Berdasarkan pengamatannya, Nazrul Erwan menyifatkan, Kelantan seharusnya tiada masalah ke suku akhir walaupun menyedari saingan sengit bakal dijelmakan juara bertahan, Kedah sambil tidak sesekali memperkecilkan kemampuan Pulau Pinang dan Tentera dalam Kumpulan E.
Malah pemain pinjaman dari Felda United itu menegaskan, sejak bersama skuad Kelantan, dia mula menetapkan sasaran peribadi untuk sekali lagi mengecapi aksi final selepas kali terakhir melakukannya ketika membantu Selangor menjulang tiga piala pada 2005.
Nazrul Erwan berkata, dia tiada masalah menyesuaikan diri dengan sebahagian besar rakan sepasukan dalam skuad Kelantan seperti Khalid Jamlus, Indra Putra Mahayuddin dan Shahrizan Ismail kerana pernah beraksi bersama Selangor.
“Saya juga tiada masalah memahami corak latihan yang diterapkan jurulatih, Peter Butler kerana pernah beraksi di bawah bimbingannya ketika bersama Sabah, beberapa musim lalu,” katanya.- bharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan