Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan

15 Jul 2012

Info Playoff untuk ke Liga Super 2013

Perlawanan 1 : 

Pahang vs Sarawak

Stadium Hang Jebat,Melaka
 Selasa,17 Julai 2012
Live Astro Arena 801

Perlawanan 2 : 

Kedah vs Sabah

Stadium Hang Tuah,Melaka
Selasa,17 Julai 2012 

Final :

Pemenang Perlawanan 1 vs Pemenang Perlawanan 2 


Stadium Hang Jebat,Melaka
Khamis,19 Julai 2012


*Pemenang perlawanan Playoff ini layak ke Liga Super 2013 secara automatik bersama ATM.


p/s : Pasukan mana yang bakal ke Liga Super?Pahang?Sarawak?Kedah? atau Sabah?

22 Jun 2012

Bojan Hodak mesti tunai janji...

Andai kita masih ingat kata-kata Bojan Hodak yang mengatakan skuadnya 'memerlukan' dua atau tiga perlawanan bagi memantapkan kembali pasukan selepas aksi hambar  ketika menentang Kedah tempohari.

Janji tersebut akan dipegang oleh penyokong-penyokong TRW.Malam esok Kelantan bakal melayan kunjungan pasukan bermasalah iaitu Sabah yang telah melepaskan 13 gol tanpa balas dalam dua perlawanan sebelum ini.Jadikanlah pertemuan tersebut sebagai inspirasi kebangkitan skuad TRW dalam merealisasikan kejuaraan Liga Super milik Kelantan sekali lagi.

Tempoh rehat yang panjang ternyata 'merencatkan' sedikit permainan TRW yang dilihat gagal mempamer aksi sebenar seperti yang dicanangkan oleh Bojan yang mengatakan pemain-pemain TRW umpama pasukan Barcelona.

Kemenangan tipis 1-0 keatas Kuala Lumpur tempohari ternyata memberikan tekanan kepada pemain serta jurulatih apabila tidak mampu untuk menembusi benteng skuad warga kota selasa lalu.Walaupun mempamerkan permainan menarik tetapi penyudah serta keserasian antara pemain terutamanya pemain import Ghaddar dan Mat Yo dilihat kurang mantap.