15 Jan 2013

Dakwaan Butler hanya untuk tarik perhatian media: Hodak

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menegaskan dakwaan Peter Butler yang menyatakan dia menghina mendiang ibunya sebagai hanya ‘permainan’ pengendali T-Team itu untuk menarik perhatian media.

Sehubungan itu, Hodak menegaskan dia tidak akan memohon maaf seperti dituntut jurulatih berbangsa Inggeris itu, sebaliknya mengalu-alukan Butler membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



“Ia hanya ‘perang mulut’ biasa dan perkara itu hanya ‘permainan’ Butler dengan pihak media. Malah, saya tidak peduli walaupun Butler mahu membuat aduan kepada FAM kerana antara saya dengan dia (Butler) tiada apa-apa yang berlaku,” katanya semalam.


Tiada masa layan

Hodak yang juga pengurus The Red Warriors menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk melayan Butler kerana fokusnya kini hanya memastikan skuad bimbingannya memungut tiga mata penuh ketika menentang pasukan bintang Johor Darul Takzim, malam ini.

“Persediaan rapi sudah dibuat untuk menghadapi perlawanan malam esok (malam ini). Ini adalah pertembungan yang sengit dan saya yakin stadium bakal dipenuhi puluhan ribu penyokong TRW dan itu adalah kekuatan kami.

"Kami mempunyai rekod baik di laman sendiri dan saya yakin rekod tanpa kalah itu mampu dikekalkan walaupun berdepan Johor Darul Takzim yang dianggap pencabar utama Kelantan musim ini,” katanya.

sumber: bharian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Simply desire to say your article is as astounding. The clearness in your put
up is just nice and i could assume you're knowledgeable on this subject. Well together with your permission allow me to clutch your feed to stay up to date with approaching post. Thanks a million and please carry on the enjoyable work.

my web page :: natural cellulite treatment