Memaparkan catatan dengan label piala sumbangsih 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label piala sumbangsih 2013. Papar semua catatan

7 Jan 2013

Kelantan belum panik

PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak tetap berpuas hati meskipun anak-anak buahnya tewas pada aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga M) kelmarin.

Kelantan yang tampil selaku pasukan pilihan, tewas 3-4 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan sepakan penalti dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam itu.

Memegang status juara trebel musim lalu, pengendali kelahiran Croatia itu mengakui, Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut selepas menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.

Di sebalik kegagalan pasukan gergasi Pantai Timur itu untuk menjulang trofi tersebut buat kali kedua, Bojan kekal positif dan tidak menyalahkan barisan pemainnya selain memuji persembahan cemerlang penjaga gol muda skuad The Red Warriors, Mohd. Syazwan Yusof.

6 Jan 2013

Keputusan Piala Sumbangsih 2013 : Kelantan vs ATM

Kelantan 1 - 1 ATM ATM menang melalui sepakan penalti sudden death 4-3.Dua pemain pertahanan Kelantan,Daudsu dan Rizal Fahmi gagal menyempurnakan sepakan penalti.