26 Jun 2012

Liga Super 2012 : Terengganu vs Kelantan

Malam ini penyokong-penyokong The Red Warriors bakal menyaksikan perlawanan hebat yang menemukan Juara Piala FA 2012 Kelantan dan Juara Piala FA 2011 Terengganu di Kuala Terengganu

Andai perlawanan lalu dijadikan ukuran Kelantan berada dilandasan tepat untuk mendominasi perlawanan ini namun hakikat sekarang Kelantan tidak seperti dahulu.Aksi hambar dalam tiga perlawanan sebelum ini menyerlahkan hakikat ini.Namun Kelantan boleh menutup mulut pengkritik-pengkritik malam ini andai mampu melakarkan kejutan di Kuala Terengganu nanti.



Hampir kesemua pemain utama bebas dari kecederaan bagi kem Kelantan ,jadi tiada alasan lagi untuk ketua jurulatih Bojan hodak untuk mengatur strategi ampuh bagi membenam Terengganu malam ini.

Perlawanan menentang Terengganu dalam saingan Piala AFC tempohari tidak boleh dijadikan ukuran kerana situasi malam ini adalah berbeza kerana Terengganu bermain digelanggang keramat mereka Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Terima kasih kepada pihak Astro yang dijangka akan mengadakan siaran langsung malam ini.Namun penyokong-penyokong setia TRW sudah pasti akan  tetap ke Kuala Terengganu bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan tersayang.

Ayuh kito GOMO TEGANU PULOK!!!

Tiada ulasan: