Memaparkan catatan dengan label UCL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UCL. Papar semua catatan

28 Mei 2009

Barcelona terhebat Eropah juara UCL 08/09


GAMBAR atas, pemain FC Barcelona meraikan kejuaraan Liga Juara Juara di Stadium Olimpik, Rom, awal pagi tadi, apabila menewaskan pasukan Manchester United 2-0. Gambar bawah, kiri, penyerang Barcelona, Samuel Eto'o (tengah) melepasi pemain tengah Manchester, Michael Carrick (kiri) dan pertahanan, Nemanja Vidic sebelum menyumbat gol pertama Barcelona. Gambar bawah, kanan, penyerang Barcelona, Lionel Messi (tengah) menggelecek dan mengatasi pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan), Park Ji-sung (kiri) dan Rio Ferdinand. - Foto AF/Reuters

ROME 28 Mei - Barcelona menewaskan Manchester United 2-0 untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara menerusi jaringan Samuel Eto’o dan Lionel Messi pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Olimpik Rome awal pagi tadi.

Eto’o meletakan juara Sepanyol itu di depan pada minit ke-10 dan tandukan cantik Messi pada minit ke-70 mengesahkan Barcelona memenangi kejohanan peringkat kelab Eropah paling berprestij buat kali ketiga.

Kemenangan ke atas juara bertahan itu melengkapkan kejuaraan treble untuk jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pada musim pertamanya selepas memenangi liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol.


LIONEL Messi (kiri) menanduk untuk menjaringkan gol kemenangan Barcelona melepasi penjaga gawang Manchester United, Edwin van der Sar dan hanya dapat diperhatikan oleh Rio Ferdinand pada pertembungan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Olimpik, Rome awal pagi tadi. BArcelona juara 2-0. - REUTERS


United pula gagal memburu kejuaraan keempat peringkat Eropah, yang juga trofi keempat United selepas memenangi Liga Perdana England, kejohanan Kelab Piala Dunia FIFA dan Piala Liga.

Jaringan pertama Eto’o diperoleh apabila dia berjaya memintas dari penjuru kanan dan melepasi halangan Nemanja Vidic dan melepaskan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol United Edwin van der Sar di penjuru gawang.


SAMUEL Samuel Eto'o (kanan) meraikan kejayaan menyumbat gol pembukaan Barcelona bersama-sama Andres Iniesta selepas 10 minit prlawanan menentang Manchester United bermula di Stadium Olimpiik, Rome, awal pagi tadi. - REUTERS


Xavi melakukan percubaan menerusi sepakan bebas namun terkena tiang gawang United sejurus babak kedua bermula sebelum Lionel Messi mengesahkan kemenangan apabila menanduk hantaran lintang Xavi.

Barcelona, yang merupakan juara Eropah 1992 dan 2006, mengambil giliran menguasai perlawanan selepas United menguasainya di sepanjang 10 minit pertama babak awal.

Pada awal perlawanan, United memperoleh peluang gol menerusi sepakan bebas Ronaldo yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Barcelona Victor Valdes namun Park Ji-sung gagal tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola yang terlepas.

Ronaldo menghidupkan penjuru kanan United sehinggalah Barcelona menjaringkan gol pertama dengan Eto’o mempamer gerakan menarik, mengawal bola dengan kemahirannya menewaskan penjaga gol United.

Selepas mendapat gol pertama, Barcelona mengawal permainan dan setiap gerakan United kerap dapat dipatahkan oleh kelab Catalan itu.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson kelilhatan hampa
selepas melihat pasukannya kalah di tangan Barcelona 2-0 di Stadium Olimpik awal pagi tadi


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson(gambar) enggan memberikan sebarang alasan selepas pasukannya kalah kepada Barcelona sebaliknya berkata kelab Sepanyol itu selayaknya menjadi pemenang pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rome awal pagi tadi.

Gergasi Sepanyol, Barca cemerlang dengan kemenangan 2-0 ke atas United yang pada awalnya bermula baik namun bergelut mencari prestasi terbaik di sepanjang perlawanan.

``Saya rasa gol pertama telah membunuh kami, kami bermula cemerlang, namun kami agak gementar selepas itu.

``Kami mempunyai banyak masa, kami mempunyai peluang gol terbaik di babak kedua namun ia adalah adil kerana kami kalah kepada pasukan yang lebih baik.

``Selepas jaringan pertama ia amat menyukarkan kami.

``Mereka bertahan agak baik, kami jangkakan kami mampu menembusi pertahanan mereka, namun kami kecewa,’’ katanya kepada ITV.

Pertahanan United cemerlang musim ini namun goyah sejak awal perlawanan dan kerap terdedah yang menjadi punca dua gol dibolosi.

``Memang malang melepaskan jaringan sedemikian apatah lagi pada peringkat seperti ini, sedangkan pertahanan kami cemerlang musim ini.

``Namun kami menentang pasukan yang bagus dan kami patut memberikan mereka pujian. Xavi dan Iniesta menyekat kami di sepanjang perlawanan. Mereka membuatkan kami sukar,’’ kata Ferguson.

Jaringan kedua menjelma 20 minit menuju masa penamat apabila Messi tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola lintang Xavi. - AGENSI


LIONEL Messi meraikan kejayaan menyumbat gol menentang Manchester United awal pagi tadi. - REUTERS

27 Mei 2009

Barcelona vs Manchester United Percaturan veteran, muda ( Ferguson vs Pep Guardiola )





APAKAH ada penamat lain yang lebih menarik buat Liga Juara-Juara Eropah, selain daripada menyaksikan dua kelab besar dan paling popular dalam bola sepak, Manchester United bertemu Barcelona di final?

Perlawanan di Stadium Olimpik Rome itu ibarat pertarungan tinju heavyweight; penyandang juara dan pasukan pilihan, United menentang pasukan paling menyerlah musim ini, Barcelona.

Jika dicampurkan antara kedua-dua pasukan, sudah lima gelaran Eropah yang dikumpul; tiga United dan dua Barcelona. Meskipun ia sekadar menyamai rekod Liverpoo; lima kejuaraan dan dua kurang daripada Real Madrid (tujuh gelaran), namun hakikatnya kedua-dua kelab itu adalah yang terbaik ketika ini.

Corak menyerang yang diamalkan United dan Barcelona turut menjanjikan perlawanan yang mengujakan dan menghiburkan. Jika United meneruskan tradisi kelab Inggeris dengan hantaran-hantaran jauh, Barcelona pula adalah pasukan paling banyak berlari di Eropah.

Barca turun selaku juara Liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol manakala United pula baru mempertahankan gelaran Liga Perdana England dan Piala Liga, menjadikan pertarungan awal pagi ini ibarat 'buku bertemu ruas'.

Kebanyakan peminat berkecuali memilih Barcelona untuk muncul juara kerana ia memberi kepuasan buat mereka, selain menjadikan kejohanan lebih menarik.

Namun bagi pakar, United adalah calon pilihan untuk mempertahankan gelaran kerana pengalaman yang dimiliki, selain muslihat yang terselindung di sebalik percaturan jurulatihnya, Sir Alex Ferguson.

Ferguson, 67, yang tiba di Old Trafford hampir 23 tahun lalu punya pengalaman luas untuk mencari taktik dan strategi bagi memerangkap Barca, yang dibimbing jurulatih muda berusia 38 tahun, Pep Guardiola.

Melihat statistik Barcelona, kelab Catalan itu dijangka mendominasi tengah padang dan mengawal bola lebih lama, sama seperti yang dilakukan ketika menentang Chelsea di Nou Camp.

Namun, United telah belajar daripada dua saingan separuh akhir Barca ketika menentang Chelsea. Xavi Hernandez, Andreas Iniesta dan Lionel Messi diberi banyak ruang untuk mengawal bola, namun langkah mereka tersekat sebaik menghampiri kubu lawan.

Empat tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand, John O'Shea, Patrice Evra dan Nemanja Vidic cukup berpengalaman untuk mematahkan gerakan rangkaian serangan Barca; Lionel Messi, Thiery Henry dan Samuel Eto'o.

Pada ketika Ferdinand bakal memegang tanggungjawab mengekang Eto'o, Evra pula berperanan mengawal penyerang licik yang dalam proses menjadi Pemain Terbaik Dunia, Messi.

Ferguson mempunyai pilihan untuk menurunkan Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan Carlos Tevez dalam jentera serangannya.

Yang pasti, Ronaldo dan Rooney tidak mungkin tercicir daripada kesebelasan utama. Tanpa dua tonggak pertahanan yang digantung, Eric Abidal dan Daniel Alves, pemain veteran Brazil, Sylvinho mungkin berperanan mengekang Ronaldo.

Dengan faktor umur yang melewati 35 tahun, stamina Sylvinho mungkin sukar untuk menandingi kelincahan bintang Portugal itu, yang bakal diletak di sayap kiri, posisi yang akan menjadi kekuatan utama Red Devils.

