23 Jan 2013

Bojan gagal?

Setelah Kelantan mengharungi lima perlawanan liga,ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak dilihat gagal meneruskan legasi kecemerlangan pasukan Kelantan sebelum ini.Mungkin 'tuah' Bojan musim lalu tidak memihak kepadanya musim ini kerana ramai pemain-pemain meninggalkan Kelantan.

Bojan Hodak musim lalu dilihat agak bertuah kerana memiliki barisan pemain-pemain mantap yang sudah digarap oleh jurulatih sebelum ini.Beliau hanya meneruskan kesinambungan dari jurulatih-jurulatih sebelum ini dengan pengharapan tinggi kepada pemain-pemain yang menyaksikan Kelantan bergelar juara 'treble' musim lalu.

Perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan semalam menceritakan segala-galanya apabila Bojan GAGAL membentuk serta merencanakan taktikal terbaik untuk pemain-pemain yang menyaksikan pemain-pemain gagal menterjemahkan kemenangan kepada pasukan.


Bekas ketua pasukan T.Team musim lalu,Zairo menjadi mangsa keadaan apabila diletakkan diposisi yang 'bukan kegemaranya'.Zairo kerap melakukan kesilapan sehinggakan terpaksa ditukar pada separuh masa kedua.

Bojan Hodak dilihat gagal mengenal pasti potensi serta kebolehan pemain yang ada dengan membuat formasi yang mengelirukan pemain itu sendiri.Pemain-pemain tempatan bukanlah seperti pemain Eropah yang mampu bermain dimana-mana posisi seperti yang dikehendaki jurulatih.

Andai ingin melihat Kelantan kembali gah banyak yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan terutamanya Tan Sri Annuar Musa yang diharap dapat 'memberi nasihat' kepada ketua jurulatih Kelantan itu.Campurtangan beliau amat diperlukan untuk memastikan legasi kecemerlangan Kelantan dapat diteruskan dan tidak berkubur untuk musim ini.

Harapan kami agar The Red Warriors bangkit untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan akan datang.

3 ulasan:

Fared Zakaria berkata...

Bojan... Acu wi buoh kilah sikit ko sek kelate... Bia ganah serupo season lepas... Ambo support mu Bojan... Go Bojan Go!!!

Tanpa Nama berkata...

Jgn saloh ko bojan,dyo wak hbs mlk doh set2 kito.kito laye bojan supo thn lps sdh la...time ni la kito keno v semangat ko bojan nga player2 klate hok kito saye.saloh silap dale bola biaso la,xke nok mene sokmo.ore kayo ado pitih byk staro mano pun xleh beli kejayaan jgk.hok penting skali semangat set2 kito...insyaallah blh pialo thn ni,janji kito bsabar jah.gkg!!!

Tanpa Nama berkata...

kito blum trlmbt lg bojan msih ado maso nk ejas hok mano x mnjdi stkt hr ni..syp kito x brpo biso lg,zairo biar main pocc mace kat t.team,izuan sollah biar main sokmo br ado form