Memaparkan catatan dengan label skuad kebangsaan 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skuad kebangsaan 2011. Papar semua catatan

17 Nov 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia : Malaysia tumpas kepada India

INDIA 3 - 2 MALAYSIA
Malaysia tumpas kepada India 3-2 dalam perlawanan persahabatan kedua dengan pasukan tersebut.Ketiadaan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi yang sekarang mewakili skuad 23 negara ternyata sedikit melemahkan bahagian benteng pertahanan Malaysia.

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh penyerang profilik Malaysia,Safee Sali pada minit 45 dan 60 manakala tiga gol India dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka Sunil manakala satu gol lagi oleh Jeje.

Kekalahan ini ternyata memberikan tamparan hebat kepada ketua jurulatih negera iaitu K.Rajagopal kerana berdasarkan ranking India berada diranking ke 151 manakala India 160.

Sebelum ini sudah ada suara-suara sumbang mempertikaikan kredibiliti pengendali Harimau Malaya ini walaupun telah membawa Malaysia menjulang Piala AFF sebelum ini.

Barisan pemain Malaysia :

Jeevananthan(Sarbinee),Azmi Muslim,Aidil Zafuan,Mohd Faizal,Bunyamin Umar,S. Kunanlan,Safiq Rahim,Amar Rohidan,Shahurain Abu Samah,Abdul Hadi,Mohd Safee Sali,Khyril Muhymeen,Mohd Farisham,S.Chanturu,Amirizwan Tajuddin dan Mohd Shahrizal

6 Okt 2011

Diari 7 Oktober 2011

Pemilihan pemain untuk rancangan relaliti tv Soccerkids musim ke -4 :

Tempat : Padang Maktab Sultan Ismail
Hari : Jumaat

3 Ogo 2011

'Kami bukan monyet'

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas. 

28 Jul 2011

Malaysia gagal kepusingan ketiga

Malaysia 1(Safee Sali)

Singapura 1
Akhirnya semangat Harimau Malaya terkubur digelanggang sendiri gara-gara aksi hambar pemain-pemain negara.Mujurlah kecemerlangan penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan maruah Malaysia yang hampir dicalar oleh Singapura malam ini.

16 Jul 2011

Keputusan penuh perlawanan Persahabatan : Malaysia XI vs Liverpool FC

Malaysia 3 - 6 Liverpool

Walaupun tewas kepada Liverpool petang tadi tiga gol menarik terutamnya dari sepakan percuma yang disifatkan sebagai 'World Class' menerjah gawang Liverpool.Dua gol lagi dijaringkan oleh Safee Sali.

Tahniah walaupun tewas...

3 Jul 2011

Malaysia tewas...Namun mara kepusingan kedua

Keputusan Penuh :

Taiwan 3

Malaysia 2(Aidil,Safiq)

Malaysia terpaksa akur dengan 'kehebatan' pemain-pemain amatur Taiwan malam ini apabila kecundang 3-2 pada aksi  pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.Walaupun tewas Malaysia berjaya mara kepusingan kedua apabila agregat 4-4 yang diperolehi dengan kelebihan dua gol ditempat lawan dan bakal bertemu Singapura pada 23 dan 28 julai ini.Perlawanan pertama di Stadium Nasional sabtu lalu menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Taiwan 2-1.

2 Jul 2011

Info Pusingan pertama perlawanan timbal balik Taiwan vs Malaysia

Taiwan vs Malaysia
Taipei Municipal Stadium
3 Julai 2011
6.45 petang waktu malaysia
Siaran Langsung TV2 dan Astro Arena

Jika Malaysia layak ke pusingan kedua lawan yang bakal menanti adalah Singapura..Perlawanan pertama akan diadakan di Singapura pada 23 Julai ini dan timbal balik pada 28 julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.

30 Jun 2011

Rajagobal tetap optimis

SAFIQ (dua dari kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertama Malaysia ketika menentang Taiwan pada pusingan pertamam Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 2-1.

MESKIPUN sekadar mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap optimis mengenai peluang skuad kebangsaan untuk mara ke pusingan kedua.

28 Jun 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia : Malaysia vs Taiwan

Malaysia vs Taiwan
Stadium Nasional Bukit Jalil
29 Jun 2011
8.30 mlm
Live Astro Arena 

Tiket-tiket perlawanan di jual bermula jam 3 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari perlawanan.

AYUH kita gegarkan Stadium Nasional!!!

Undian kelayakan Pusingan 1 
info jadual : wiE blog

27 Mac 2011

Malaysia seri 1-1 dalam aksi menentang Etoile FC

SINGAPURA – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi.
Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

9 Feb 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hong Kong

Malaysia 2(Safiq 44',Amirul 90+1') Vs  0 Hong Kong
Stadium Shah Alam
9 Feb,Rabu
8.45 mlm
LIVE Astro Arena 

Ayuh sama-sama kita saksikan skuad kebangsaan kita menentang Hong Kong malam ini.Berikan sokongan 1Malaysia kepada skuad kebangsaan kita...