26 Sep 2010

Saya dah jadi macam orang Kelantan-Sathia

B.Sathianthan
KOTA BHARU – Segalanya sedikit mengendur.Pertemuan dari hati ke hati di antara jurulatih dengan para pemain Kelantan sedikti sebanyak dapat merungkaikan permasalahan yang mungkin membelenggu pasukan Kelantan sepanjang mempamerkan aksi hambar dalam saingan pusingan pertama peringkat kumpulan A, TM Piala Malaysia yang berlangsung sekarang.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan berkata, pertemuan itu diadakan bertujuan membincangkan segala permasalahan yang mungkin berlaku sekiranya ianya wujud didalam skuad Kelantan sekarang

“Saya beritahu kepada semua pemain, semua peminat Kelantan marah diatas aksi buruk itu. Saya yang menanggung akibatnya dan bukan mereka. Memang peminat tidak boleh disalahkan dalam hal ini. Mereka (peminat) berhak menyuarakan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Para pemain menyedari kesilapan lalu, mereka mengakui tidak bermain sebagai satu pasukan dan aksi mereka tidak seperti mana dalam saingan Liga Super lalu. Mereka berjanji berjanji akan bangkit mencipta kemenangan ke atas Negeri Sembilan

“Saya cabar mereka untuk membawa pulang tiga mata dari Paroi. Jadi kita tunggu kesudahannya pada pada 3 Oktober nanti.

Sementara itu, Sathianathan turut melahirkan perasaan terkilan di atas komen negatif bersifat perkauman yang ditulis segelintir peminat Kelantan didalam laman sembang sosial.

“Saya kecewa dengan situasi itu. Perkara sedemikian tidak harus terjadi. Anak saya sendiri membaca komen tersebut dan beliau meminta saya meletak jawatan. Apakah perlu saya berbuat demikian (meletak jawatan). Saya masih rasional dan tidak mudah emosi.

“Saya dah jadi macam orang Kelantan. Saya sudah buat bermacam-macam untuk bola sepak Kelantan. Saya melatih Kelantan kerana Annuar Musa (Presiden Kafa) dan demi peminat bola sepak Kelantan sendiri.
 IMBAS KEMBALI....aksi buruk skuad Kelantan ketika menentang KL Plus FC baru-baru ini, mendapat kritikan peminat Kelantan sendiri

“Memang saya tertekan. Begitu sukar melatih pasukan Kelantan. Hanya kerana sedikit kesilapan, maka saya dihukum sebegini. Apa yang boleh saya bagi tahu peminat, untuk menjadi juara kita perlukan masa. Juara hanya boleh dilahirkan tetapi kita memerlukan satu tempoh masa yang panjang. Kita tidak boleh menjadi juara dalam masa yang singkat,” katanya.

Skuad Kelantan kini menjalani latihan seperti biasa sekali pun tanpa dua pemain, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat yang kini bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala Bandaraya Ho Chi Minh yang bermula 28 September ini di Vietnam. 

Merang

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ur right mr sathia.....u dah buat kerja u,selebihnya adalah tggjawab pemain2.juara bkn dtg dlam masa singkat,cuba lihat prestasi kelantan 3thn ni..setiap thn ada kemajuan...ciri2 juara dah ada.dr premier lig,super lig(naib juara fa & p.malaysia)&2010-naib juara super lig(target P.Malaysia thn ni).kelantan dah berada jauh d depan.cuma nasib x baik je utk last game ni...kombinasi pemain pun dah terbaik.x salah nak komen tp biarla komen tu manfaat kat pasukan kelantan.baik buruk pun negeri kito.pda mr sathia bersabarla,,,kekadang ore kelate ni panas bilo ngomel bilo maroh,tp sebenarnya baik..dlm malaysia ni satu2nya sukan yg melambangkan 1 malaysia adalah bolasepak.rasa bangga bilo ada 2/3 ore kaum lain dlm team kelate..boleh belejar hidup dlm masyarakat kelate yg berbudi bahasa.mr sathia,,anda dah sampai ke tahap ni jgn la pulok biarkan anak2 didik anda terkapai2 berjuang utk teruskan saigan p malaysia.buktikan,bawa piala malaysia thn ni ke kelate.biar nama anda ada dlm sejarah negeri kelate.go sathi go....saya sentiasa mengikuti perkembangan anda...!!11!

