12 Okt 2012

ATM ke Final Piala Malaysia

Keputusan Penuh : 

ATM 1 - 1 Lions XII
(Agregat 2-2),ATM menang sepakan penalti 5-4)
Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berjaya melangkah ke final Piala Malaysia musim ini apabila berjaya menyingkirkan Lions XII 5-4 melalui sepakan penalti setelah tambahan tiga puluh minit kedua-dua pasukan masih terikat 1-1.

Perlawanan yang disifatkan paling menarik dan mendebarkan tahun ini malah boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir.Lions XII terlebih dahulu mengejutkan ATM diseparuh masa pertama namun berjaya dipadamkan oleh Marlon Alex James diwaktu kecederaan.


Disaat pemain-pemain Lions XII ingin 'meraikan' kemenangan pada masa tambahan Marlon menanduk masuk hantaran Zaquan pada minit ke-96 yang menyaksikan penjaga gol kebal Lions,Izwan tertewas jua.

Marlon bukan sahaja menjadi wira ATM malah 'menyelamatkan' maruah Malaysia apabila jaringannya mengheret perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya penetuan sepakan penalti dan memastikan hajat Lions XII untuk membawa pulang Piala Malaysia tidak tercapai.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol ATM,Farizal Harun yang berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Lions XII.Pemain simpanan yang baru dibawa masuk,Fitri berjaya melengkapkan sepakan penalti terakhir ATM tatkala Aidil dan Vanathan gagal melakukanya.

ATM bakal berhadapan Kelantan atau Selangor yang bakal berentap di Stadium Shah Alam malam ini.Tahniah buat ATM kerana berjaya menjinakkan Lions XII walaupun terpaksa berhempas pulas sehingga kepenentuan sepakan penalti.

Tiada ulasan: