Memaparkan catatan dengan label skuad olimpik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skuad olimpik. Papar semua catatan

23 Feb 2012

Skuad Olimpik Malaysia perlu banyak pembaharuan

SKUAD Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.

Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh
dibanggakan.

22 Feb 2012

Pra Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia vs Jepun

Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Hari : Rabu
Tarikh : 22 Februari 2012
Masa : 8.45 mlm

Live : RTM1 dan Astro Star Sport 813

23 Nov 2011

Keputusan Kelayakan Pra Olimpik : Malaysia tewas lagi

Malaysia 0 - 2 Syria

Pra kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 23 vs Syria 23

Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh : 23 Nov 2011
Masa : 8.45 mlm
Siaran Langsung :RTM1 dan Astro Arena

Malaysia akan berdepan Syria dalam kempen kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Malam ini Malaysia bakal berhadapan pasukan yang jauh lebih kuat yang menduduki ranking ke 106 Fifa manakala Malaysia hanya diranking yang ke 151.

Bagi mereka yang berada di sekitar Lembah Klang ayuh kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.Mari-sama kita tunjukkan semangat kenegaraan kita serta memberi pengiktirafan kepada skuad bawah 23 negara yang telah menjuarai acara bolasepak Sukan Sea dua hari yang lalu. 

Bagi penyokong-penyokong Kelantan kita mengharapkan Khairul Fahmi dapat meneruskan kecemerlangan beliau seperti yang ditunjukkan dalam Sukan Sea.

Kita tidak rela menyaksikan Syria berpesta gol malam ini,oleh itu ketangkasan penjaga gol nombor satu negara Khairul Fahmi serta rakan dalam memastikan gawang Malaysia dibolosi amat ditagih.

21 Sep 2011

Perlawanan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 peringkat asia

Jepun vs Malaysia
Stadium Tosu,Saga,Jepun
21 September 2011
7.00 malam waktu Malaysia
Siaran Langsung TV2

23 Jun 2011

Pra Olimpik 2012 : Malaysia vs Lubnan(Pusingan kedua)

Venue : Stadium Nasional,Bukit Jalil
Hari : Khamis
Tarikh : 23 Jun 2011
Masa : 8.00 mlm
Live : Astro Arena

8 Jun 2011

Kemboja benam skuad Olimpik

SKUAD Olimpik negara menerima tamparan hebat selepas kecundang 0-1 kepada Kemboja dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Olimpik Phnom Penh,semalam - kira-kira 10 hari lagi menjelang perlawanan pra-Olimpik menentang Lubnan.

7 Jun 2011

Olimpik Kemboja vs Olimpik Malaysia

Hari : Selasa
Tarikh : 7 Jun 2011
Venue : Phnom Penh Olimpik Stadium
Masa : 5 petang waktu malaysia
Live Astro Arena 801

10 Mac 2011

Malaysia lepasi halangan pertama


PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas seri tanpa jaringan dengan Pakistan di Stadium Punjab, Lahore semalam.


LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua.
Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.

8 Mac 2011

Malaysia mampu menang - Khairul Fahmi

SEPANG - Kapten skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat optimis kemenangan mampu milik Malaysia pada aksi perlawanan kelayakan kedua menentang skuad Olimpik Pakistan di Stadium Punjab, Lahore, esok. 

Janji penjaga gol sensasi negara itu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan gawang negara daripada dibolosi jentera serangan Pakistan yang dijangka memberikan aksi lebih sengit berbanding perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, bulan lalu.

Keupayaan bahagian pertahanan menangkis serangan Pakistan pada perlawanan pertama tersebut membuatkan Khairul Fahmi bertambah yakin untuk mendapatkan kejayaan di Lahore.

23 Feb 2011

Pra Olimpik 2012 : Malaysia vs Pakistan

Keputusan Penuh :

Malaysia 2 - 0 Pakistan

Separuh Masa Pertama :

Malaysia 2(W.Zaharul Nizam 3',Irfan fazail 45' + 3) - 0 Pakistan

22 Feb 2011

Malaysia vs Pakistan

Info Kelayakan Olimpik London 2012 bagi peringkat Asia.

Tempat :Stadium Shah Alam
Tarikh :23 Feb 2011
Masa : 8.30 mlm
Live Astro Arena 801

Sorakan penonton bakar semangat Fahmi

 Khairul Fahmi Che Mat

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my 
2011/02/22

Yakin boleh tewaskan Pakistan esok

“SAYA masih yakin sorakan penyokong menjadi faktor pembantu yang kuat untuk cabaran kami,” kata penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan menentang Pakistan dalam kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam esok.