28 Apr 2015

Bojan Hodak dilepaskan..


 TERIMA KASIH BOJAN HODAK

Saya ingin memaklumkan kepada penyokong kami bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memberi pelepasan kepada Bojan Hodak daripada tugasnya, dan akan direhatkan. Beliau akan dilepaskan sepenuhnya setelah tamat kontrak.

Bojan telah melakukan tugas yang cemerlang dengan membantu kami memenangi kejuaraan liga pada tahun lepas dan memenangi Piala Sumbangsih pada awal tahun ini. Kelab, diri saya, dan semua pemain telah memperolehi banyak pelajaran berguna daripada Bojan.

Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat bagus mengenai bola sepak Malaysia, dan saya percaya bahawa dia akan mencapai kejayaan di mana sahaja dia pergi pada masa akan datang.

Namanya akan terpahat dalam sejarah kita. Beliau juga akan diingati sebagai jurulatih import yang paling berjaya di negara ini dan merupakan seorang rakan yang baik.

Bagi pihak PBNJ dan semua kakitangan kejurulatihan dan pemain, kami ucapkan selamat berjaya kepada Bojan Hodak dan semoga sentiasa diberkati Tuhan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Tiada ulasan: