31 Okt 2012

KAFA enggan lepas Mat yo

KAFA belum bersedia melepaskan penyerang berbisa mereka, Norshahrul Idlan Talaha mewakili pasukan lain musim depan, termasuk Johor yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Azman Ibrahim berkata berdasarkan kontrak yang ditandatangani, pemain berusia 26 tahun itu masih mempunyai baki setahun bersama Kelantan.

"Kelmarin, Setiausaha Kehormat PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Suhairi Hashim) menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau akan menghantar surat buat kali kedua untuk menawarkan pampasan bagi melepaskan Norshahrul.

30 Okt 2012

Mana anugerah untuk Piya?

sumber rakan facebook

Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan FAM 100Plus-Astro Arena 2012

Keputusan Penuh Anugerah Bola Sepak Malaysia 2012 :
  1. PENJAGA GOL TERBAIK: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
  3.  PEMAIN TENGAH TERBAIK: Safiq Rahim (Selangor)
  4.  PENYERANG TERBAIK: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  5.  PEMAIN HARAPAN: Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
  6.  PEMAIN PALING BERNILAI: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  7.  PEMAIN ASING TERBAIK: Marlon Alex James (ATM)
  8.  JURULATIH TERBAIK : B. Sathianathan (ATM)
  9.  PERSATUAN TERBAIK : KAFA
  10. KELAB TERBAIK : Sime Darby
  11. KELAB PENYOKONG TERBAIK : ATM 
  12. PENGADIL TERBAIK : Nafeez Wahab(ATM)
     Sumber : Rakan Facebook 
    p/s : Jurulatih terbaik yang bawa gelaran Treble bukan dari pasukan Kelantan manakala pemain tengah terbaik juga bukan dari pasukan Kelantan...begitu juga pertahanan terbaik...kalau tak ada semua ni tak lengkap juara treble...Pemain ke-12 kelantan iaitu penyokong tegar juga bukan yang terbaik...hampeh...

Maaf Johor

Kota Bharu: Pemain Terbaik Final Piala Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa melupakan tawaran lumayan Johor musim depan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan melepaskannya.

Apa tidaknya kerana langkah pertama yang dilakukan pemain itu dengan mengemukakan surat kepada KAFA meminta pelepasan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan lain ditolak.
Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, berkata Mat Yo ada menghantar surat kepada KAFA meminta pelepasan itu, tetapi permintaannya ditolak kerana dia masih ada kontrak setahun lagi dengan Red Warriors.

29 Okt 2012

Senarai pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM 100PLUS-Astro Arena 2012

PENJAGA GOL TERBAIK
  1. Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
  2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  3. Norazlan Razali (Selangor)
PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK:
  1. S. Subramaniam (Kelantan)
  2. Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
  3. Amirizwan Taj Tajudin (ATM)
PEMAIN TENGAH TERBAIK:
  1. Safiq Rahim (Selangor)
  2. Mohd Badri Radzi (Kelantan)
  3. Rezal Zambery Yahya (ATM) 

25 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Lagi imbuhan untuk pemain TRW

  1. Kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan ganjaran berupa pakej mengerjakan Umrah yang bernilai RM4500 untuk semua pemain The Red Warriors.
  2. Bagi pemain yang bukan beragama islam akan diberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai.
  3. Jamuan rakyat sempena meraikan kemenangan merangkul Piala Malaysia akan diadakan pada 3 november ini di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
  4. Jamuan bermula jam 12 tengahari sehingga 2 petang.

24 Okt 2012

Senarai 28 pemain Malaysia untuk Piala AFF Suzuki 2012

Berikut adalah senarai 28 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan bulan november bagi persiapan menjelang Piala AFF Suzuki 2012 :

Penjaga Gol :

  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
  3. Norazlan Razali (Selangor)
Pertahanan :

  1. S Subramaniam (Kelantan)
  2. Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kelantan)
  3. Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)
  4. Mohd Azmi Muslim (ATM)
  5. Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)
  6. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A) 
  7. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A)
  8. Mohd Bunyamin Umar (Selangor)
  9. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
  10. Mohd Faizal Muhamad (Terengganu)

Pok Nik teruja

Pok Nik (kanan) disenaraikan dalam barisan 28 pemain yang mengikuti latihan serta pemilihan bagi kempen Piala AFF Suzuki.
TERSENARAI dalam barisan 28 pemain yang akan menjalani latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki penghujung bulan depan ibarat bulan jatuh ke riba buat pemain pertahanan Kelantan berusia 22 tahun, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Pok Nik).