Satu lagi kelebihan United, sesuatu yang sudah lama disedari, betapa kelab-kelab Sepanyol cukup benci dengan permainan fizikal kelab Inggeris.

Apa pun, pengalaman menentang Chelsea di separuh akhir, malah kalah kepada United pada separuh akhir tahun lalu, meletakkan Barca dalam situasi lebih bersedia.

Jika mereka mampu bermain bijak; tidak bergantung kepada fizikal semata-mata, dan mampu memaksimumkan kekuatan utama - trio Messi, Henry dan Eto'o - tiada sebab mengapa Barcelona tidak mampu menjulang Piala Eropah buat kali ketiga selepas kemenangan pada 1992 dan 2006.

Kombinasi Messi, Henry dan Eto'o telah menghasilkan lebih 100 gol musim ini, rekod yang cukup digeruni. Berita bahawa Henry sudah pulih dan sedia diturunkan dalam kesebelasan utama, pasti menggerunkan United.

Biarpun kehilangan Alves dan Abidal, ia tidak banyak menjejaskan pasukan kerana kedua-dua pemain itu tidaklah begitu menyumbang kepada gerakan serangan Barca.

Malah, fakta bahawa Messi lebih menyerlah berbanding Ronaldo sepanjang musim ini turut memberi keyakinan buat Barca, serangan mereka mampu lebih menyengat daripada kelab Inggeris itu.

Kelemahan utama United yang sedia dihukum Barcelona adalah pertahanan kanannya. Sama ada slot diberi kepada O'Shea, pemain remaja, Rafael Da Silva atau pemain veteran, Gary Neville, ia tetap posisi yang bakal menjadi lubuk serangan Barcelona.

Dengan Ronaldo sering keberatan untuk membantu benteng dan mudah kehilangan bola, pemain-pemain Barca punya banyak peluang untuk menyusup ke kubu lawan melalui sayap terutama menerusi gerakan Iniesta dan Henry.

Menyedari kudrat Silvinho mungkin tidak cukup kuat untuk mengekang Ronaldo, Guardiola dijangka memilih Yaya Toure untuk mengawal sayap Portugal itu.

Walaupun posisi asal Toure adalah pemain tengah, namun adik kepada pertahanan Arsenal, Kolo Toure itu bakal bertukar peranan untuk mengawal Ronaldo. Sudah tentu, dia sudah mendapat banyak tips daripada abangnya yang berpengalaman menentang United di separuh akhir. - Ihsan Utusan

7 Mei 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Pemain-pemain barcelona meraikan gol jaringan Andres Iniesta seterusnya menewaskan Chelsea pada separuh akhir kedua melalui kiraan gol di tempat lawan

Chelsea 1 (Michael Essien, 9) - Barcelona 1 (A Iniesta 90+2) (Barcelona layak agregat 1-1, kelebihan gol di tempat lawan)

update:

Iniesta julang Barcelona ke final


LONDON: Barcelona menempah tiket ke final Liga Juara-Juara Eropah apabila jaringan penyamaan Andres Iniesta menyingkirkan Chelsea di Stadium Stamford Bridge, awal pagi tadi. 

Keputusan 1-1 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama sebelum ini bermakna Barcelona layak ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. 

Barcelona akan bertemu penyandang juara, Manchester United di perlawanan akhir di Rom, Itali pada 27 Mei ini.

United semalam layak selepas mengalahkan Arsenal dengan agregat 4-1. 

Perlawanan pagi tadi penuh dramatik apabila Iniesta menjadi hero Barcelona menjaringkan gol penyamaan pada minit kecederaan. 

Sebelum ini, Chelsea yang mendominasi perlawanan terutama di bahagian serangan, mendahului pada minit ke-9 menerusi jaringan Michael Essien.

Peluang Barcelona seakan berakhir apabila Eric Abidal diarah keluar padang selepas dilayang kad merah tetapi Iniesta mencuri kelalaian pertahanan Chelsea dengan sepakan volley menggegar jaring. - Reuters 

30 Apr 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

O'shea meraikan gol kemenangan Manchester United

Separuh Akhir Pertama: 

 Manchester United 1 (O'Shea 17) Arsenal 0


16 Apr 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Porto FC 0 - Manchester United 1 (Man U layak agregat 3-2)

Arsenal 3 - Villarreal CF 0 (Arsenal layak agregat 4-1)

15 Apr 2009

Lampard penyelamat Chelsea

LONDON: Frank Lampard muncul penyelamat Chelsea apabila jaringan penyamaannya membolehkan pasukannya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, mengalahkan Liverpool dengan agregat 7-5, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan penuh dramatik pada saingan kedua suku akhir itu, kedudukan saling berubah sehinggalah Lampard membawa Chelsea pada kedudukan 4-4 sebelum tamat permainan.

