang menyarung jersi Kelantan sehari sebelum pintu perpindahan musim lalu ditutup mengejutkan semua pihak kerana sebe- lum itu beliau telah membantu Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009. 

Bagaimanapun, dia membalas kepercayaan pengurusan dan peminat apabila menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan menarik setelah ketinggalan seawal minit ke-12 permainan sebelum Badri Radzi menjaringkan gol kemenangan untuk Kelantan. 

Kemenangan tersebut menamatkan penantian selama 89 tahun Kelantan untuk mendakap piala berprestij itu.
Selain Hairuddin, beberapa pemain lain juga dikatakan telah dipancing oleh pasukan lain termasuk ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan selain penyerang Norfarhan Mohamad yang dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran daripada T-Team. 

Dalam pada itu, tiga pemain musim ini, Che Hishamuddin Hassan, Sarudy Aziz dan Halim Napi telah digugurkan daripada skuad The Red Warrior bagi musim depan. 

Dalam perkembangan lain, Annuar menyatakan kesediaan untuk terus menerajui KAFA musim depan.

11 Nov 2010

Siapa bakal sarung jersi The Red Warriors bakal terjawab?

Update: 

Berkemungkinan majlis akan berlangsung esok@12 Nov 2010

Hari ini difahamkan akan dijadualkan berlangsung majlis 'menandatangani' kontrak bagi pemain-pemain yang akan menyarung jersi 'panas' TRW.

Di khabarkan juga pemain-pemain akan ditawarkan kontrak mengikut gred serta prestasi semasa pemain yang telah di tetapkan oleh pihak KAFA.

Apa yang diharapkan pemain-pemain tidak terlalu meletakkan 'harga' yang tinggi kerana wang bukanlah segala-galanya dan kita tidak perlu mengikut gaya pengurusan Negeri Sembilan yang berbelanja sakan yang dikhabarkan akan membentuk 'Dream Team' untuk tahun depan.



Banyak masalah yang akan terjadi jika Negeri Sembilan betul-betul ingin membentuk 'Dream Team' kerana pemain-pemain yang dikelaskan berbintang-bintang ini agak sukar dibentuk dan mungkin tiada persefahaman dengan pemain bintang lain.

Sama-sama kita lihat aksi pemain bintang dari Negeri Sembilan nanti yang dikhabarkan mendapat gaji RM2XXXX keatas seorang.

19 Apr 2010

'Letih punca NS diaib Kelantan'

GAGAL menyempurnakan peluang adalah antara punca utama juara Piala FA, Negeri Sembilan kecundang kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam kelmarin.

Sekali pun berjaya mengimbangi saingan, ketumpulan barisan depan skuad Rusa diterajui Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Mohd Shaffik Abdul Rahman meletakkan skuad itu terpaksa berdepan laluan lebih sukar untuk mencabar kedudukan puncak carta liga.

Bagi jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, pemain perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan 1-3 itu kerana melakukan banyak kesilapan sekali gus menyebabkan peluang itu diambil kesempatan pihak lawan untuk meraih kemenangan. 

Bagi jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, pemain perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan 1-3 itu kerana melakukan banyak kesilapan sekali gus menyebabkan peluang itu diambil kesempatan pihak lawan untuk meraih kemenangan. 

Bagi jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, pemain perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan 1-3 itu kerana melakukan banyak kesilapan sekali gus menyebabkan peluang itu diambil kesempatan pihak lawan untuk meraih kemenangan.

“Banyak peluang tidak dimanfaatkan sepenuhnya menyebabkan keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Negeri Sembilan, namun faktor keletihan juga tidak dapat diketepikan yang menyebabkan pemain tidak dapat memberikan persembahan seperti diharapkan.

“Bagaimanapun itu bukan alasan dan kita terpaksa menerima hakikat betapa Kelantan beraksi lebih baik malam tadi (kelmarin), justeru pemain Negeri Sembilan perlu menjadi kegagalan itu sebagai suatu pengajaran agar ia tidak berterusan pada perlawanan akan datang,” katanya semalam. 

p/s:Alasan orang kalah hok xleh terima hakikat...jadi juara piala FA pun atas nasib dan kesilapan orang jah..hu..hu..