Pemain paling muda dalam kesebelasan utama The Red Warriors ketika menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, teruja dengan kepercayaan diberikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal kepadanya, malah bertekad menggunakan peluang itu dengan menyasarkan senarai 18 pemain utama.

22 Okt 2012

Piala Malaysia hadiah untuk Sultan Kelantan

KOTA BHARU - Kejayaan pasukan Kelantan merangkul kejuaraan treble musim ini akan dijadikan hadiah istimewa kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena ulang tahun keputeraan baginda yang akan disambut pada 11 November ini.

Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Rosmadi Ismail berkata, kejuaraan merangkul tiga piala merupakan sejarah baru dalam dunia bola sepak Kelantan, dan ia seharusnya dikongsi bersama Sultan Kelantan bagi menghargai sokongan baginda selama ini.

"Kami juga ingin berterima kasih kepada semua penyokong di atas sokongan yang diberikan kepada pasukan ini setiap tahun, sama ada semasa beraksi di Kota Bharu mahupun di seluruh negara," katanya.

Disambut bagai wira

SEBAHAGIAN penyokong yang datang ke LTSIP di Kota Bharu semalam untuk menyambut kepulangan skuad Kelantan

KEPULANGAN skuad The Red Warriors ke bumi Che Siti Wan Kembang disambut meriah apabila lebih 10,000 peminat setianya berhimpun di pekarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu semalam.

Meskipun tiba agak lewat daripada waktu yang dijadualkan, namun ia tidak melunturkan semangat para penyokong untuk melihat lebih dekat wira-wira kesayangan mereka.

21 Okt 2012

Indra Putra julang Kelantan


INDRA PUTRA mengesahkan kemenangan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-96 di Stadium Shah Alam malam tadi.

KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini.

Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48.

Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-62.

Kelantan cipta sejarah

Pemain pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.

Piala Malaysia 2012: Gambar menarik final dari facebook rakan-rakan


Piala Malaysia 2012 : Gol-gol Final Kelantan vs ATM

Kelantan juara Treble..Piala Malaysia dalam dakapan

Keputusan penuh : 

Masa Penuh : 

ATM 2 - 2 Kelantan 

Tambahan masa  : 

ATM 2 - 3 Kelantan

Kelantan sekali lagi dinobatkan juara Piala Malaysia apabila berjaya mengalahkan ATM 3-2 dan seterusnya merealisasikan impian bergelar juara Treble.Perlawanan yang dilanjutkan kemasa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Indra Putra muncul wira apabila sepakan kencangnya menerjah gol pada minit ke 105 perlawanan.Beliau yang menerima hantaran dari kapten pasukan,Badri memusingkan badan dan seterusnya melepaskan sepakan 'first timer' yang kencang menewaskan Farizal untuk kali ketiga.

18 Okt 2012

Nukilan penyokong Kelantan

Ini nadi sebuah kekuatan pasukan, inilah sebab mengapa mereka diluar sana terlalu cemburu hingga terbit rasa anti-Kelantan dalam diri. Inilah juga hasil perjuangan setia Tok Janggut melawan British, walau mati dan mayatnya diusung jauh dari Pasir Puteh keKota Bharu, ia tetap segar dalam ingatan rakyat Kelantan.

Piala Malaysia 2012 : Penebusan tiket pembelian melalui tickethotline

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012:

Penebusan tiket pada hari perlawanan di Kaunter No 6,7 dan 8,Pintu A Stadium Shah Alam. Penebusan tiket bermula jam 10 pagi hingga perlawanan bermula.

Sumber : TicketHotline

17 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Info menjelang final Kelantan vs ATM

  • 30 000 tiket diedarkan masing-masing kepada setiap pasukan untuk dijual kepada penyokong-penyokong yang berharga RM 40 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM5.
  • Baki tiket yang tidak terjual akan mula dijual pada hari khamis sehingga hari perlawanan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam. 
  • Tambahan 20 000 tiket akan diperuntukkan dihari perlawanan seandainya kedua-dua pasukan mampu menjual tiket yang telah diagihkan sebelum ini. 
  • 1 000 orang anggota polis akan ditempatkan termasuk pasukan simpanan persekutuan,unit anjing pengesan(K9) dan unit berkuda.

FAM pasang kamera sekitar stadium

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memasang kamera tersembunyi di dalam dan di luar kawasan Stadium Shah Alam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan, Sabtu ini.

Ia sebagai langkah untuk membanteras tindakan segelintir penyokong yang didapati melanggar peraturan dengan membawa bahan larangan antaranya seperti mercun dan vuvuzela.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md. Rashid semalam.
"Kawalan lebih ketat akan diadakan pada final Piala Malaysia kali ini berbanding tahun lalu.

Badi padang lawan berakhir

Setelah lima tahun menanti, akhirnya Harimau Malaya mengecapi kemenangan pertama selepas 22 perlawanan antarabangsa di tempat lawan apabila menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mong Kok, semalam.

Penyerang sensasi, Safee Sali membuka tirai jaringan Harimau Malaya pada minit ke-59.

Ini disusuli jaringan Safiq Rahim pada minit ke-82 sebelum Ahmad Fakri Saarani menutup tirai kejayaan skuad negara dengan gol pada masa kecederaan.

Kali terakhir Malaysia memenangi perlawanan persahabatan antarabangsa di gelanggang lawan adalah ketika berdepan Sri Lanka di Colombo pada 24 Mac 2007 dengan kemenangan 4-1.

16 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Info Tiket final

Tiket-tiket final Piala Malaysia Kelantan vs ATM akan mula dijual pada hari Khamis 18 oktober hingga Sabtu 20 oktober bermula jam 9 pagi hingga 7 petang di Stadium Shah Alam.

 p/s : Rayuan KAFA bersabit pengantungan Ghaddar dan Notfarhan tidak akan dilayan oleh FAM!!!

Imbuhan lumayan nanti The Red Warriors andai rangkul kejuraan Treble

Pemain The Red Warriors bakal mendapat satu lot tanah seorang andai dapat merangkul tiga kejuaraan tahun ini.Dua kejuaraan telah dimiliki iaitu Piala FA dan Liga Super,kini misi TRW terarah kepada Piala Malaysia.

  • Setiap lot tanah berharga RM 60000 hingga RM 80000 dengan nilai keseluruhan RM 2 juta.
  • Ganjaran RM 125000 kerana berjaya menewaskan Selangor di separuh akhir Piala Malaysia serta layak ke Final.
  • Ganjaran RM 75000 kerana berjaya menewaskan Felda United diperingkat suku akhir.
  • Jumlah ganjaran yang sudah diterima pemain dan pihak pengurusan RM 200000.

13 Okt 2012

Gol Kelantan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012

Gol Ghaddar adalah hasil hantaran Badhri Radzi yang baru dibawa masuk oleh Bojan hodak mengantikan Nurul Azwan Roya.

Kelantan mara ke Final...Selangor tersungkur

Red Giant 0 - 2 Red Warriors
Kelantan layak ke Final Piala Malaysia dengan agregat 3-0(tanpa balas)

Kelantan mara ke Final Piala Malaysia apabila berjaya membenam Selangor 2-0 hasil jaringan lewat import sensasi Kelantan,Mohamed Ghaddar dan gol kedua menerusi sepakan percuma cantik pada masa kecederaan oleh Badhri Radzi.

Kejayaan ini bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila tunjang utama Kelantan,Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi dipentas final gara-gara mengutip dua kad kuning.Mungkin sudah tersurat Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi untuk Kelantan atau adakah agenda tersirat yang ingin memastikan pasukan Kelantan beraksi tempang di Final nanti.