Pada pertemuan suku akhir pertama sebelum ini, Chelsea mengejutkan Liverpool dengan 3-1.

Pasukan kendalian Guus Hiddink itu dua kali tercicir apabila Liverpool mendahuli 2-0 dan 4-3.

Namun, Lampard mengerah semula semangat pasukannya untuk menyamakakan kedudukan pada minit terakhir.

Kemenangan itu membolehkan Chelsea bertemu Barcelona pada separuh akhir.

"Ia perlawanan yang hebat dan kami berjaya melakukan untuk kami dan penyokong Liverpool," kata Lampard.

Liverpool membuka jaringan menerusi sepakan percuma Fabio Aurelio sebelum disusuli penalti menerusi Xabi Alonso pada separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua, Chelsea meningkatkan serangan sebelum Lampard memperoleh gol disusuli jaringan Alex dan Didier Drogba.

Liverpool seperti tercabar kemudian memperoleh gol menerusi Lucas Leiva dan Dirk Kuyt untuk menjadikan kedudukan 4-3 sebelum Lampard mengukuhkan peluang Chelsea untuk menunjukkan Liverpool jalan keluar. - AFP

Sumber : Berita Harian Online

7 Apr 2009

United, Arsenal yakin menang

ROONEY (kiri) berlatih bersama bintang sensasi baru United, Federico Macheda sebagai persiapan menghadapi FC Porto pada saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, hari ini.

Fergie, Wenger galas harapan kelab Inggeris mara ke peringkat separuh akhir

LONDON: Dua kelab elit Inggeris - Manchester United dan Arsenal akan turun ke gelanggang, hari ini (awal pagi Rabu waktu Malaysia) menghadapi saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara dengan perasaan penuh yakin mencipta keputusan positif.

Sambil United pimpinan Alex Ferguson menentang bekas juara, FC Porto dari Portugal di Old Trafford, Arsenal akan berkunjung ke Villarreal di Sepanyol untuk menyalakan harapan kelab Inggeris mara ke saingan kelompok empat teratas edisi kali ini.

United harus ceria dengan kepulangan Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Paul Scholes dalam skuad selepas mereka digantung daripada perlawanan domestik, minggu lalu, manakala kemenangan dramatik 3-2 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin harus memberi tonik baru.

Ferguson sudah mula bermain psikologi apabila memberi tekanan kepada Liverpool dan Chelsea dengan kata-kata sinis bahawa pemenang perlawanan itu bakal bertemu mereka untuk menentukan kejuaraan.

Arsenal yang turut mencipta kemenangan 2-0 ke atas Manchester City, Sabtu lalu jelas bersemangat dengan pengurus pasukan, Arsene Wenger menyuarakan peluang realistik pasukan 'The Gunners' menjuarai trofi utama Eropah, musim ini.

"Kami kini bermain tanpa sebarang halangan dan menuju ke Liga Juara-Juara dalam keadaan bersemangat, fokus, penuh kepercayaan dan komitmen. Saya masih percaya musim ini akan beri kejayaan buat kami," kata Wenger.

Apapun, harapan Ferguson membina jurang selesa ketika menentang Porto bakal diperkukuhkan andai bek tengah Rio Ferdinand pulih daripada kecederaan belakang.

12 Mac 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Manchester United 2 (Vidic 4, Ronaldo 49) Inter Milan 0 (agg 2-0)

Barcelona 5 (Henry 25, 27, Messi 40, Eto'o 43, Keita 90+ 5) Lyon 2 (Makoun 44, Juninho 48) (agg 6-3)

Porto FC 0 Atletico Madrid 0 (agg 2-2, Porto layak gol tempat lwn)

AS Roma 1 (juan 9) vs Arsenal 0 (agg 1-1, Arsenal layak pen:7-6)

11 Mac 2009

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Liverpool 4 (Torres 16, Gerrard 28 (pen), 47, Dossena 88) - Real Madrid 0 (agg 5-0);

Juventus 2 (Iaquinta 19, Del Piero 74(pen) - Chelsea 2 (Essien 46, Drogba 83) (agg 2-3);

Panathinaikos FC 1 (Mantzios, 55) - Villarreal CF 2 (Ariel Ibagaza, 49, Joseba Llorente 70) (agg 2-3);