10 Jan 2013

Keputusan Penuh Liga Super 2013 : LS1 Kelantan vs PKNS FC

Kelantan 2 - 1 PKNS FC

Kelantan berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila berjaya menundukkan PKNS FC 2-1 hasil jaringan kapten marvel,Piya dan pemain pertahanan,Zairul Fitree hasil sepakan percuma Badri diminit-minit akhir perlawanan.

Kegagalan import, Keitha Mandjou yang menjadi pilihan ketua jurulatih,Bojan Hodak untuk saingan Liga menjadi topik hangat penyokong-penyokong Kelantan.Sebagai penyokong mereka berhak memberi komen jika mutu permainan import adalah lebih rendah dari pemain-pemain tempatan.

Dua perlawanan utama telah dberikan kepadanya namun masih lagi mencari rentak sebenar permainan dan malam tadi membuktikan bahawa Bojan Hodak telah melakukan kesilapan dalam pemilihan pemain import Liga Super musim ini.

Alangkah ruginya pemain muda seperti Petratos dibiarkan sahaja kaku dibangku simpanan.Naluri beliau sebagai pemain bola juga sudah pasti merasa kecil hati kerana tidak terpilih sedangkan beliaua adalah pemain utama pasukan remaja Australia.


Kebolehan Petratos yang mampu membuat hantaran serta mengelecek pemain lawan hanya dipandang sebelah mata oleh jurulatih.Petratos juga seorang yang cukup berbahaya dihadapan pintu gol serta cepat mencuri peluang.

Sebelum pintu perpindahan dibuka bulan april ini sudah pasti pelbagai perkara bakal berlaku dan tidak mustahil Kelantan bakal tercicir mata gara-gara ketumpulan barisan hadapan.Apa yang perlu difikirkan oleh Bojan adalah memantapkan lagi penyerang-penyerang tempatan seperti Haris Safwan,Norfarhan serta Indra dan tidak lagi boleh mengharapkan pada Keitha yang ternyata gagal berfungsi sebagai penyerang utama Kelantan.

Andai Bojan ingin 'menutup' kesilapan beliau sudah pasti Keitha akan diturunkan sehingga pemain tersebut dengan rela hati 'surrender' kerana tidak mampu lagi mengalas tugas tersebut dan bulan April nanti Petratos bakal mewarnai pasukan Kelantan.

Liga Super baru bermula...Keitha masih lagi boleh membalas kepercayaan yang diberikan dengan meledak gol untuk Kelantan dalam perlawanan mendatang...Adakah Keitha mampu?Sama-sama kita tunggu 'kemunculan semula' beliau...

Keputusan perlawanan lain :

ATM 0 - 1 Lions XII

Tiada ulasan: