2 Mei 2012

Sekalung tahniah buat Bojan Hodak

Hari ini seluruh penyokong The Red Warriors setuju bahawa kejayaan utama Kelantan mara ke final Piala FA untuk kali ketiga adalah kerana 'kebijaksanaan' Bojan Hodak mengatur strategi.

Apa tidaknya,Kelantan yang ketinggalan dua gol hasil jaringan pemain lincah Kedah Kyril Muhymeen diseparuh masa pertama berjaya mengubah keputusan tersebut dengan menjaringkan dua gol penting menerusi dua pemain import Obinna dan Ghaddar.

Jika dilihat separuh masa pertama Kelantan bermain menggunakan formasi 4-4-2 dengan meletakkan Indra Putra dibahagian sayap yang melihat kegagalan Badri Radzi menjana bahagian tengah.Separuh masa kedua Bojan Hodak melakukan pertukaran taktikal dengan  menggunakan formasi 4-2-3-1 yang menyaksikan permainan lebih terbuka dari pemain-pemain Kelantan sambil Indra ditukar posisi sebagai attacking midfielder.

Misi untuk merangkul Piala FA semakin hampir kerana bakal lawan Kelantan adalah pasukan berstatus kelab dari liga perdana FAM iaitu Sime Darby yang membuar penampilan sulung dalam pentas final Piala FA.

Sekalung tahniah buat Bojan Hodak kerana berjaya membawa pemain-pemain TRW keluar dari 'perangkap' Wan Jamak' dan seterusnya membawa Kelantan ke pentas Final Piala FA.

Tiada ulasan: