27 Jun 2012

The Red Warriors lesu..Bojan Hodak gagal

Terengganu 2 - 2 Kelantan

Kelantan sekali lagi mempamerkan aksi lesu dan kurang bertenaga ketika bertemu Terengganu di gelanggang lawan.Ketika penyokong-penyokong Kelantan sudah boleh 'meraikan' dua gol hasil jaringan Norfarhan dan Badri Radzi iainya dapat dipadamkan dengan mudah oleh Hadi dan Muslim Ahmad.

Percaturan Bojan Hodak sekali lagi dipertikaikan oleh penyokong-penyokong The Red Warriors apabila melakukan perubahan pada pertahanan dan tengah yang meletakkan S.Subramaniam di sebelah kiri padahal itu bukanlah posisi pemain tersebut.


Daudsu juga dilihat terkial-kial kerana diletakkan diposisi tengah yang menyaksikan kegagalan pemain muda Nik Shahrul Azim gagal untuk memberikan bantuan kepada penyerang dengan hantaran-hantaran yang kurang kemas.

Separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan Terengganu apabila berjaya memadamkan defisit dua gol yang dimiliki Kelantan.Pemain tengah Terengganu,Ismail FAruqi juga bermain cemerlang apabila sepakan percuma beliau berjaya disambut Muslim Ahmad yang hanya mampu dilihat oleh Khairul Fahmi yang sebelum ini berjaya mengagalkan percubaan-percubaan berbahaya pemain Terengganu.

Kelantan bernasib baik apabila Peter Butler mengeluarkan Ismail Faruqi dan memasukkan Joseph Kalang.Selepas pemain tersebut barulah Kelantan berjaya menguasai bahagian tengah dan mebuat serangan namun gagal menghasilkan gol.

Keputusan seri ini dilihat sebagai situasi 'menang-menang' untuk pasukan Terengganu dan Kelantan kerana andai dilihat keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut boleh dipertikaikan tetapi pengadil mungkin ingin meredakan 'kehangangatan' kedua-dua penyokong serta pemain-pemain.

7 ulasan:

Jojo berkata...

Thniah wlaupn seri!!!! Syangnya bila dh leading 2-0 TRW tidak dapat pertahankan gol tsbut bilamana Ganu berjaya mnyamakan kedudukan pd 2ndhalf time.. Mutu pengadilan yg 'kureng' dan line up yg diatur juga lari dr kebiasaan turut mempengaruhi permainan. Penyokong Ganu yg x pro jg mencacatkan game mlm tdi. Mmang penyokong ganu x de batu!!!! (dh wat mekong org!!!)

Tanpa Nama berkata...

Mutu pengadilan di malaysia adalah yg paling TERUK DI DUNIA!!!! bayar sikit gk dh berubah hati..

Tanpa Nama berkata...

Mutu pengadilan di malaysia adalah yg paling TERUK DI DUNIA!!!! bayar sikit gk dh berubah hati..

Tanpa Nama berkata...

Pengadil kelulusan estet. Tak tahu estet mana? Estet gong badak kok, boleh jadi referee utk badak main bola jeer. Kalu manusia main bola belum layak lagi. Tak tahu lah macam mana FAM boleh bagi lesen pada dia. Tak tahulah kalu badak yang bagi

Tanpa Nama berkata...

Tapi kelantan main teruk. Kalu juara pun tak boleh bangga pun. Tak tahu apa tak kena .... Kenapa main macam budak sekolah. Salah bojan ke @ salah player . Kalumace niii lah std bola malaysia memang teruk. Kelate harus konsisten kena tunjuk mace main dgn lion setiap game baru boleh jadi juara terhormat

zack zidane berkata...

Permainan tak sehebat ketika bertemu lions hari tu...perlu tingkatkan lg persembahan baru boleh bangga kita Juara Liga Super Malaysia 2012.Ayuh Gomo lagi Kelateku.."

zack zidane berkata...

Permainan tak sehebat ketika bertemu lions hari tu...perlu tingkatkan lg persembahan baru boleh bangga kita Juara Liga Super Malaysia 2012.Ayuh Gomo lagi Kelateku.."