30 Sep 2009

Kelantan Sathia lepasi ranjau kedua....Kedah jadi mangsa

Keputusan Penuh :
KELANTAN 1
IndraPutra M. (m-49)
KEDAH 0

Tarikh : 29 Sept. '09
Masa : 8.45 mlm
Vanue : Stadium Sultan Muhammad IV, KB.
Penonton : 25,000

Kesebelasan utama : Halim Napi, Nazrul Erwan, Farisham, Zairul Fitri, Khairan Eroza, Zamri, Daudsu(Rizal Fahmi), Che Hishamudim(Ailim Fahmi), Khalid Jamlus(Norhisham), IndarPutra(K), Norfarhan.

Sedikit Ulasan: Kedah kecundang buat pertama kali dalam saingan TM Piala Malaysia '09 ditangan finalis Piala FA '09 iaitu Kelantan yang lebih 'glamour' digelar TheRedWarriors dengan jaringan 1-0 yang disumbangkan oleh pemain 'STAR' bagi pasukan Kelantan iaitu IndraPutra Mahyuddin pada minit ke-49 selepas melencongkan bola hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti yang menewaskan Helmi Eliza.

Dilihat pada perlawanan semalam, permainan pasukan kedah memang lain daripada perlawanan semasa lawan ATM tempoh hari yang mana permainan Kedah sangat konsisten seolah-olah mereka tidak merasai dengan ketiadaan beberapa pemain bintang mereka. Perlawanan Kelantan-Kedah semalam seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi kurang penyudah daripada barisan serangan.

Bagi pasukan Kelantan, pujian harus diberikan kepada pertahan kental dan berpengalaman yang dipinjamkan dari Felda United iaitu Nazrul Erwan Makmur (Badut) kerana berjaya mengekang asakan Kedah disamping ketangkasan Halim Napi menangkis bola daripada menerjah gawang Kelantan. Che Hishamudin juga memperagakan aksi yang hebat dengan menggunakan kelicikkannya untuk memperdayakan pertahanan lawan sehingga berjaya mendapatkan beberapa sepakan percuma di depan pintu gol Kedah.

Perlawanan semalam agak tegang sedikit pada separuh masa kedua kerana ketidakbijaksanaan pengadil dalam membuat keputusan dan berlaku pertelingkahan kecil antara pemain sehingga Khalid Jamlus dilayangkan kad kuning. Halim napi juga mendapat kad kuning kerana melewat-lewatkan permainan. Che Hishamudin dikeluarkan pada minit-69 kerana mengalami kecederaan dengan memasukkan pemain muda iaitu Mohd. Ailim Fahmi dan pada minit ke-75, Daudsu diganti oleh Rizal Fahmi namum kemasukkan kedua-dua pemain tersebut tidak banyak membantu Kelantan. Khalid Jamlus yang banyak mempersia-siakan peluang yang terhidang depan pintu gol Kedah dikeluarkan pada minit ke-90 dan pemain pinjaman dari pasukan T-Team iaitu Norhisham Hassan masuk menggantikannya.

Kemenangan dengan Kedah semalam melayakkan Kelantan menghuni tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata selepas anak buah B Sathianathan menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Bandaraya pada perlawanan pertama.

Dengan kehadiran penonton yang hampir mencecah angka 25,000 orang, kemeriahan bolasepak tempatan amat dirasai di Stadium Sultan Muhammad IV yang mungkin jarang dapat dirasai oleh peminat-peminat bolasepak di negeri-negeri lain.

Bravooooo n syabas diucapkan kepada pasukan Kelantan dan peminat-peminat TheRedWarriors kerana anda menjalankan tugasan dengan berjaya sekali. Diharap kecemerlangan tersebut dapat diteruskan sehingga Kelantan berjaya membawa pulang Piala Malaysia tahun ini ke Negeri Cik Siti Wan Kembang@Serambi Mekah khususnya dan hebat sampai bila-bila umumnya.


Tiada ulasan: