Memaparkan catatan dengan label perpindahan pemain 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perpindahan pemain 2013. Papar semua catatan

11 Apr 2013

Gosip perpindahan pemain

Johor Darul Takzim dikhabarkan turut merisik Louis Saha.
Jendela perpindahan pemain kedua Liga Malaysia 2013 telah bermula dari 8 hingga 22 April.

Ini merupakan masa terbaik dan peluang terakhir buat jurulatih serta pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain import. Sama ada pemain itu diimport dari negara lain atau berpindah dari pasukan lain, terserah kepada setiap pasukan.

Pasukan yang dikatakan paling mencuri perhatian dunia bola sepak tempatan ialah Johor Darul Takzim. Pasukan Harimau Selatan itu dikhabarkan sedang merisik beberapa pemain import ternama untuk di serap kedalam pasukan mereka. Milan Baros, David Trezeguet, Louis Saha dan Nicolas Anelka antara nama-nama yang disebut bakal melalui proses percubaan dan pemilihan.

Apa yang lebih menarik perhatian, Johor Darul Takzim juga dikhabarkan telah menawarkan kontrak RM 3.05 hingga RM 4.5 Juta setahun kepada penjaring terbanyak EURO 2004, Milan Baros. Selain dari itu, pasukan Harimau Selatan juga dikatakan telah menurunkan bekas pemain Olympiacos, Leonel Nunez pada aksi persahabatan antara Johor Darul Takzim menentang Johor FA pada selasa lalu. Desas desus menyatakan Nunez antara calon yang bakal menggantikan tempat Daniel Guiza sebagai penyerang.

9 Jan 2013

Bukan RM250,000 tapi RM318,500

Kota Bharu: Penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha diminta memberi penjelasan berhubung bayaran menggunakan bank draf berjumlah RM250,000 yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kelmarin.

Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata, Norshahrul atau Mat Yo tidak menyatakan sama ada jumlah itu untuk bayaran perpindahan atau pampasan tebus kontrak yang masih berbaki 13 bulan bersama Kelantan sebelum berpindah ke Johor Darul Takzim.

“Kami ada menerima bank draf daripada Mat Yo berjumlah RM250,000, namun kami masih samar kerana dia tidak menyatakan bayaran itu untuk apa.

7 Jan 2013

KRONOLOGI KES NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA DAN PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR

01.12.2011.
Kontrak ditandatangani di antara KAFA dan Pemain

12.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA memohon pelepasan untuk menamatkan kontrak

14.10.2012
Surat KAFA kepada Pemain menolak permohonan menamatkan kontrak

22.10.2012
Surat daripada PBNJ kepada KAFA bertanya mengenai status kontrak Pemain

24.10.2012
Surat KAFA kepada PBNJ memberitahu mengenai status kontrak Pemain yang tamat pada 30.11.2013

30.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA menamatkan kontrak sebelah pihak berkuatkuasa 1 nov 2012(dgn notis 48jam sahaja)

8 Nov 2012

KAFA sedia lepas Mat Yo

Mat Yo (kiri) dijangka menyertai skuad Johor selepas dapat lampu hijau daripada KAFA

Perpindahan perlu ikut peraturan ditetapkan FAM dan FIFA

Kota Bharu: Hajat Johor untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha musim depan semakin menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam memberi bayangan akan melepaskan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) itu.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasa persatuan itu dalam masa terdekat dan tidak menolak kemungkinan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dijual.
 
Beliau yang dianggap sebagai Bapa Pembangunan bola sepak Kelantan bagaimanapun berkata, perpindahan penyerang itu perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

31 Okt 2012

KAFA enggan lepas Mat yo

KAFA belum bersedia melepaskan penyerang berbisa mereka, Norshahrul Idlan Talaha mewakili pasukan lain musim depan, termasuk Johor yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Azman Ibrahim berkata berdasarkan kontrak yang ditandatangani, pemain berusia 26 tahun itu masih mempunyai baki setahun bersama Kelantan.

"Kelmarin, Setiausaha Kehormat PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Suhairi Hashim) menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau akan menghantar surat buat kali kedua untuk menawarkan pampasan bagi melepaskan Norshahrul.