23 Mei 2012

Ayuh penuhkan Stadium keramat malam ini!!!

Malam ini bakal berlangsung Pusingan kedua Piala AFC diantara Kelantan yang bakal berdepan Terengganu.Dua jaguh Pantai Timur ini perlu membuktikan siapa lebih layak untuk ke suku akhir nanti.Kelantan Juara Piala FA 2012 bakal berdepan Juara Piala FA 2011 di Stadium keramat Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kelantan dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain ditempat sendiri,namun itu bukanlah tiket untuk Kelantan merasa selesa kerana lawan kali ini telah mendapat suntikan baru dari bekas jurulatih Kelantan yang melarikan diri ke Persebaya Balikpapan diawal musim lalu iaitu Peter James Butler.
Tiket perlawanan Kelantan menentang Terengganu yang bernilai RM30 dan RM15 telah diberikan diskaun oleh KAFA.


'Kehadiran' semula Peter Butler Kelantan sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong-penyokong Kelantan lebih-lebih lagi beliau kini melatih seteru utama Kelantan iaitu Terengganu.Jika ramai mempersoalkan kehambaran final Piala FA 2012 sabtu lalu inilah masanya penyokong-penyokong tak kira Kelantan,Terengganu mahupun negeri lain melihat aksi sebenar pasukan Kelantan.

Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa dalam facebooknya menyeru penyokong-penyokong untuk datang ke Stadium dengan memberikan diskaun 35 peratus yang menyaksikan tiket Astaka akan dijual pada harga RM20 berbanding RM30 seperti yang tercatat pada tiket.Begitu juga dengan tempat duduk terbuka dijual dengan harga RM 10.

Sokongan padu penyokong sudah pasti akan memberi kelebihan kepada The Red Warriors untuk memberikan persembahan menarik dalam perlawanan ini nanti.Pertaruhan utama Kelantan adalah kebijaksanaan Bojan Hodak mengatur strategi bagi mematahkan taktikal Peter Butler yang mungkin sedikit sebanyak mengetahui kelemahan pasukan Kelantan kerana pernah membimbing pasukan ini.

Apapun Presiden KAFA telah melakukan yang terbaik bagi memastikan setiap penjuru Stadium Sultan Muhammad ke-IV dipenuhi penonton malam ini ekoran RTM1 yang dijangka akan menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kelantan akan mene mlam nie 3-0..peter butler? Haha..lucu eh dgr namo dio..tngk dio pom sero sakit aty..kow ganow blakow sek kitow?

Schu haDa berkata...

rusim jugop. .
peter coach kito dulu
mesti dyo taw kelemahan2 n kekuatan pemain kita
dr c2 bleh wk strategi dasat dh sow
tp bharap ugop TRW menang :D

Tanpa Nama berkata...

Abe bojan ado...panda la dio otar butler...

mat siam berkata...

jange goba wei...kawe ramal kito mene 2 - 1 gomo sapai cerah

Tanpa Nama berkata...

kelate kena mene mlm ni,jago maruah tempat sendiri,butlermu tggulah,nyesal mu tinggalkan kelantan

Tanpa Nama berkata...

Hujan nie..payoh nk ramal sapo mene..hrp2 kelate mene lh!!!! Jgn hampakan pnyokong2 setiamu

Tanpa Nama berkata...

Hujan nie..payoh nk ramal sapo mene..hrp2 kelate mene lh!!!! Jgn hampakan pnyokong2 setiamu