12 Okt 2012

ATM ke Final Piala Malaysia

Keputusan Penuh : 

ATM 1 - 1 Lions XII
(Agregat 2-2),ATM menang sepakan penalti 5-4)
Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berjaya melangkah ke final Piala Malaysia musim ini apabila berjaya menyingkirkan Lions XII 5-4 melalui sepakan penalti setelah tambahan tiga puluh minit kedua-dua pasukan masih terikat 1-1.

Perlawanan yang disifatkan paling menarik dan mendebarkan tahun ini malah boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir.Lions XII terlebih dahulu mengejutkan ATM diseparuh masa pertama namun berjaya dipadamkan oleh Marlon Alex James diwaktu kecederaan.

11 Okt 2012

Kata-kata semangat dari Datuk M.Karathu untuk pemain

Selangor vs Kelantan - second leg semi final is the "Battle of Strategy, Character, Attitude and Ability". TRW should be better organized than the first match. All the best to TRW.

DMK juga memberikan sokongan seratus peratus kepada TRW walaupun tidak lagi mengendalikan pasukan TRW.

Facebook DMK

Selangor kerah penyokong ke Stadium...

Menjelang saingan Separuh Akhir kedua malam esok,Fan Selangor telah melancarkan perang siber dengan menyeru penyokong-penyokong setia mereka membanjiri Stadium Shah Alam bagi 'menyaingi' ribuan penyokong-penyokong The Red Warriors yang dijangka bakal memenuhi segenap ruang Stadium keramat mereka.


Kepada penyokong-penyokong TRW yang berada di sekitar lembah Klang ayuh kita gegarkan Stadium Shah Alam malam esok bagi menenggelamkan sorakan penyokong-penyokong Selangor.Jadikan Shah Alam milik TRW malam esok.

p/s : Kalau dia bawak satu kampung..kita bawak satu Shah Alam...

Piala Malaysia 2012 : Info jualan tiket separuh Akhir 2

Tiket-tiket akan mula dijual hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 7 malam dan pada hari perlawanan bermula 9 pagi di Stadium Shah Alam.

Tiket-tiket berharga RM15 dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.

sumber : FAS

Penarikan posting perpindahan pemain Kelantan 2013

Admin telah membuang posting tentang perpindahan pemain yang menguris hati penyokong-penyokong TRW.Bukan hendak mendahului tetapi sebagai maklumat tetapi posting tersebut ternyata membuatkan penyokong-penyokong TRW tak senang duduk.

Harapan dengan penarikan posting ini tidak menggangu mental pemain-pemain yang bakal turun menentang Selangor jumaat ini.Pastikan Stadium Shah Alam 'milik' penyokong-penyokong Kelantan malam esok.

10 Okt 2012

Info Final Piala Malaysia 2012

Venue perlawanan akhir : Stadium Shah Alam
Harga tiket : RM 40 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak.

8 Okt 2012

Kelantan menghampiri final

KOTA BHARU - Kemenangan 1-0 Kelantan ke atas Selangor dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin mencerahkan peluang pasukan itu untuk melangkah ke pentas akhir musim ini.

Bagaimanapun, pengurus Red Warriors Azman Ibrahim enggan mendabik dada dengan keputusan tersebut sebaliknya mahu pemainnya memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan kedua di Shah Alam nanti.
 
Keputusan ini belum selamat buat kami kerana perlawanan masih berbaki 90 minit untuk diharungi. Bagaimanapun saya gembira kerana kita tidak melepaskan gol dalam perlawanan ini.

7 Okt 2012

Kelantan belum selamat

KOTA BHARU - Kelantan membawa bekalan tipis tetapi cukup berharga ke Stadium Shah Alam, Jumaat depan selepas menewaskan Selangor 1-0 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Perlawanan yang dicemari dengan beberapa insiden kekasaran itu turut menyaksikan Red Giants terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Nasriq Baharom dilayangkan kad merah pada minit ke-64.