Tanpa Nama berkata...

ye betul tu,mmugo ni keno slow2 baru buleh hasil..panas 2 panas jugok la tp jange lebih2 sapa ore takut nok latih puok2 kito..ccuda lari takut kenoo timbuk..tp sathia dah lakukan yang terbaik tuk kelate..xke dio nok tgk sek diri kaloh..sumbak mmolek jurulatih g2..buleh wat baloh tu..nok mene sokmo gak latih sediri la..tu pun belum tetu lg mene..go more sathia go more sapa cawat kotew...bia bercawat dale pade..huuhuhu..beyehhhh sekk kitooww
"JuPo TeGur, JaNge PeCoH"

Unknown berkata...

puji jgn lebih2,komen jgn pedih2.pandagan biar lebih2..baru molek set kito.kalu kito minat ngan team kito,pakat ramai2 kito g stadium biar peccah stadium.biar fam tgk kemajuan set2 kito d bawoh tan sri.kawe dok penang pun ore dok sebut2 pasal kelate.banggo rasa jd rakyat kelate ni.

Tanpa Nama berkata...

sian pulok ko mr sathia..hum..jolo supo dio royak tu..nama lg bola sepak..berpasukan,itulah kunci utamanya..xleh salhkan jurulatih,mahupun keeper.. diarg punya kesalahan memaglah wujud,tp kita perlu lihat dr perspektif sebenar b.sepak..jangan cepat menuding jari..saya tgok team kita xd masalah dr sudut luaran,tp SAYA PERCAYA kemungkinan ada lg MASALAH-MASALAH DALAMAN menghantui mereka..so,pandai2lah fikir,baik pemain itu sendiri,mahupun jurulatih n pihak pengurusan,jangan bia masalah menguburkan bolasepak kelate selepas semusim kamu disanjung ibarat wira,even darah kamu bukan dr titih Che Siti Wan Kembang,masih lg kami angkat kamu semua,sanjung tinggi..selepas kjayaan demi kejayaan kita capai..x malu dah skarang,bilamana jauh di sudut2 pdalaman kampung..kita tgok anak2 kecil myarung baju The Red Warrior,,bukan menyarung jersi MAN U,CHELSEA mahupun Arsenal..menyepak bola..kesana sini,,berharap menjadi spt INdra putra,idlan Talaha,Farhan,n sbgainya even anak buah saya sdiri berlagak keeper dgan membahasakan drinya Khairul Fahmi,saya tersenyum n tanya dale ati..knape tidak Iker Casillas?petrCheCH OR eDWIN v. de saar?,x pikir kah kamu semua itu adalah sebahgian drpd jasa2 kamu? menaikkan maruah bolasepak Kelate? fikirlah..

Unknown berkata...

tepat skali demo royak.100 PERATUS kawe skong..ari ni gi la mana 2,baju red warriors jd pilihan d kelate.kalu dulu bual kedai kopi cerita pasa MU,CHELSEA,REALMADRID,BECKHAM,RONALDO DAN MACE2 Lg,arini namo kelate,indra,fahmi,piya jd sebutan.walaupun set2 ni ada ore luar.tp bilo doh main ngan kelate,kito jago supo anok jati kelate jugok.hebat pengaruh tan sri dlm merencanakan masa depan bolasepak kelate.pado peminat sebenarnya lah yg byk membantu skuad ni dgn memenuhi stadium..penuhla poket KAFA.jd jagola anak 2 buah dgn molek,rancang xtvt utk pelapis masa depan....baru comeyyyyyyy..

Tanpa Nama berkata...

gomo kelate gomo

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT PENGANTIN BARU UTK SHAKIR DAN PASANGANNYA NURUL FATIHA ABD HAMID.. TAHNIAH!!!