Piala Malaysia 2012 : Keputusan Penuh Separuh Akhir 1

Lions XII 1 - 1 ATM

Kelantan 1 - 0 Selangor

6 Okt 2012

Doa mustajab sebelum perlawanan bermula


AMBO NAK WI TIP CARO DOA MUSTAJAB. 

SAMBIL DOA BAYANGKAN TRW ANGKAT TGN TANDA KEMENANGAN. BAYANGKAN JUGA BERAPA GOL KITA NAK MENE. INILAH DOA YANG ;LAZAT DAN MANIS. AMALKAN. AMBO YAKIN SEBAB KENYATAAN MLM NI DAH TERBUKTI.

Doa dari salah seorang rakan laungan kelatefc,tak berapa ingat nama beliau namun doa ini boleh dipraktikkan oleh penyokong-penyokong TRW dalam setiap perlawanan yang melibatkan TRW.

4 Okt 2012

Isu bonus bukan punca TRW longlai - TSAM

Tan Sri Annuar Musa menegaskan isu bonus bukanlah penyebab kemerosotan prestasi pemain-pemain The Red Warriors dalam saingan Piala Malaysia musim ini.TSAM yang ditemuramah media berkata isu ini tidak perlu dipanjangkan dan diperbesarkan.

Pemain-pemain juga bakal mendapat RM75000 setelah berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan bakal menerima RM125000 lagi seandainya berjaya menewaskan seteru utama Selangor dan seterusnya menempah slot ke Final Piala Malaysia.Bonus tambahan juga bakal diberikan sekiranya Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia musim ini.

3 Okt 2012

Ghaddar wira Red Warriors

Pemain import Mohammad Ghaddar menjadi penyelamat Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Felda United.

Keputusan itu sekaligus melayakkan Kelantan mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-3, untuk bertemu Selangor yang mengesahkan tempatnya selepas menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Shah Alam (agregat 5-2).

Detik cemas di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu apabila pasukan pelawat terlebih dahulu meninggalkan Kelantan 2 0, sebelum Kelantan mula bangkit menerusi jaringan  pembukaan Norfarhan di minit ke-71 apabila dia meyambut baik tendangan sudut dengan melakukan rembatan.

Kelantan mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia : Strategi Bojan hampir memakan diri!!!

Keputusan penuh : 

Kelantan 2 - 2 Felda United
Kelantan layak agregat 4-3
 
Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini apabila dikejutkan dengan dua jaringan Felda United.Percaturan Bojan Hodak yang masih lagi menggunakan khidmat penyerang tinggi lampai,Afiq Azmi walaupun mempunyai ramai pemain berpengalaman seperti Indra dan Norshahrul hampir mengundang memakan diri.

Afiq yang digandingkan dengan Mohamed Ghaddar tidak dapat memecah benteng pertahanan yang diteraju import Felda,Viator yang bertindak cemerlang malam ini.Bukan hendak menafikan sumbangan Afiq sebelum ini tetapi disaat perlawanan genting seperti ini Bojan sepatutnya menurunkan pemain berpengalaman seperti Indra dan Norsharul.

1 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Siaran langsung Suku Akhir kedua Kelantan vs Felda United

RTM1 dijangka akan menyiarkan siaran langsung melibatkan pasukan Kelantan menentang Felda United dalam saingan suku akhir Piala Malaysia esok.

Walaupun adanya siaran langsung ini penyokong-penyokong setia The Red Warriors diharapkan dapat memenuhi Stadium Sultan Muhammad ke-IV bagi memberikan sokongan serta menaikkan semangat pemain-pemain.

90 minit yang melalaikan...

Kelantan selangkah lagi untuk mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia tahun ini.Kemenangan 2 -1 mengatasi Felda United ditempat lawan amat berharga.Diatas kertas Kelantan sememangnya telah 'layak' namun harus diingat apa sahaja boleh terjadi andai pemain-pemain mengambil mudah perlawanan suku akhir kedua malam esok.

Sembilan puluh minit yang melalaikan bakal membawa bencana besar buat Kelantan kerana bukan sahaja tersinggir dari saingan Piala Malaysia tetapi rekod tanpa kekalahan musim ini lebur ditangan pasukan kendalian Elavarasan.